jump to navigation

Shamsiah Fakeh Srikandi Malaya Disember 30, 2004

Posted by ummahonline in Telaah Buku.
add a comment

Oleh: Roslan SMS

Sekiranya disebut nama Shamsiah Fakeh berkemungkinan ramai anak-anak muda hari ini tidak mengenalinya apalagi dapat mengaitkan beliau dalam perjuangan membebaskan tanahair. Malah nama Shamsiah bagi yang mengecam atau mengenalinya pun apabila disebut maka akan digambarkan wajah seorang pengganas atau terroris yang pernah terlibat bersama Partai Komunis Malaya PKM satu ketika dahulu sehingga mencetuskan huru-hara dalam Negara.

Bagi kita di luar, Shamsiah lebih dikenali sebagai seorang yang ganas dan jahat. Inilah gambaran yang telah diasak bertalu-talu oleh penjajah British kepada kita dan inilah yang telah kita terima dan perakui melainkan bagi mereka yang rapat atau mengenalinya dengan dekat. (selanjutnya…)