jump to navigation

Abdul Moqsith Ghazali: Nabi Muhammad Bukannya Nabi Terakhir (Siri 3) September 10, 2006

Posted by ummahonline in Wawancara.
trackback

Oleh: Aqil Fithri

Ini merupakan sambungan wawancara Ummahonline.com bersama Abdul Moqsith Ghazali, koordinator Jaringan Islam Liberal (JIL).

Mungkin wawacara ini mengemukakan beberapa perspektif yang revolusioner dalam fikiran kebanyakan muslim, di samping mengugat aspek-aspek tujahan dalam pemikiran keagamaan. Justeru, sebarang ulasan serta kritikan yang bernas barangkali dapat mengimbangi perspektif yang cuba ditawarkannya.

Bagaimana anda melihat citra pemikiran muslim mutakhir ini?

Saya kira wajah Islam di negara-negara muslim memang kelihatan cenderung ke kanan; iaitu cara pandangnya mengarah kepada konservatif dan fundamentalis. Bahkan, bukan hanya di dunia Islam sahaja, malahan ummat Islam yang ada di Eropah (misalnya di Amerika) itu pemikirannya sangat fundamentalis sekali. Ini termasuk sekarang munculnya fenomena alumnus yang mendapat pendidikan barat, tetapi bila kembali ke Indonesia, maka cara pandangnya justeru sangat konservatif sekali. Ini yang harus di cari akarnya, iaitu kenapa menjadi sampai seperti itu.

Memanglah, bukankah dari belahan dunia barat juga komunisme asalnya muncul dan mengakar?

Apakah itu, mithalnya sebagai anti-tesis terhadap fundamentalis Kristian di Amerika, Belanda, dll? Umpamanya, perebutan identiti di Belanda sekarang sangat kuat, iaitu perebutan identiti lokal antara Islam dan Kristian. Ketika ummat Islam mahu membangun masjid, mereka membangunkannya bukan berdasarkan arkitek Eropah, tetapi ditiru senibinanya dari timur tengah.

Begitu juga orang-orang Melayu yang ada di rumah minang. Itu yang mereka di Sumatera Barat mendakwa bahawa rumah minang identik dengan rumah Islam. Umpamanya, “rumah gadang” identik dengan rumah ummat Islam. Dan, baru-baru ini muncul orang-orang Kristian yang membangun gereja dengan menggunakan bangunan ala “rumah gadang” itu. Itu menjadi masalah. Perebutan identiti lokal ini menjadi sangat kuat sekali sekarang. Dan, kekadang menjadi identiti politik juga.

Iya, malah masjid dulu pernah dibina seperti biara cina?

Kelmarin saya bertemu dengan seseorang untuk berdebat perkara ini. Katanya, pernah ada perjanjian bahawa rumah minang itu adalah rumah orang Melayu dan Melayu identik dengan Islam. Ada penjanjian di kalangan penduduk minang sendiri. Jadi, sejak itu tidak boleh membangun gereja dengan rekabentuk seperti “rumah gadang”. Jadi ada perebutan-perebutan identiti lokal.

Sejauh mana pengaruh Arabisme dalam Islam pula? Kerana kecenderungan kita kalau kembali pada tradisi “kembali pada asal” (istilah salafi, misalnya), tidak dapat memecahkan di mana aspek Arabnya itu?

Memang lebih 50% isi kandungan Al-Qur’an itukan merespons persoalan-persoalan Arab lokal sebenarnya. Kerana Al-Qur’an tidak turun dalam ruang yang hampa (vacuum) tetapi sebagai respons dalam persoalan-persoalan lokal Arab. Tapi banyak orang yang keliru, dikiranya Arab itu identik dengan Islam. Arabisasi identik dengan Islam. Itu yang terpapar. Dan, banyak sekali hukum-hukum yang berada dalam Al-Qur’an itu khasnya untuk orang Arab. Seperti hukum potong tangan. Hukum potong tangan sebelum Islam datang sudah ada. Hukum rejam sebelum Islam datang sudah ada. Dalam dunia Arab sendiri. Jadi itu bukan tipikal Islam. Kerana itu sudah ada sebelumnya. Persis seperti poligami misalnya. Itukan bukan sesuatu yang baru. Kerana poligami itu Arab adalah tradisi jahiliyyah.

Jadi kalau begitu, apa yang reformisnya wahyu itu kalau kita identikkannya dengan Arabisme?

Iya, kalau Al-Qur’an disaring dari fakta-fakta lokaliti yang Arab, maka yang tinggal hanya 10% sahaja. Ia menyangkut pesan-pesan moral, etika dari Islam tentang pentingnya menegakkan keadilan, penghargaan terhadap pluraliti dan sebagainya. Yang tersisa hanya 10%, selebihnya adalah hukum-hukum yang diambil secara ad-hoc oleh nabi untuk merespons persoalan-persoalan lokal. Jadi banyak sekali hukum-hukum yang diambil secara ad-hoc untuk merespons persoalan local.

Tetapi kecenderungan kelompok-kelompok Islam yang melaungkan kembali pada tradisi, mereka itukan gentar pada relativisme. Menafsirkan sepertinya akan menjadikan Islam itu relatif kerana hanya berpaut pada pesan-pesan seperti keadilan, keberanan, HAM dll?

Akhirnya, memang kita seringkali berdebat tentang persoalan apakah ada potensi ke arah itu? Apakah apa-apa yang dibawa oleh Islam itu betul-betul genuine, atau sebagai kelanjutan logik dari tradisi yang berlangsung sebelum ini. Atau, sekadar anti-tesis dari apa yang terjadi sebelumnya. Kebanyakannya, sebagai kelanjutan logik, sambil sedikit sebanyak dilakukan pengubahsuaian poligami pada zaman pra-Islam tanpa batas. Islam datang membatasi, atau ubahsuai, atau juga sebagai anti-tesis. Anti-tesis contohnya adalah, kalau tradisi Yahudi itu melakukan ibadat yang kolektif sifatnya pada hari Sabtu. Dan, kemudian Islam datang, maka hari Sabtu itu dihancurkan diganti hari Juma�at. Jadi, itulah caranya peranan Islam untuk memutuskan identiti dengan sejarah masa lalunya lalu dia menciptakan sejarah baru.

Memang begitu wacana tradisi kita. Namun, bukankah Nabi Muhammad itukan nabi akhir zaman yang membawa shariat universal yang baru? Kalau sebelum itu, para nabi hanya membawa shari’at khusus untuk kaum-kaumnya sahaja.

Sekarang persoalannya apa yang diputus oleh nabi tentang agama-agama lain? Memanglah Nabi Muhammad tahu tentang agama-agama lain. (Diam sebentar) Nah, apa yang digambarkan oleh Nabi Muhammad ketika mendengar isu trinity misalnya. Dari mana dia tahu? Dan, kita tahu bahawa kekristianan yang ada di timur tengah pada waktu itu bukannya Kristian yang mainstream.

Jadi, Kristian yang minoriti kita tahu itu adalah salah satu sektor yang lari dari Eropah yang kemudiannya dianggap sebagai historian sector yang memiliki pandangan-pandangan yang khas menyangkut trinity, kemudian lari ke timur tengah, ke Hijaz dan kemudian itulah yang di ketuhai oleh nabi sehingga yang dikafirkan oleh nabi itu trinity yang dibawa oleh historian sector dari Eropah ini. Jadi, bukan konsep kekristianan secara keseluruhan, kerana yang dikatakan nabi terhadap agama lain saya kira sangat terbatas. Bagaimana pengetahuan nabi tentang agama Budhha, agama Hindu, dll misalnya? Tidak ada bukan?

Anggapan anda ini bererti pengetahuan nabi terbatas. Maka, dengan sendirinya ia membawa makna bahawa wahyu itu pun turut terbatas? Maksudnya begitu?

Iya, saya kira iya. Kerana banyak sekali hal yang tidak direspons oleh nabi terutamanya di luar jangkaun fizik. Manakala, ketika itu alat komunikasi belum ada. Telefon tidak ada, kerana itu banyak sekali masalah-masalah lokal tidak terangkum dalam struktur bahasa Al-Qur’an. Jadi, itu semua kerana terbatasan fizikal nabi. Cuba misalnya kalau nabi sekarang hidup, dan saya kira dia bisa menjangkau masalah-masalah ini.

Kalau begitu ia ada semacam meninggalkan vacuum. Misalnya di nusantara ini, itu seolah-olah sudah menjadi wacana agama.

Iya, tidak pernah mendapatkan respons dari Nabi Muhammad sebagai seorang nabi.

Namun, bukankah ada keyakinan umum yang setiap seratus tahun itu ada mujaddid di kalangan kita?

Ada pandangan bahawa Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir. Tapi saya menganut satu prinsip bahawa pintu kenabian belum ditutup. Kerana di dalam kitab-kitab kuning, bahawa jumlah nabi itu 124,000. Maka, kalau kita kumpul sejumlah nama-nama nabi dalam kitab-kitab suci itu baru berjumlah sekitar 200 orang. Jadi seratus ribu lebih masih belum ditemui sampai sekarang. Masih terbuka peluangnya untuk menjadi nabi-nabi baru. Tentunya di Jawa namanya bukan nabi, mungkin kiyai.

Tetapi, melalui kepercayaan lazim muslim, mereka menganut doktrin bahawa Muhammad itu khatam-ul-nabiyyin. Meskipun dalam waktu yang sama, sebahagian besarnya turut mempercayai akan tampilnya mujaddid setiap 100 tahun. Bagaimana mahu dihubungkan itu?

Konsep tentang akan munculnya nabi baru itu bukannya fikiran baru. Malah, Ibn �Arabi turut memiliki konsep keberlangsungan nubuwwah. Jadi, jelas sekali pintu kenabian masih sebenarnya belum ditutup.

Mungkin di sini diibaratkan seumpama konsep imamah dalam tadisi shiisme; iaitu ada kesamaan dari sudut penerusan wahyu selepas Nabi Muhammad?

Iya, mungkin namanya agak berbeza. Bukankah Nabi Muhammad sebenarnya tokoh lokal. Kita tahu bahawa Islam pasca Nabi Muhammad masih sangat terbatas. Namun, setelah menggunakan tangan kekuasaan, tangan politik baru Islam itu menyebar sampai ke Eropah dan Asia. Pada zaman Nabi Muhammad, keadaan sangat terbatas sekali. Kerana itu Nabi Muhammad sebenarnya tokoh lokal. Seumpama seperti Jesus begitu. Mereka adalah tokoh lokal. Cumanya, Jesus meninggal hanya 25 orang pengikutnya.

Tapi, bukankah Muhammad membawa pesan-pesan universal?

Sama dengan Jesus juga. Setiap nabi-nabi itu memiliki dakwaan membawa pesan-pesan universal. Kerana itu, pesan-pesan moral itu menjadi tidak istimewa di dalam Al-Qur�an. Kerana itu juga terbukti, manusia bisa memutuskan menerusi pesan-pesan moral itu.

Jadi, ada kalangan mereka yang mendorong individu untuk mencapai tingkat-tingkat kesalehan yang tertentu. Ertinya, kita tahu bahawa individu bisa menjadi baik tanpa agama bagi mengawal masyarakatnya.

Iya, orang bisa menjadi baik tanpa agama sebenarnya. Kita punya buku novel yang ditulis oleh Ibnu Tufail itu, di mana dua orang yang satunya dibimbing oleh agama, manakala yang satu lagi tidak dibimbing oleh agama (oleh akal budinya). Ternyata, bermuara pada tujuan yang sama. Itu menunjukkan dengan akal budi manusia bisa berbuat baik. Kerana itu pergantungan orang terhadap kitab suci itu menunjukkan kerendahan kualiti dia. Semakin optimum seseorang menggunakan akal budinya, semakin tidak bodohlah dia terhadap kitab suci.

Kalau fikirannya begitu, maka di mana istimewanya agama ini?

Jadi Al-Qur’an itu sangat diperlukan terutamanya di kalangan masyarakat awam sebagai penunjuk teknik penyelenggaraan agama sebenarnya. Orang yang dengan optimum menggunakan akal budi dan hati nurani itu sebenarnya tidak memiliki kebergantungan yang sangat tinggi pada kitab suci.

Ini tentu ada masalah dalam kepercayaan umum muslim kalau sudah sampai pada kesimpulan ini.

Iya, ini persis seperti kitab suci juga. Kita tahu tentang relatifnya kitab suci jika diterapkan dalam dunia yang sekarang. Bukan hanya akal semata yang memiliki keterbatasan, tetapi bedanya dengan kitab suci, akal akan mengawal dirinya sendiri. Tetapi, kitab suci tidak pernah bisa mengawal dirinya sendiri.

Tentunya kalau begitu kitab suci itu sentiasa memerlukan akal?

Iya, jadi kitab suci tidak bisa mengawal dirinya. Tapi akal bisa mengawal dirinya sendiri.

Maka, mudahnya akal itu lebih tinggi dari kitab suci?

Iya, sebenarnya kitab suci tidak memiliki pengaruh apa-apa terhadap akal. Bagi saya, eksperimen tuhan yang paling besar ialah akal, bukannya kitab suci.

Eksperimen dalam konteks diri individu ataupun kolektif?

Iya, semuanya secara keseluruhan. Yang membedakan manusiia dengan binatang kerana adanya akal. Manusia tanpa akal budi, itunya binatang. Itu akal bukankah karya agung tuhan sebenarnya, yang bersemayan dalam diri manusia. Bukan Al-Qur’an sebenarnya. Kerana Al-Qur’an tanpa akal, dan tanpa manusia ia tidak akan berfungsi apa-apa. Kata Saiyidina Ali itu, Al-Qur’an itu innama yunthiquhur rijal: Al-Qur’an tidak bisa berbicara apa-apa. Bungkam! Yang membunyikan Al-Qur’an itu manusia sendiri.

Jadi, kalau begitu, tanpa dukungan kuat kitab suci, ummat Islam hendak ke mana sebenarnya?

Maka, kerananya ada kasus-kasus publik yang diputuskan berdasarkan kearifan-kearifan lokal pada tingkat masyarakat. Itulah yang akan berkerja. Memang tidak linear perjalanan manusia. Kerana itu tidak bisa diputuskan berdasarkan satu kitab suci. Apa yang dialami oleh ummat Islam sekarang jauh lebih kompleks ketimbang apa yang dihadapi ketika zaman nabi. Kalau Nabi Muhammad ada sekarang, saya kira tidak bisa lagi kekuatan executive, judicative dan legislative di tangan satu orang. Pasti dia akan cuba membahagikan kuasa tersebut dengan lembaga-lembaga lain. Tidak seperti pada zaman nabi. Pada waktu Nabi Muhammad hidup, itukan ada Piagam Madinah, yang diguna pakai untuk mengatur ratusan ribu manusia yang berada di Madinah.

Kalau begini, sekarang tidak bisa lagi? Maka, apakah juga tidak relevan lagi konsep sami’na wa ata’na, jika istilah ini bisa digunakan dalam perbincangan kita?

Kerana falsafah ijma’ bukankah salah satu dari sumber hukum di dalam fiqh. Maka, kerana itu kita tidak bisa menyerah sesuatu keputusan kepada individu. Keputusan harus diserahkan pada kasus-kasus publik. Ini yang berbeda dengan Kristian. Sekarang yang menyerahkan keputusan pada individu-individu yang ada di Vatican City, Itali.

Namun, bukankah itu rumusan jumhur al-ulama’, yang sememangnya cenderung bersifat majoriti?

Iya, tetapi akhirnya ke mana suara minoriti itu. Ini menjadi debat yang panjang juga. Suara minoriti berada di tengah arus majoriti.

Komen-komen»

1. Soegana Gandakoesoema, Pembaharu Persepsi Tunggal Agama millennium ke-3 masehi. - Februari 10, 2008

Nabi Muhammad saw. adalah nabi terakhir A4!
Terakhir dalam konteks bahwa tiap-tiap agama yang diciptakan Allah sejak Adam sesuai Ali Imran (3) ayat 31,32,33,34: Keluarga Adam sesuai Maryam (19) ayat 58 (Adam A1-Nuh B1), Keluarga Ibrahim ( sesuai Al Hajj (22) ayat 43 adalah Ibrahim A2-Luth B2), Keluarga Imran (sesuai Al Baqarah (2) ayat 87 adalah Musa A3-Isa B3) dan terakhir Keluarga Muhammad saw. terakhir, penutup (sesuai Al Fath (48) ayat 29, Ali Imran (3) ayat 144, Al Ahzaab (33) ayat 40, Muhammad (47) ayat 2 dan Ash Shaff (61) ayat 6,7,8,14 adalah Muhammad A4-Ahmad B4).
Pasangan rasul dan nabi A-B ini berdasarkan aturan dalil rumusan Ar R’ad (13) ayat 38 dan Al Ahzaab (33) ayat 6.
Semua pasangan 4 kelurga tersebut wajib melaksanakan aturan dalil rumusan Taurat-Injil dan yang turun kemudian D kepada mereka (agama-agama sebelum Muhammad) dan kepadamu (kepada umat Muhammad) sesuai aturan dalil rumusan Al Maidah (5) ayat 66,68.
Disebut juga sifat Kitab A-Hikmah B, Taurat A-Injil B sesuai aturan dalil rumusan Ali Imran (3) ayat 48.
Disebut juga sifat Yahudi A dan Nasrani B dan yang turun kemudian D sesuai Al Maidah (5) ayat 44 A,46 B,48 D,50, dan barang siapa tidak mendirikan aturan dalil rumusan ini disebut: Durhaka dan Kafir, disebut juga Jahiliah.
Aturan dali rumusan An Nisaa (4) ayat 69,70 (nikmat dan karunia) ialah A. Nabi, B Sodikin, C Syuhada, D Shalihin.
Sedang C adalah aturan dalil rumusan mati didalam ilmu pengertahuan agama sesuai Al Baqarah (2) ayat 132, Ali Imtran (3) ayat 102, Al A’raaf (7) ayat 126, Yusuf (12) ayat 101, Muhammad (47) ayat 34, At Taubah (9) ayat 125.
Sedangkan D” adalah ilmu pengetahuan agama ajaran Adam dahulu sesuai Al Baqarah (2) ayat 30-39, sedang D adalah ilmu pengetahuan agama ajaran Adam hari ini sesuai Al A’raaf (7) ayat 27, Thaha (20) ayat 117 yang memasukan 8 malaikat kesorga kedamaian kesatuan agama sesuai Al Haaqah (69) ayat 17, rasul sesuai Al An Aam (6) ayat 9, ditolak oleh iblis sesaui Al A’raaf (7) ayat 11,12, dan setan menghendaki perpecahan agama sesuai Al Baqarah (2) ayat 36, Ar Ruum (30) ayat 32, Al Mu’minuun (23) ayat 53,54 (sesat)
Dan menurut aturan dalil rumusan perjanjian untuk semua manusia Ali imran (3) ayat 81,82,83,85 disebut fask. Menang dengan pertolongan Allah dari agama disisi Allah adalah Islam sempurna menjadi Agama Allah sesuai An Nahr (110) ayat 1,2,3, Ali Imran (3) ayat 19, Al Maidah (5) ayat 3.

Sebagai penjelasan totalnya kami telah menerbitkan buku panduan terhadap kitab-kitab suci agama-agama berjudul:

“BHINNEKA CATUR SILA TUNGGAL IKA”
berikut 4 macam lampiran acuan:
SKEMA TUNGGAL ILMU LADUNI TEMPAT ACUAN AYAT KITAB SUCI TENTANG KESATUAN AGAMA (GLOBALISASI)”
hasil karya tulis ilmiah otodidak penelitian tehadap isi kitab-kitab suci agama-agama selam 25 tahun oleh:
“SOEGANA GANDAKOESOEMA”
dengan penerbit:
“GOD-A CENTRE”
dan mendapat sambutan hangat tertulis dari:
“DEPARTEMEN AGAMA REPUBLIK INDONESIA” DitJen Bimas Buddha, umat Kristiani dan tokoh Islam Pakistan.

Wasalam, Soegana Gandakoesoema, Pembaharu Persepsi Tunggal Agama millennium ke-3 masehi.

2. Soegana Gandakoesoema, Pembaharu Persepsi Tunggal Agama millennium ke-3 masehi. - April 5, 2008

Perbedaan para rasul dan umat yang menganut rasul-rasul itu masing-masing adalah terletak pada:

1. Para rasul/nabi atau tiap-tiap rasul/nabi tugasnya menyampaikan RISALAH TUHAN/ALLAH sesuai Al Maidah (5) ayat 67(rasul), Al An Aam (6) ayat 124,125(Allah), Al A’raaf (7) ayat 62(Nuh),68(Huud),79(Shaleh,93(Syuaib),144(Musa), Al Ahzaab (33) ayat 38,39,40(Muhammad), Al Jinn (72) ayat 23,26,27,28(Siapa saja).
Sedang tiap-tiap penolaknya adalah pemuka agama sesuai Al A’raaf (7) ayat 60(zaman Nuh), 66(zaman Huud), 75(zaman Shaleh), 88(zaman Syuaib), 109(zaman Musa). Oleh karena itu carilah wujud RISALAH TUHAN/ALLAH itu sejak Adam sampai kiamat dan sampaikanlah kepada umat manusia dan dapat dikatakan seorang rasul dan pasti ditolak oleh pemuka agama sesuai At Taubah (9) ayat 97.

2. Para penganut tiap-tiap rasul/nabi pada umumnya hanya menyampaikan RISALAH NABI/RASUL yang bersangkutan, sehingga mengakibatkan tidak sadar bersifat ARBABAN/MEMBERHALAKAN/MENYEMBAH/MENUHANKAN nabi/rasul sesuai Ali Imran (3) ayat 80, dan tidak sadar bersifat ARBABAN/MEMBERHALAKAN/MENYEMBAH/MENUHANKAN para pemuka agama selain Allah sesuai At Taubah (9) ayat 31.
Sifatnya mendahulukan NABI/RASUL dari pada Allah. Shahadatain lebih dari pada shahadat tauhid sesuai Az Zumar (39) ayat 45.

3. Jadi setelah Muhammad saw. kira-kira ada rasul lagi atau tidak sesuai aturan dalil rumusan yang tidak pernah berubah sesuai Al Fath (48) ayat 23 itu ! Dan siapakah pembawa HARI TAKWIL KEBENARAN KITAB yang wajib ditunggu-tunggu, tetapi dilupakan oleh umat manusia sesuai Al A’raaf (7) ayat 52,53 yang pasti isinya adalah RISALAH TUHAN/ALLAH sejak Adam sampai kiamat sesuai Al An Aam (6) ayat 124,125, Al Baqarah (2) ayat 30-39, Al A’raaf (7) ayat 27, Thah (20) ayat 117.
Nabi Muhammad saw. melukiskan RISALAH TUHAN/ALLAH ITU pada syiar-syiar Allah dalam manasik haji, thawaf Kabah, sa’i Sofa-Marwa, wukuf Arafah, mabit Musdalifah, Jamarat batu pada Ula, Wusta, Aqaba Mina.
Barangsiapa yang dapat melukiskan RISALAH TUHAN/ALLAH manasik haji itu didalam skema tertulis sejak Adam sampai kiamat sesuai maksud Al An Aam (6) ayat 7, Al Isro (17) ayat 13,14,71,72, maka dia adalah seorang rasul seperti para rasul yang sebelumnya.
Berbuat manasik haji (isinya adalah Risalah Taurat Musa sesuai Al A’raaf (7) ayat 144) akan tetapi tidak mengetahui rahasiananya sama saja dengan seumpama keledai sesuai Al Jumu’ah (62) ayat 5.
Apalagi mengingat hadits bahwa tiap-tiap 100 tahun akan ada pembaharu untuk abad ke-15 ini. Silahkan cari sendiri, mungkin anda sendiri orangnya ?.

Wasalam, Soegana Gandakoesoema, Pembaharu Persepsi Tunggal Agama millennium ke-3 masehi.

3. Soegana Gandakoesoema, Pembaharu Persepsi Tunggal Agama millennium ke-3 masehi - Julai 7, 2008

Buku panduan terhadap kitab-kitab suci agama-agama berjudul:

“BHINNEKA CATUR SILA TUNGGAL IKA”
Penulis: Soegana Gandakoesoema

Tersedia ditoko buku K A L A M
Jl. Raya Utan Kayu 68-H, Jakarta 13120
Telp. 8573388

4. Soegana Gandakoesoema, Pembaharu Persepsi Tunggal Agama millennium ke-3 masehi - Julai 29, 2008

Buku panduan terhadap kitab-kitab suci agama-agama berjudul:
“BHINNEKA CATUR SILA TUNGGAL IKA”
Penulis: Soegana Gandakoesoema
Penerbit: GOD-A CENTRE

I. Telah diserahkan pada hari Senin tanggal 24 September 2007 kepada Prof. DR. ibu Siti Musdah Mulia, MA., Islam, Ahli Peneliti Utama (APU) Balitbang dan Diklat Departemen Agama Republik Indonesia, untuk diteliti sampai kepada kesimpulan menerima atau menolak dengan hujjah, sebagaimana hujjah yang terdapat didalam buku itu sendiri.

II. Telah dibedah oleh:

A. DR. Abdurrahman Wahid, Gus Dur, Islam, Presiden Republik Indonesia ke-4 tahun 1999-2001.

B. Prof. DR. Budya Pradiptanagoro, Penghayat Kepada Ketuhanan Yang Maha Esa, dosen FIPB Universitas Indonesia.

C. Prof. DR. Usman Arif, Konghucu, dosen Ilmu Filsafat Universitas Gajah Mada.

D. Prof. DR. Robert Paul Walean Sr., Pendeta Nasrani, sebagai Moderator, seorang peneliti Al Quran, sebagaimana Soegana Gandakoesoema meneliti Al Kitab perjanjian lama dan perjanjian baru, setingkat dan sejajar dengan Waraqah bin Naufal bin Assab bin Abdul Uzza 94 tahun, anak paman Siti Khadijah 40 tahun, isteri Muhammad 25 tahun, sebelum menerima wahyu 15 tahun kemudian pada usia 40 tahun melalui JIbril (IQ), sedang Musa wahyu langsung Allah.
Pertanyaan yang sulit untuk dijawab, akan tetapi sangat logis dan wajar untuk dipertanyakan adalah Muhamad sebelum turun wahyu adalah seorang yang patonah, sidik, amin dan lain-lainnya nikah dengan Siti Khadijah hadijah dengan acara ritual agama apa dan beragama apa, sedang waktu itu agama Nasrani adalah yang paling terkemudian yang dianut orang ?.

E. Disaksikan oleh 500 peserta seminar dan bedah buku yang diakhir oleh sesi dialog dan tanya-jawab. Apabila waktu tidak dibatasi, maka akan mengulur panjang sekali, disebabkan banyaknya gairah pertanyaan yang diajukan oleh para hadirin dari berbagai penganut agama dan kepercayaan/keyakinan.

F. Pada hari Kamis tanggal 29 mei 2008, jam 09.00 – 14.30, tempat Auditorium Perpustakaan Nasional Republik Indonesia, jl. Salemba Raya 28A, Jakarta 10002, dalam rangka peringatan satu abad (1908-2008) kebangkitan nasional “dan kebangkitan agama-agama (1301-1401 hijrah) (1901-2001 masehi), diacara Seminar & Bedah Buku hari/tanggal Selasa 27 Mei – Kamis 29 Mei 2008, dengan tema merunut benang merah sejarah bangsa untuk menemukan kembali jati diri roh Bhinneka Tunggal Ika Pancasila Indonesia.

Wasalam, Soegana Gandakoesoema, Pembaharu Persepsi Tunggal Agama millennium ke-3 masehi.

5. Soegana Gandakoesoema, Pembaharu Persepsi Tunggal Agama millennium ke-3 masehi - Ogos 11, 2008

Menurut hujjah Allah, hujjah nabi, hujjah kitab suci-Nya:

1. Al Maidah (5) ayat 20, Maryam (19) ayat 58: Datangnya nabi-nabi kapanpun adalah merupakan nikmat Allah.

2. Ali Imran (3) ayat 164: Datangnya rasul-rasul kapanpun adalah merupakan karunia Allah.

3. Al Mu’min (40) ayat 34: Berkeyakian dan mengatakan tidak ada lagi utusan, setelah utusan yang terdahulu adalah disesatkan Allah karena melampaui batas dan ragu-ragu.

4. Al Mu’nmin (40) ayat 28: Mengakui ada lagi nabi/rasul kapanpun tidak menanggung kesalahan dosa tetapi pasti benarnya bagi penganutnya.

5. Al Haqqah (69) ayat 44,45,46: Apabila pengaku nabi/rasul berbohong, resiko buruknya ada pada dirinya, bukan pada penganutnya.

6. Ar R’ad (13) ayat 38: Tiap-tiap nabi/rasul sejak dahulu mempunyai pasangan nabi/rasul.

7. Ar R’ad (13) ayat 39: Allah Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan Allah menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan disisi-Nya ada ummulkitab (skema alwah, sesuai Al A’raaf (7) ayat 144,145), berwujud kitab terbuka, sesuai Al Isro (17) ayat 13,14,71,72, Al An Aam (6) ayat 7, berwujud Risalah Tuhan/Allah kehendak Allah sesuai Al An Aam (6) ayat 124,125 (sejak Adam sampai hari ini).

8. Al Fath (48) ayat 23: Sunnatullahnya sejak dahulu tidak berubah (contoh diantaranya: Adam globalisasi dahulu Al Baqarah (2) ayat 30-39 menuju Adam globalisasi sekarang Al A’raaf (7) ayat 27, Thaha (20) ayat 117).

Wasalam, Soegana Gandakoesoema, Pembaharu Persepsi Tunggal Agama millennium ke-3 masehi.

6. gjghjgh - September 1, 2008

hj

7. gjghjgh - September 1, 2008

uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

8. gjghjgh - September 1, 2008

666666666666666666666666666

9. I'm Muslim!! - November 22, 2010

Maaf, argumen Anda tidak berarti sama sekali. Artikel ini tak ubahnya sampah .., mncoba meracuni pemikiran masyarakat dgn argumen-argumen yg dibuat-buat seenak udelnya..

Sudah dijelaskan secara eksplisit bhwa Muhammad adalah Nabi terakhir:

QS AL AHZAB 40: ” Bukanlah Muhammad itu bapak salah seorang laki-laki di antara kamu tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup Nabi-nabi”

2. Imam Muslim dan yang lainnya meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Perumpamaan saya dan para Nabi sebelum saya seperti orang yang membangun satu bangunan lalu dia membaguskan dan membuat indah bangunan itu kecuali tempat batu yang ada di salah satu sudut. Kemudian orang-orang mengelilinginya dan mereka ta’juk lalu berkata: ‘kenapa kamu tidak taruh batu ini.?’ Nabi menjawab : Sayalah batu itu dan saya penutup Nabi-nabi”

3. Imam Muslim juga meriwayatkan dari Jubair bin Mut’im RA bahwa Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya saya mempunyai nama-nama, saya Muhammad, saya Ahmad, saya Al-Mahi, yang mana Allah menghapuskan kekafiran karena saya, saya Al-Hasyir yang mana manusia berkumpul di kaki saya, saya Al-Aqib yang tidak ada Nabi setelahnya”

4. Abu Daud dan yang lain dalam hadist Thauban Al-Thawil, bersabda Nabi Muhammad SAW:

“Akan ada pada umatku 30 pendusta semuanya mengaku nabi, dan saya penutup para Nabi dan tidak ada nabi setelahku”

5. Khutbah terakhir Rasulullah …

” …Wahai manusia, tidak ada nabi atau rasul yang akan datang sesudahku dan tidak ada agama baru yang akan lahir.Karena itu, wahai manusia, berpikirlah dengan baik dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu. Aku tinggalkan dua hal: Al Quran dan Sunnah, contoh-contoh dariku; dan jika kamu ikuti keduanya kamu tidak akan pernah tersesat …”

6. Rasulullah SAW menjelaskan: “Suku Israel dipimpim oleh Nabi-nabi. Jika seorang Nabi meninggal dunia, seorang nabi lain meneruskannya. Tetapi tidak ada nabi yang akan datang sesudahku; hanya para kalifah yang akan menjadi penerusku (Bukhari, Kitab-ul-Manaqib).

7. Rasulullah SAW menegaskan: “Posisiku dalam hubungan dengan nabi-nabi yang datang sebelumku dapat dijelaskan dengan contoh berikut: Seorang laki-laki mendirikan sebuah bangunan dan menghiasinya dengan keindahan yang agung, tetapi dia menyisakan sebuah lubang di sudut untuk tempat sebuah batu yang belum dipasang. Orang-orang melihat sekeliling bangunan tersebut dan mengagumi keindahannya, tetapi bertanya-tanya, kenapa ada sebuah batu yang hilang dari lubang tersebut? Aku seperti batu yang hilang itu dan aku adalah yang terakhir dalam jajaran Nabi-nabi”. (Bukhari, Kitab-ul-Manaqib).

8. Rasulullah SAW menyatakan: “Allah telah memberkati aku dengan enam macam kebaikan yang tidak dinikmati Nabi-nabi terdahulu: – Aku dikaruniai keahlian berbicara yang efektif dan sempurna. – Aku diberi kemenangan karena musuh gentar menghadapiku – Harta rampasan perang dihalalkan bagiku. -Seluruh bumi telah dijadikan tempatku beribadah dan juga telah menjadi alat pensuci bagiku. Dengan kata lain, dalam agamaku, melakukan shalat tidak harus di suatu tempat ibadah tertentu. Shalat dapat dilakukan di manapun di atas bumi. Dan jika air tidak tersedia, ummatku diizinkan untuk berwudhu dengan tanah (Tayammum) dan membersihkan dirinya dengan tanah jika air untuk mandi langka. – Aku diutus Allah untuk menyampaikan pesan suciNYA bagi seluruh dunia. – Dan jajaran Kenabian telah mencapai akhirnya padaku (Riwayat Muslim, Tirmidhi, Ibnu Majah)

9. Rasulullah SAW menegaskan: “Rantai Kerasulan dan Kenabian telah sampai pada akhirnya. Tidak akan ada lagi rasul dan nabi sesudahku”. (Tirmidhi, Kitab-ur-Rouya, Bab Zahab-un-Nubuwwa; Musnad Ahmad; Marwiyat-Anas bin Malik).

10. Rasulullah SAW menjelaskan: ‘Saya Muhammad, Saya Ahmad, Saya Pembersih dan kekafiran harus dihapuskan melalui aku; Saya Pengumpul, Manusia harus berkumpul pada hari kiamat yang datang sesudahku. (Dengan kata lain, Kiamat adalah satu-satunya yang akan datang sesudahku); dan saya adalah Yang Terakhir dalam arti tidak ada nabi yang datang sesudahku”. (Bukhari dan Muslim, Kitab-ul-Fada’il, Bab Asmaun-Nabi; Tirmidhi, Kitab-ul-Adab, Bab Asma-un-Nabi; Muatta’, Kitab-u-Asma-in-Nabi; Al-Mustadrak Hakim, Kitab-ut-Tarikh, Bab Asma-un-Nabi).

11. Rasulullah SAW menjelaskan: “Allah yang Maha Kuasa tidak mengirim seorang Nabi pun ke dunia ini yang tidak memperingatkan ummatnya tentang kemunculan Dajjal (Anti-Kristus, tetapi Dajjal tidak muncul dalam masa mereka). Aku yang terakhir dalam jajaran Nabi-Nabi dan kalian ummat terakhir yang beriman. Tidak diragukan, suatu saat, Dajjal akan datang dari antara kamu”. (Ibnu Majah, Kitabul Fitan, Bab Dajjal).

12. Abdur Rahman bin Jubair melaporkan: “Saya mendengar Abdullah bin ‘Amr ibn-’As menceritakan bahwa suatu hari Rasulullah SAW keluar dari rumahnya dan bergabung dengan mereka. Tindak-tanduknya memberi kesan seolah-olah beliau akan meninggalkan kita. Beliau berkata: “Aku Muhammad, Nabi Allah yang buta huruf”, dan mengulangi pernyataan itu tiga kali. Lalu beliau menegaskan: “Tidak ada lagi Nabi sesudahku”. (Musnad Ahmad, Marwiyat ‘Abdullah bin ‘Amr ibn-’As).

13. Rasulullah SAW berkata: ” Allah tidak akan mengutus Nabi sesudahku, tetapi hanya Mubashirat”. Dikatakan, apa yang dimaksud dengan al-Mubashirat. Beliau berkata: Visi yang baik atau visi yang suci”. (Musnad Ahmad, marwiyat Abu Tufail, Nasa’i, Abu Dawud). (Dengan kata lain tidak ada kemungkinan turunnya wahyu Allah di masa yang akan datang. Paling tinggi, jika seseorang mendapat inspirasi dari Allah, dia akan menerimanya dalam bentuk mimpi yang suci).

14. Rasulullah SAW berkata: “Jika benar seorang Nabi akan datang sesudahku, orang itu tentunya Umar bin Khattab”. (Tirmidhi, Kitab-ul-Manaqib).

15. Rasulullah SAW berkata kepada ‘Ali, “Hubunganmu denganku ialah seperti hubungan Harun dengan Musa. Tetapi tidak ada Nabi yang akan datang sesudahku”. (Bukhari dan Muslim, Kitab Fada’il as-Sahaba).

16. Rasulullah SAW menjelaskan: “Di antara suku Israel sebelum kamu, benar-benar ada orang-orang yang berkomunikasi dengan Tuhan, meskipun mereka bukanlah NabiNYA. Jika ada satu orang di antara ummatku yang akan berkomunikasi dengan Allah, orangnya tidak lain daripada Umar. (Bukhari, Kitab-ul-Manaqib)

17. Rasulullah SAW berkata: “Tidak ada Nabi yang akan datang sesudahku dan karena itu, tidak akan ada ummat lain pengikut nabi baru apapun”. (Baihaqi, Kitab-ul-Rouya; Tabrani)

Ijtihad mmg diperlukan, namun bkn brrti mengubah ajaran Islam seenaknya saja,,

Wassalam..


Tinggalkan komen