jump to navigation

Salaam di atas kelahiran Al-Masih as! Disember 25, 2003

Posted by ummahonline in Editorial, Kolum.
add a comment

Oleh: Aqil Fithri

Hari ini hari yang mulia. Hari untuk kita mengucapkan salaam atas kelahiran Nabi Ruhollah Isa as kepada seluruh pendamba kemerdekaan dan para pengikut agama-agama Ilahi, terutama penganut agama Kristian di Malaysia dan seluruh dunia.

Justeru itu, dengan meraikan keagungan Nabi Isa as ini marilah kita menginsafi bahawa risalah Nabi Isa as adalah sama sebagaimana Nabi-Nabi lain yang diutuskan oleh Allah swt; iaitu untuk menyingkap tabir kerohanian dari pembinaan jiwa dan juga kekuatan dimensi spiritual setiap manusia. Maka dengan keyakinan ini, ajaran para Nabi Ilahi akan terus menguasai setiap jiwa manusia. (selanjutnya…)