jump to navigation

Erti Libertarianisme Bagi Saya Ogos 24, 2008

Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
1 comment so far

Oleh: Wan Saiful Wan Jan

Saya sering ditanya oleh rakan-rakan dua soalan: “Orang Islam boleh jadi liberal kah?” dan “Bagaimana mungkin seorang ahli PAS menyokong fahaman liberal? Bukankah Islam itu lengkap?”. Kedua-dua soalah ini menunjukan betapa ramainya yang terkeliru dengan maksud perkataan ‘liberal’.

Tidak mudah untuk menghurai kekeliruan mengenai liberalisme. Dalam artikel pendek ini saya akan cuba menjelaskan erti liberalisme yang saya fahami dan kenapa saya tidak nampak percanggahan antara aqidah Islam dan juga fahaman liberal. Insha-Allah saya akan cuba menulis artikel-artikel lain untuk menghuraikan maksud ideologi ini dengan lebih mendalam. (selanjutnya…)