jump to navigation

Antara Kesalan dan Harapan April 30, 2008

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
3 comments

Oleh: Latifah Abdul Wahab

Petang tadi saya sekali lagi melawat rakan di hospital. Nampaknya bisul di kakinya belum mahu mengalah, masih berdengut dan tak nampak tanda-tanda berkurangan sekali pun doktor telah memberikan beberapa dos antibiotik. Rakan saya ini mewarisi kencing manis dan telah pun mengidapnya sejak dibangku sekolah. Kini beliau memerlukan 4 kali suntikan insulin sehari.

Saya bawakan makanan, saya berjanji esok akan masakkan sup sayur. Rakan saya  nampak agak serba salah, dia tak mahu susahkan saya. Saya amat faham perasan dia, kalau boleh dia ingin merasa masakan adiknya sendiri. Dia teringin jika adiknya datang membawa sedikit makanan yang dimasak sendiri sebagai tanda kasih sayang adik beradik.  (selanjutnya…)