jump to navigation

Jawad Amuli: Thaba’thaba’i Baru Mac 31, 2007

Posted by ummahonline in Tokoh.
1 comment so far

Oleh: Abu Muhammad

Jawad anak kecil dari kota Amul, yang akhirnya menjadi terkenal ketika negara Parsi ini secara revolusioner melaksanakan pemerintahan Velayate Faqih. Ia lahir pada tahun 1933 dari sebuah keluarga yang taat beragama. Ini tidaklah aneh, kerana ayahnya seorang ulama’ yang sangat disegani di kota tersebut.

Jawad Amuli, namanya tiba-tiba mendapat perhatian tatkala diutuskan ke Soviet Union. Itu zaman perang dingin. Namun, Iran bukanlah negara blok, sebaliknya kental dengan anjuran La Syarqiyyah wala Gharbiyyah. Bertemu Mikhail Gorbachev, Jawad menyampaikan surat Ava-yi Tawhid. Surat tersebut kemudiannya mendapat perhatian dunia, yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Ia membawa makna The Voice of Monotheism. (selanjutnya…)