jump to navigation

Fadzlullah Shuib: Merendahkan Tekanan Blok PAS-UMNO November 24, 2004

Posted by ummahonline in Wawancara.
1 comment so far

Oleh: Aqil Fithri

Fadzlullah Shuib, 47 kini merupakan akademia di UiTM Kota Kinabalu, Sabah. Ketika berusia awal 20-an lagi beliau telah pun mencipta nama, sekurang-kurangnya dalam arena gerakan mahasiswa negara. Namun begitu memang benar, tidak banyak sejarah bertulis yang mencatatkan perjuangannya, tetapi pada Ummahonline.com, kehadiran beliau dalam temubual ini tetap ada signifikannya.

Sebagai seorang yang lebih mudah disapa dengan panggilan Ustaz, sesuai dengan pendidikan dan aktivitinya, beliau sedia berkongsi idea dan pengalamannya menerusi satu temubual maya. Dengan identiti inilah, beliau telah menitipkan pandangannya terhadap semua isu-isu lokal dan global yang telah kami kemukakan. (selanjutnya…)