jump to navigation

Tentang

Ummahonline.com (UoL)—didirikan pada Muharram 1424—merupakan majalah internet yang menganjurkan aktiviti penerokaan ilmu dari pelbagai perspektif, sama ada berbeza mahupun bercanggah. Pendekatan yang diusahakan ini adalah semata-mata untuk menawarkan kepada para pembaca suatu ruang intelektual yang terbuka terhadap semangat jamak perspektif. Bertitik tolak dari kesedaran ini, ummahonline.com menerusi temanya—ragam fikiran bertemu di sini—memang sentiasa meraikan sebarang idea, ulasan dan tulisan bermutu anda dalam memeriahkan halaman ini. Mudah-mudahan wasilah ini membantu mencerahkan pemikiran ummah!

Editor
Ummahonline.com

Emel: aqilfithri@gmail.com

Komen-komen»

1. la_abwa - Januari 12, 2008

assalamu’alaikum,

sidang redaksi UOL,
rakan2 pembaca sekeliannya,

Selamat menyambut maal hijrah 1429h, hari ini adalah 3 muharram 1429. Beberapa hari saya tidak menjengah UOL, kini sudah berwajah baru. Wajah majalah internet tanpa forum, tanpa ajakan berpolimik !Mudah2an sahaja UOL dapat dimeriahkan lagi oleh rakan2 lama yg mungkin juga masih tergamam dgn penampilan baru ini. selamat bermajalah dan bermujahadah.

Nota Editor: Salaam dan terima kaseh la_abwa kerana terus setia bersama UoL. Tentunya anda maklum bagaimana evolusi ummahonline.com: dari geocities-php-wordpress. Memang benar kata Nabi: yang sedikit tapi kerap lebeh berharga dari yang banyak tapi sebentar.

2. falah - Januari 31, 2008

salam….ana pula baru menjengah ke laman ini…semoga laman ini terus kekal..dan ana mendapat manfaat darinya utk penambahbaikan diri sendiri yg amat2 teruk.. insyaAllah

Nota Editor: Terima kaseh Falah. Ya, mudah-mudahan UoL bermanfaat untuk semua!

3. La_abwa - Januari 31, 2008

wa’alaikassalam sdr editor (sapa tu :) ) dan pembaca budiman sekeliannya,

Hari ini kalau ikut kalendar Malaysia sudah 31 Januari 2008 atau 22 muharram 1429. Tapi kalendar UOL masih 30 Januari 2008. saya jadi kong-fius, mana tahu saya salah lagi… nanti appoinment tak menjadi pula :)

Ada ker sabdaan Nabi macam tu aqil? atau hanya matannya shj. Saya pun tak dapat nak pastikan kebenarannya , kenalah tengok apa isunya. Sikit/banyak, lama/sebentar tu adalah subjektif. Dalam al-qur’an sebut dunia hanya sementara dan sebentar, tak lama lagi kiamat tp hakikatnya lama juga.. ada manusia yg sempat bongkok tiga.

Saya kalau tulis, tak gheti sikit lah aqil, he he. Banyak sokmo. kena emergency break lah yer.

p/s ahalan wa sahlan buat falah. Mana perginya org2 lama UOL? belum nampak bayang lagi kecuali arda. atau dah tukar nama/nick.

Nota Editor: Daripada Aisyah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan, walaupun sedikit.” — Riwayat al-Bukhari dan Muslim

4. la_abwa - Februari 5, 2008

Satu lagi pemerhatian saya, komen2 di UOL ni boleh di tiru nicknya.
Misalnya orang lain boleh shj masuk UOL dari mana2 CC tulis message dgn meletakkan nama sesiapa termasuk nama/nick saya sedangkan ianya bukan saya.

macammana tu sdr editor? WordPress ni tak ada security nampaknya.

Nota Editor: Benar juga. Setiap kelebihan akan ada kekurangannya. Seperti yang diutarakan oleh La Abwa sendiri, memang itulah kekurangan WordPress. Jadi, ternyata kebebasan harus diiringi dengan tanggunjawab! Dan, tentunya mereka yang paling luhur kebebasannya adalah mereka yang paling kurang memerlukan faktor-faktor luaran untuk meluruskan dirinya :-)

5. La_abwa - Februari 12, 2008

Tapi ujudnya hukum itu kerana fitrah manusia ini ada yg tak lurus dan ada yg lurus bendul :D :D

6. La_abwa - Februari 12, 2008

Ya ttg amalan yg berterusan (istiqomah) tu memang tak dapat dinafikan. Itu baru betul hadisnya. bukan seperti sebelumnya dikatakan “yang sedikit tapi kerap lebeh berharga dari yang banyak tapi sebentar.”.

Sikit banyak tak kesah asalkan ianya berterusan, bukan hangat2 tahi ayam. Amalan yg berterusan ini ada kalanya banyak ada kalanya sikit mengikut kemampuan masa dan upaya. Amalan yg bersifat ad-hoc pula hanya berlaku pasa waktu yg singkat kemudian ditinggalkan begitu sahaja. Contohnya sedekah, jika kita bersedekah secara berterusan walaupun sedikit insyaAllah amalan itu akan berlaku sepanjang hayat. sebaliknya jika hanya untuk cari nama, maka ianya dibuat bila ada liputan akhbar shj atau bila diminta/digesa. Allahu’aklam.

Nota Editor: hehehehe :D

7. La_abwa - Februari 13, 2008

He he he? kenapa lucu ker aqil?

haa lain kali jangan tukar ayat yer maksudnya dah berbeza.
sebenarnya yg banyak , kerap dan berterusan itulah yg paling mulia seperti amalah ibadah para nabi2. Tetapi kita manusia yg banyak songeh ni lebih baik sedikit yg berterusan dari banyak yg sekali cuma. Bak kata perpatah melayu [b]” dari cempedak baiklah nangka, dari tidak baiklah ada. “[/b]

dalam penulisan pula yang mudah difaham itu lebih baik dari yang sukar difaham. Jadi penggunaan bahas2 journal/bombastik tak sesuai untuk bacaan umum umpamanya bacaan majalah internet ni..;).

opps PC saya nak shut down. permisi.

Nota Editor: Ya, terima kaseh ya! :-)

8. Indonesian Sahaja - Februari 24, 2008

semoga UOL dapat menghapuskan racism kat Malaysia yang sangat sangat teruk hingga sering menindas warga melayu Indonesia dan india muslim

Nota Editor: ya, mudah2an! nilai mengatasi mana2 ras.

9. La_abwa - Februari 25, 2008

malaysia tersangat murah hati sehingga berjaya menjadi ‘periuk nasi ‘ ramai pendatang sam ada dari Indonesia. India , china, bangladesh dan myanmar. Malah imigran dar China kini berjaya menjadi tokoh2 korporat yg meguasai ekonomi.

penindasan ada di mana2 malah di Indonesia dan India khabarnya lebih teruk. Lihat shj paparan filem2 mereka, sesama sendiri juga menindas. selagi umat tak kembali kepada Islam yg syumul selagi itu berlaku penindasan.Allahu’aklam

10. laabwa - Mac 14, 2008

Hari ini Jumaat 14/3/08, UOL berubah lagi.. kali ini berubah dari kanan ke kiri , dari kiri ke kanan. he he.

sesuai dengan iklim politik yg tidak menentu, paparan headline juga kelihatan suram/redup. Ditambah dgn warna pudar bahagian teks, menjadikan UOL hari ini, waktu ini (22.oo pm) kelihatan berkabus.

perkataan ummahonline kecil sangat seperti malu2 untuk dikeluarkan . mengapa ya aqil..? :)

Nota Editor: UoL memang pemalu, hehehehe!

11. ressay - Mac 27, 2008

Menarik.

Nota Editor: mamnoon, akhi.

12. Abu_Muslim - April 25, 2008

Assalamaualikum w.m.b.rt
…Ikhwah dan Akhawat sekalian,…Terutama sekali kepada sidang redaksi Uol…
…Pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada Uol kerana telah berjaya menarik minat saya terhadap Ummahonline…disamping menjadi ruang yg terbuka serta wadah fikrah dalam mencari Mardhotillah InsyaAllah….!!!
..Beberapa hari lalu saya ada terbaca Artikel karangan ISYRAQ yang bertajuk “melihat tuhan”…Soalan pertama saya kepada redaksi Ummahonline ialah adakah antum mengenali ISYRAQ ?…adakah para redaksi sudah membaca artikel ini sebelum menyiarkannya?…saya amat terkejut besar selepas membaca Artikel ISYRAQ dalam wadah Ummahonline ini….!!untuk pengetahuan editor sekalian , Bawaan serta fikrah yang dibawa oleh ISYRAQ ialah pembawaan Muktazilah dan Syiah isna Asyariyyah yang terus terkeluar dari lingkungan Ahli Sunnah wal Jamaah. Secara sedar atau tidak sebenarnya Artikel ini membincangkan tentang perkara2 sam’iyyat yg terlingkung dalam lingkungan ilmu Al-iman @ Aqidah.. Secara direct ISYRAQ telah mengemukakan Aqidah Syiah Imamiyyah serta Muktazilah dalam mentakwil Dzaat Allah serta dalam pandangan saya dapat mengelirukan Ummat islam terutamanya para2 pengunjung wordpress ini,
..Cubalah para redaksi Uol berfikir sebentar,..Apa yang akan terjadi sekiranya dalam wadah yang mulia ini terdapat unsur2 yang menyimpang serta mengelirukan pembaca2 yang kurang prihatin serta jahil dalam Ad-deen?….Apakah yang akan terjadi sekiranya Ummahonline ini menjadi ikutan dalam perkara2 yang menyimpang sama sekali dengan fikrah Islamiyyah?….Bertapa besarnya dosa !!!!
..Secara telus , saya ada membalas serta comment dalam Artikel ISYRAQ ini…Sebagai peringatan , walaupun wadah Ummahonline ini menjadi satu wadah yang terbuka, dalam masa yang sama para redaksi serta Uol perlulah mengawal pengisian-pengisian atau input2 yang hendak diutarakan terutamanya…Dalam Artikel ini saya katakan secara direct ia sama sekali terkeluar dalam lingkungan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana dalil2 yang diutarakan ISYRAQ semuanya bertentangan dengan dalil2 Qat’ie daripada Hadith2 Sahih Mutawathir serta Tafsir2 Al-quran daripada kitab thuras yg muktabar…Akhir sekali , saya sudahi kalam ini dengan Hadith daripada sohih muslim tanda sebagai Iqoomatul Hujjah (Menegakkan Hujjah@ dalil2) bagi menerangkan tentang “Orang yang beriman dan bertakwa di akhirat kelak akan melihat Allah S.w.t sebagai anugerah dan kurniaan daripada-Nya”….dalam menjawab penyelewengan yg dibawa oleh ISYRAQ yg mengatakan manusia sama sekali tidak dapat melihat Allah diakhirat kelak …
Hadith daripada sohih Muslim…..
Daripada Suhaib daripada Nabi s.a.w telah bersabda (( “Apabila penduduk syurga telah memasuki syurga dan penduduk neraka telah masuk ke dalam neraka, Berserulah suatu seruan :” Wahai Ahli syurga sesungguhnya kamu disisi Allah mempunyai satu janji dan Allah s.w.t ingin menunaikannya kepada kamu.” …. Mereka pun berkata : “Apakah ia?” Bukankah Engkau telah memberatkan mizan (timbangan) kami dan bukankah muka kami telah putih gilang-gemilang ? Bukankah kami telah Engkau masukkan ke syurga serta menyelamatkan kami dari neraka? …Maka Allah pun membuka tabir hijab ,..Maka merekapun melihat kepada-Nya, …Tidaklah Allah memberikan kepada mereka sebaik-baik nikmat yang tiada taranya ,selain memandang Allah Azza Wajalla , dan ia sebagai Ziadah “))
(Hadith sahih riwayat Muslim, At-tarmizi, Ibn Majah dan Ahmad dan sebagainya daripada Suhaib R.A)

Rujukan tambahan bagi para editor2 Ummahonline :Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Fathul Qadir Al-imam As-syaukani, Sofwatu Tafasir Syiekh Ali As-Sobuni, Tafsir Al-Manar karangan Allamah Syiekh Muhammad Rasyid Redha’, Tarsir Al-Munir Dr Wahbah Zuhaili, Mufradat Alfadz Gharib Al-quran Imam Al-Asfahaani dll (Tafsir ayat 11-13 surah An-najm/ Ayat 26 surah Yunus, kalimah “Ziaadah”)

Rujukan Umum : Fikqr Al-Khawarij wa As-Syiah Fi Mizan Ahli Sunnah wal Jamaah karangan Dr Ali Muhammad As-Sollaby. Topik :At-Tauhid wa As-syiah Isna asyariyyah: “Mas’alah Ar-Ru’yah”..dll…

..Daripada Allah-lah kita memperoleh Taufiq dan hidayah …WallahuAa’lam Bissowab ..

Nota Editor: Terima kaseh kerana sudi berkunjung ke UoL. Juga terima kaseh atas cadangan, teguran, sanggahan dan sebagainya. Izinkan kami berkongsi lagi, iaitu UoL bukannya sebuah majalah agama/aliran/mazhab tertentu, tapi lebih berupa sebuah majalah falsafah. Dasar kami ialah menyiarkan sebarang tulisan-tulisan bermutu yang dikirimkan, termasuklah–jika ada–dari kalangan mulhid sekalipun. Di sini juga, yang kami harapkan ialah suatu pengutaraan ilmu serta pertarungan wacana (balas-membalas), bukannya suatu pengistimewaan kepada mana-mana kelompok. Hujah harus ditangkis hujah, sepertimana yang telah saudara lakukan. Biar budaya ini berterusan. Kita percaya, hujah yang kuat akan sentiasa lestari, dan sekaligus bestari! Apapun, terima kaseh atas perhatian saudara. Kami memang sentiasa menghargainya.

13. Satria - April 28, 2008

Selamat dan terus berkarya…….

14. La_abwa - Mei 6, 2008

Kepada hambaAllah yg asyik mngiklankan Leoxa.com, harap sdr dapat menjaga adat berada di’rumah’ orang. Jangalah gunakan ruangan komentar rencana untuk iklan anda . Gunakan ruang di sudur ‘tentang OUL’ sekali untuk iklan anda itu.

15. bravopro67 - Mei 9, 2008

Salam~

Komen kepada Abu Muslim.

Bila tafsiran berbeza, maka berbezalah pemahamannya. Golongan Abu Muslim mengambil tafsiran dari para ulama’ yang mendasari tafsiran mereka dari Al Quran dan As Sunnah.

Begitu juga Syiah. Mereka mengambil tafsiran agama mereka juga dari para ulama’ yang menyimpul aqidah mereka dari riwayat-riwayat para Imam ahlul bayt ahs yang juga mendasarkan fahaman mereka dari Al Quran dan As Sunnah.

Bezanya di sini ialah Syiah mempunyai ‘filter’ tambahan bagi menyaring As Sunnah. Bukan semua hadis2 di dalam “As Sunnah” yang diterima pakai oleh ulama’2 ASWJ termasuk dalam Sahih Bukhari dan Muslim, diterima palai oleh para Imam Ahlul Bayt. Untuk memahami persoalan ini, anda boleh rujuk kepada artikel Murtadha Muntahari berjodol “PERANAN AHLUL BAIT AS MEMELIHARA
KESUCIAN AJARAN ISLAM”

Contoh yang diambil dari artikel itu bagaimana Syiah memahami persoalan melihat Allah adalah seperti berikut;

1. Imam Ja’far al-Sadiq berkata:
“Salah seorang yang terpelajar daripada ahlul kitab datang bertemu Imam Ali AS dan mengemukakan soalan:
‘Wahai Ali, pernahkah engkau melihat Tuhanmu ketika kamu menyembahNya? Imam berkata: “Aku tidak akan menyembah Tuhan yang tidak dapat aku lihat!” Orang itu bertanya lagi: “Dan bagaimanakah kamu melihatNya?” Imam berkata: “Ingat, mata tidak dapat melihatNya. Namun hati orang yang beriman yang dapat melihatNya.”

2. Safwan bin Yahya berkata, Abu Qurrah, salah seorang periwayat hadith mazhab khalifah, memohon izin untuk bertemu Imam Ridha AS. Dalam pertemuan itu, dia mengemukakan beberapa soalan berkaitan dengan hukum-hukum Islam. Kemudian dia berkata:
“Kami mempunyai satu hadith yang menyatakan Allah membahagikan rahmatNya di antara Musa AS dan Muhammad SAWAW. Dengan Musa Dia berkata-kata dan dengan Muhammad SAWAW, dia menunjukkan DiriNya.”

Apabila mendengar hal itu, Imam Ridha AS berkata: “Jika itu benar, siapakah yang menyampaikan ayat-ayat ini daripada Allah:
a)”Mata-mata tidak dapat melihatNya, tetapi Dia mencapai segala penglihatan.” (Al-Anam: 103)
b)”Sedangkan ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmuNya.” (Taha: 110)
c)”Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia.” (Al-Shura: 11)

“Adakah bukan Muhammad SAWAW yang menyampaikan wahyu ini?”
Abu Qurrah berkata: “Benar, Muhammad SAWAW yang menyampaikan wahyu itu.” Imam Ridha AS berkata:
“Bagaimanakah seseorang yang mengajar manusia bahawa Allah tidak dapat dilihat, tidak dapat dicapai, tiba-tiba pusing ke belakang dan berkata:”Aku telah melihat Dia, mencapaiNya, dan Dia mempunyai bentuk seperti manusia?”Tidak kamu berasa malu atau rasa bersalah mengaitkan Nabi SAWAW dengan perkara-perkara yang tidak pun dilakukan oleh golongan yang tidak beriman (tetapi kamu melakukannya)?”

Abu Qurrah berkata:
“Tetapi Qur’an menyatakan pada malam Mi’raj, Nabi SAWAW melihatNya.” Kemudian dia membacakan ayat berikut:
“Dan sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada waktu yang lain.” (Walaqad-ra-aa-hu naz-latan uhra) (An-Najm: 13)

Abu Qurrah berpendapat gantinama ‘nya(hu)’ itu bermaksud ‘Dia'(Allah).

Imam Ridha AS berkata:
“Kamu sepatutnya membaca ayat seterusnya yang menjelaskan apa yang Nabi SAWAW lihat. Dalam ayat 18, surah yang sama, kamu akan dapati:
“Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar.” (An-Najm: 18)
“Tanda-tanda kekuasaan Allah bukanlah Allah. Allah tidak dapat dilihat – kerana penglihatan tidak dapat mencapaiNya dan pengetahuan tidak dapat meliputiNya.”

Abu Qurrah berkata:
“Adakah anda berpendapat bahawa hadith-hadith yang kami riwayatkan adalah bohong belaka?”

Imam Ridha AS berkata:
“Sebarang hadith yang bertentangan dengan al-Qur’an adalah palsu dan telah secara tidak benar dikaitkan dengan Nabi SAWAW. Aku tidak akan menerimanya.”

Kesimpulannya, oleh kerana bukan semua hadis yang diterima pakai dalam ASWJ diterima pakai oleh Syiah, maka dengan itu pemahaman tentang agama juga punya sedikit perbezaan. Mazhab Imamiyah berpendapat bahawa Allah tidad dapat dilihat di dunia mahupun di akhirat. Ini adalah kerana Allah swt. itu menurut mereka tidak berjisim, tidak berjirim, tidak tertakluk kepada masa, tidak tertakluk oleh ruang.

Wallahu ‘Alam

16. Abu_Muslim - Mei 10, 2008

SalamZzzZZ…..
…….
….Apabila berbezanya sumber asas yg dipakai maka berbeza juga cara pengolahan dan pemahamannya,…
..ikhwah & akhawat ,..semoga kita semua dirahmati Allah…..
…Sebagai tambahan, …dalam persoalan melihat Allah , yg kita dapati beberapa perbezaan pendapat diatara Ahli Sunnah & syiah ttg ini, dan semestinya berbeza,…cuma dalam masalah ini diantara mazhab Ahli bait dan Ahli Sunnah tiada perbezaan penafsiran, sebaliknya Ahlul Syiah imamiyyah mempunyai penafsiran yg berbeza serta bertembung sama sekali dengan penafsiran Ahlul bait, yg kita sangka ia dalam lingkungan Syiah.. Hakikatnya Ahlul syiah banyak meriwayatkan daripada imam As-sadiq yg merupakan diantara Ahlul bait yg soleh dan seterusnya mereka-reka riwayat daripadanya…para pembaca boleh meruju’ kitab yg berbicara tentang Syiah secara telus seperti :Fikqr Al-Khawarij wa As-Syiah Fi Mizan Ahli Sunnah wal Jamaah karangan Dr Ali Muhammad As-Sollaby. Topik :At-Tauhid wa As-syiah Isna asyariyyah: “Mas’alah Ar-Ru’yah” ….serta kitab Syarh Aqidah thahawiyyah -……
….persoalan yang bersangkutan dengan Fikrah ,pemikiran atau falsafah perlu dijawab dengan semisal dengannya juga berdasarkan nash-nash Syariah….maka persoalan yg bersangkutan dengan nash-nash perlu dijawab dengan nash yg lebih kuat serta Arjah ( yg lebih rojih) ….
……. Masalahnya sumber Ahli Sunnah dan Syiah mempunyai perbezaan …maka tiada gunanya jikalau berhujah dengan Ahlul syiah dengan mengemukakan hujjah2 yg tidak di i’tiraf oleh mereka seperti hadith yg diriwayat oleh sahih bukhari dan muslim….sebaliknya hujjah hendaklah dibalas dengan menggunakan sumber yg diik’tiraf oleh mereka seperti mengambil dalil2 atau hujjah daripada Ahlil bait dll ….
..Hakikatnya Artikel “melihat tuhan ” mengemukankan fikrah syiah ,khawarij dan muktazilah yg mendahulukan Tak’wilan daripada nash2 al-quran dan sunnah…
….
…..wallahu’Alam Bisoowab……

17. bravopro67 - Mei 12, 2008

Salam~

Nampaknya ahlul Sunnah lebih mengetahui ahlul bayt ahs dari pengikut mazhab ahlul bayt sendiri (Syiah)?. Itupun ulama’-ulama’ mereka mengajar mereka sebegitu. Mereka lebih mempercayai Mohd Ali As SOllaby dll dlm memperkatakan persoalan aqidah Imamiyah. Kenapa mereka tidak mengkaji sendiri apa yang diriwayatkan oleh para Imam Ahlul Bayt ahs dalam kitab-kitab Syiah sendiri umpamanya Al-Kafi oleh Kulayni atau yang lain-lainnya?.

Kitab All-Kafi misalnya sarat meriwayatkan bersumberkan dari Nabi sawa, Ali as. sampai kepada Imam mereka yang berikutnya. Sumber dari Imam As Sadiq saya kira merupakan antara yang paling banyak diriwayatkan.

Seandainya Abu Muslim ingin menjadi hakim dalam mahkamah, apakah adil namanya sekiranya Sdr. hanya mendengar hujjah2 dari para pendakwa dan membiarkan si tertuduh ditutup mulut rapat-rapat tanpa boleh membuka mulut-mulut mereka. Bukankah ini mahkamah ‘kanggaroo’ namanya yang mengamalkan undang-undang rimba?.

Kalau seseorang itu ingin menjadi hakim yang adil, tidak harus baginya hanya mendengar tuduhan dan pendakwaan tanpa mendengar sebarang pembelaan.

Contoh riwayat di dalam Al Kafi;

H 258, Ch. 9, h 7

Ahmad ibn Idris has narrated from Muhammad ibn ‘Abd al-Jabbar from Safwan ibn Yahya from ‘Asim ibn Hamiyd who has said the following.
“I discussed with Imam abu ‘Abdallah (a.s.) about what he says to eye-witnessing Allah’s self.
The Imam said, “The light of the sun has a ratio equal to one seventieth of the light of the Kursi (the throne). The same is the ratio of the light of Kursi to al-‘Arsh, the light of which is of the same ration to that of al-Hijab the light of which is of the same ration to the light of al-Satr. If they tell the truth let them fill their eyes with the light of the sun without a curtain in between.”

H 260, Ch. 9, h 9

Muhammad ibn Yahya has narrated from Ahmad ibn Muhammad ibn ‘Isa from ibn abu Najran from ‘Abdallah ibn Sinan from Imam abu ‘Abdallah (a.s.) who has said the following about the words of Allah.
“No mortal eyes can see Him, but He can see all eyes. He is All-kind and All-aware.” (6:103)

It means within what is called al-Wahm which in terms of the degrees of knowledge is less than fifty percent. Consider the words of Allah in: “Clear proofs have certainly come to you from your Lord.. . .” (6:104) It does not mean eye-witnessed knowledge. Also consider, “Whosoever sees clearly, it is to his own gain.” (ibid) does not mean seeing with the eyes and in “Whosoever is blind, it is to his own loss’ (ibid ). Blindness does not mean deprivation of eye-sight. It means within the range of Wahm (mentioned above). As is commonly said, so and so is very keen-sighted in matters of poetry, and so and so is very keen-sighted in religion and jurisprudence. So and so has a keen eye for money, and so and so an eye for clothes. Allah is far great and above being eye-witnessed by people.”

Nota : Abu Abdillah as dikenali juga sebagai Imam Ja’far As Sadiq as.

Satu lagi persoalan ialan pemahaman dan pentafsiran Al Quran. Ada orang barangkali membaca satu dua ayat Al Quran dan menghubungkan dengan 1 atau 2 hadis lalu membuat kesimpulan. Apakah benar Al Quran ditafsirkan sebegitu?. Siapakah yang mempunyi kunci pemahaman sebenar kepada Al Quran?. Kalau begitulah kaedahnya menafsirkan Al Quran, bagaimana pula golongan2 sebegini ingin menyanggah methodologi SIS, Ingkaru Sunnah dll. dalam mentafsirkan Al Quran? Bukankah mereka mengambil methodologi yang sama dalam mentafsirkan AL Quran?

“…the Quran, full of Wisdom” (Quran, 36:2)

“Those who have been given knowledge, see that what is revealed unto thee, from thy Lord, is the truth”(Quran, 34:6)

“…but no one knows its hidden meanings except Allah and those who are firmly grounded in knowledge…” (Quran,3:7)

“…and none will grasp the Message except men of understanding” (Quran, 3:7)

“Then We have given the Book for inheritance to such of Our servants as We have chosen…” (Quran, 35:32)

“If ye know not, ask those who (know and) possess the Message” (Quran, 16:43)

Barangkali mereka yang menafsirkan Al Quran dengan methodologi sebegitu fikir atau perasan bahawa merekalah cukup bijaksana, diberi pengetahuan, rosikhul ilmi, ahlul zikri, terpilih oleh Tuhan dalam menafsirkan Al Quran?. Apakah mereka fikir merekalah yang dimaksudkan oleh Al Quran dalam ayat-ayat di atas dan bukannya ahlul bayt Nabi sedangkan hadis2 Nabi sawa banyak mengisyaratkan bahawa merekalah orang-orangnya?

Apakah anda pernah membaca hadis-hadis berikut;

“Mankuntu Mawlahu Fa ‘Aliyyu Mawlahu…….”

Sabda Nabi SAWAW:”Sesungguhnya aku tinggalkan pada kalian thaqalain (dua perkara yang berharga) Kitab Allah dan itrah Ahlu l-Baitku. Sekiranya kalian berpegang kepada kedua-duanya nescaya kalian tidak akan sesat selepasku selama-lamanya.”

Sabdanya SAWAW:”Tidakkah anda meridhai wahai ‘Ali, anda di sisiku seperti Manzilah (kedudukan) Harun di sisi Musa hanya tidak ada nabi selepasku.”

Sabda Nabi SAWAW:”Umpama Ahlu l-Baitku samalah seperti bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya berjaya. Dan siapa yang enggan atau terlambat akan tenggelam.”

Muslim di dalam Sahihnya meriwayatkan daripada Jabir bin Samurah sesungguhnya dia berkata:”Aku bersama bapaku berjumpa Nabi SAWAW, Maka aku mendengar Nabi SAWAW bersabda:”Urusan ‘ini’ tidak akan selesai sehingga berlaku pada mereka dua belas khalifah.” Dia berkata: Kemudian beliau bercakap dengan perlahan kepadaku. Akupun bertanya bapaku apakah yang diucapkan oleh beliau? Dia menjawab:”Semuanya daripada Quraisy.”

‘Ali bersama al-Qur’an dan al-Qur’an bersama ‘Ali.’
Al-Qunduzi al-Hanafi telah mencatatnya di dala Yanabi’ al-Mawaddah dan al-Hamawaini di dalam Fara’id al-

‘Cinta kepada ‘Ali adalah satu keimanan dan memusuhinya adalah satu kemunafikan.’

Ahmad bin Hanbal telah meriwayatkan hadith ini di dalam Musnadnya daripada ‘Ali AS beliau bersabda:’Nabi telah menjanjikan kepadaku bahawa anda tidak akan dikasihi melainkan oleh mukmin dan anda tidak akan dibenci melainkan oleh munafiq.’

Sabda Nabi SAWAW:”Aku adalah bandar ilmu dan ‘Ali adalah pintunya.”

Sahih Muslim, Book 031, Number 5955:

‘A’isha reported that Allah’s Apostle (may peace be upon him) went out one norning wearing a striped cloak of the black camel’s hair that there came Hasan b. ‘Ali. He wrapped hitn under it, then came Husain and he wrapped him under it along with the other one (Hasan). Then came Fatima and he took her under it, then came ‘Ali and he also took him under it and then said: Allah only desires to take away any uncleanliness from you, O people of the household, and purify you (thorough purifying) – Surah Al Ahzab:33

Banyak lagi riwayat-riwayatnya dan lebih menonjol lagi, semuanya itu banyak diriwayatkan dalam sumber2 Ahlul Sunnah sendiri.

Hakikatnya, Mazhab Ahlul Bayt mendahulukan ta’wilan dari para Imam Ahlul bayt ahs dalam memahami agama mereka kerana merekalah yang sudah ditunjukkan dan diwasiatkan oleh Nabi sawa. Merekalah pemegang kunci ilmu, iman, rosikhul ilmi, hikmah dll dan oleh kerana itu, mereka semua diikuti. Merekalah yang memegang kunci tafsiran Al Quran dan As Sunnah dan oleh sebab itu, mereka semua dijadikan Imamul Huda dan Bahtera Penyelamat.

Kalau orang lain ingin menjadikan Ibnu Taimiyyah, As Sollaby dll sebagai Imam-Imam, itu masalah mereka. Realitinya, tidak akan ada ayat Al Quran mahupun As Sunnah yang memerintahkan agar ummat berpegang kepada mereka. Akan tetapi, para Imam Ahlul Bayt bermula dari Ali bin Abi Tolib as, dikatakan oleh Nabi sawa sebagai salah satu dari dua Ats Tsaqalayn.

Wassalam

18. Abu_Muslim - Mei 13, 2008

Assalamaulaikum warahmatullah wabarakatuh….
….ikhwah & akhawat Fillah ……
Tujuan saya berkata2 disini bukan lah untuk menjawab atau menghujah kepada mana-mana persoalan atau mana2 individu, serta jauh sekali untuk menjadi sebagai sang Hakim atau apa2 gelaran,.
.Sebagai yang telah diterangkan oleh Oul sendiri ialah seperti berikut “UoL bukannya sebuah majalah agama/aliran/mazhab tertentu, tapi lebih berupa sebuah majalah falsafah.Dasar kami ialah menyiarkan sebarang tulisan-tulisan bermutu yang dikirimkan, termasuklah–jika ada–dari kalangan mulhid sekalipun. Di sini juga, yang kami harapkan ialah suatu pengutaraan ilmu serta pertarungan wacana (balas-membalas), bukannya suatu pengistimewaan kepada mana-mana kelompok.”

Cuma bagi saya biarlah para2 pembaca serta editor Ummahonline sendiri menilai serta memilih mana2 pendapat yg dirasakan sesuai disisi mereka,…. Kebebasan kepada semua pihak untuk bersuara dan tiada pengistimewaan kepada sesiapa , lebih2 lagi menutup mulut2 sesiapa!!!…

Suka untuk saya katakan disini, tujuan saya ialah membuat penjelasan2 yg dirasakan perlu bagi menerangkan beberapa pendapat2, bagi saya tiada guna-nya sekiranya saya cuba membalas apa yg dikatakan oleh “Bravopro67” … Ini kerana apa yg dikatakan oleh “bravopro67″ jelas sekali menunjukkan cara pembawaan serta fikrah yg dibawa olehnya ialah bawaan SYIAH yg seterusnya jelas sekali mengakuinya . . .. jikalau terjadinya khilaf diantara Ahli Sunnah serta SYIAH ,maka itu sesuatu yg tabie’i, tetapi Khilaf yg terjadi tidak akan terputus malah akan berterusan sehinggalah ke-hari kiamat.. Ini kerana , sepertimana yg saya jelaskan dahulu bahawa sumber2 asas, dan rujukan Ahli sunnah serta Syiah amat berbeza sama sekali ..

Disini saya tidak cuba untuk menghukum Firkah2(kumpulan2) dengan mengatakan ini sesat ,itu tidak betul atau apa2 sentiment yg tidak baik digunakan.. Segalanya kita serah sahaja kepada pembaca untuk menilai , mengukur serta memilih denga penuh kebebasan ….
– Segala benda mempunyai sifat dan ciri-cirinya, begitu juga sesuatu Mazhab atau kumpulan2 , mempunyai sifat2 serta cirinya tersendiri yg dapat dibezakan diantara kumpulan2 tersebut …
..InsyaAllah secara ringkasnya ingin saya mengutarakan Method atau Manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah serta beberapa ciri yg membezakannya dengan Firkah2 (kumpulan) yg lain..
… Diantaranya ialah :

1) Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

2) Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan Rasulullah (s.a.w) yang bersifat maksum. Perkataan para salihin yang dahulu (salaf soleh) mesti kita terima jika bersesuaian dengan Al-Quran dan hadith. Jika tidak, maka Al-Quran dan Hadithlah ikutan kita yang utama, tetapi kita tidak
melemparkan kecaman dan mencacatkan seseorang dalam masalah khilafiah. Kita serahkan mereka dengan fiat mereka masing-masing kerana mereka telah melakukan sesuatu dengan apa yang mereka telah kemukakan.
-…Disini dapat dilihat ciri2 Ahlul Sunnah ialah Mendahulukan Al-quran dan As-sunnah daripada mendahulukan pentak’wilan atau mendahulukan fikiran-fikiran sepertimana yang dilakukan oleh Ahli2 Syiah dan khawarij..
-Rasulullah (s.a.w) sahajalah yang maksum (bersih) dari kesalahan. Segalaperintah dan tegahannya wajiblah diikut, kerana Allah berfirman: “Dan beliau tidak berkata menurut hawa nafsunya sendin. Perkataannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya) “. (S 53:3-4)
-Perkataan, perintah dan tegahan yang dibuat oleh selain Rasulullah
(s.a.w) boleh diterima sekiranya bertepatan dengan syariat dan ditolak sekiranya salah dan bercanggah dengan syariat. Kerana beliau tidak maksum dan tidak mendapat bimbingan wahyu. Kita tidak pernah mendengar perselisihan pendapat di kalangan ahli ilmu dalam masalah ini.

-Kita tidak sekali-kali membenarkan membuat tuduhan terhadap para sahabat atau salah seorang dari khulafa ‘ur-rasyidin sepertimana yang dibuat oleh Ahli2 Syiah yg jelas mengkafirkan Abu Bakr dan Umar dengan menggelar mereka sebagai”Dua Berhala Quraish” …..Ini kerana mereka adalah penghulu segala aulia’ dan pendokong agama. Allah telah memberikan penghormatan kepada mereka dengan menjadikan mereka sahabat Rasulullah (s.a.w) dan memikul tugas agamanya. Rasulullah (s.a.w) telah bersabda
sehubungan dengan mereka dengan katanya: ““Jangan kamu mencaci sahabatku. Demi Allah yang diriku dalam genggamanNya,
andainya seseorang dan kamu membelanjakan emas sebesar bukit Uhud, beliau tidak akan menyamai salah seorang dan mereka atau separuhnya.”

3) Membincangkan masalah yang tidak berjejak kepada kenyataan (tidak membuahkan amal) adalah tergolong dalam perkara yang memberat-beratkan sesuatu. Memberat-berat sesuatu masalah adalah dilarang oleh syariat. Sebagai contoh: membincang cabangcabang hukum yang masih belum berlaku dengan
membuat andaian-andaian, membincang penafsiran ayat-ayat Al-Quran yang belum dicapai oleh ilmu manusia, membincangkan keistimewaan-keistimewaan para sahabat Rasulullah (s.a.w) atau membincangkan pendapat para sahabat. Kerana para sahabat mempunyai keistimewaan sebagai seorang sahabat. Mereka
diganjari menurut niat mereka, tambahan pula masalah taawil adalah merupakan jalan keluar.

– Kita juga memberi sanjungan kepada para khulafakur-rasyidin dan kita percaya bahawa mereka mendapat kedudukan yang paling tinggi dan istimewa di kalangan para sahabat, mereka juga tergolong dalam sepuluh orang yang telah diberi jaminan syurga.
Adalah haram bagi seorang Muslim menaruh perasaan benci dalam
lipatan hatinya terhadap salah seorang khulafak-ur-rasyidin dan semua para sahabat yang lain, kerana mereka telah memainkan peranan yang besar dalam menyebarkan Islam. Allah telah memilih mereka menjadi sahabat Rasulullah (s.a.w) dan menyampaikan risalahnya setelah Rasulullah (s.a.w) wafat. Sesiapa yang mendapati dalam hatinya perasaan benci terhadap para sahabat atau
sebahagiannya dari mereka maka perasaan benci tersebut adalah menjadi pertanda bahawa hatinya telah diserang penyakit.

4) Mengenal Allah, mentauhidkanNya dan membersihkanNya dari sesuatu yang menyekutuiNya adalah akidah yang paling tinggi dalam Islam. Ayat Quran dan hadith yang menyentuh sifat-sifat Allah hendaklah kita terima tanpa melakukan tafsiran dan takwilan. Kita jauhi perselisihan ulamak dalam masalah ini. Kita berpada dengan apa yang telah dipadakan oleh Rasulullah (s.a.w) dan para sahabat. Firman Allah: ” “Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman dengannya (ayat-ayat mutasyabihat). Semuanya itu dari sisi Tuhan kami”. (S 3:7)

– Termasuk dalam kata mengenal Allah ini mengimani sifat-sifat Allah yang disebutkan dalam Al-Quran atau diterangkan oleh Rasulullab (s.a.w). Kita mengimani sifat-sifat ini sebagaimana yang telah diterangkan oleh AlQuran dan Rasulullah (s.a.w) dengan pengertian bahawa kita tidak membandingkan sifatsifat
ini dengan sifat-sifat makhluk dan kita tidak membekukan pengertiannya yang sebenarnya. Sebagaimana zat Allah tidak menyamai zat makhluk demikianlah juga sifatnya tidak menyamai sifat makhluk. Inilah maksud dari perkataan para salihin yang terdahulu: “Kita mengimani ayat-ayat sifat sebagaimana yang tersebut dalam Al-Quran, tanpa melakukan perbandingan
dan tanpa membekukan makna zahir sifat-sifat tersebut”. Fahaman seperti inilah juga yang dianuti oleh para ulamak Islam yang terdahulu. Membuat pentakwilan (penafsiran) terhadap sifat-sifat Allah, sebagaimana yang dilakukan oleh ulamak di masa kebelakangan ini, menurut pendapat kita
bukanlah merupakan suatu perkara penting. Mazhab yang seperti ini tidak pernah dikenali dalam zaman ulamak salaf (yang terdahulu). Kenyataan pula membuktikan bahawa pendapat yang membawakan kebajikan kepada agama ini ialah pendapat ulamak salaf.

– Untuk pengetahuan pembaca Ahlul Syiah dan Khawarij banyak mentafsirkan dan mentakwil2 sifat2 Allah secara (GHULU) berlebih-lebihan , ini jelas kerana ciri2 mereka ialah seperti itu mendahulukan akal fikiran mereka daripada Ayat2 ALLAH dan As-Sunnah.

5) Islam membebaskan akal, mendorong supaya menilik dan mengamati kejadian alam keliling. Islam menjunjung tinggi kedudukan ilmu dan ulamak. Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmah adalah merupakan suatu barang yang hilang dari seorang mukmin, di mana saja beliau mendapatinya beliaulah yang lebih berhak memilikinya.

– Islam membebaskan akal dari belenggu kejahilan, kesesatan dan
kebatilan, kerana kebebasan berfikir dapat meletakkan manusia ke jalan yang benar dan memeliharanya daripada kegelinciran dan kesalahan. Ia dapat menyelesaikan masalah besar yang sentiasa menjadi bahan pemikiran manusia, menjawab masalah yang menjadi tanda tanya kepada manusia; dan mana kita datang, kenapa kita diwujudkan dan ke mana sudahnya akhir hayat ini.
Kebebasan berfikir bukanlah bererti akal ini dapat bebas berfikir tanpa batas sempadan, malah kebebasan ini hanyalah berkisar dalam lingkungan batas tabi’i akal itu sendiri supaya akal dan khayal tidak bercampur baur yang membuatkan
akal melihat kebatilan itu sebagai suatu hakikat dan kesalahan itu sebagai suatu kebenaran.

6) Boleh jadi masalah yang dibincangkan oleh syariat berlainan dengan masalah yang dibincangkan oleh akal, namun demikian syariat dan akal tidak akan bercanggah dalam perkara-perkara yang telah menjadi hakikat dan kenyataan. Percanggahan tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang sah dengan kaedah syariat yang telah sabit. Perkara-perkara yang zanni (belum putus) dari sudut akal dan syariat haruslah ditafsirkan supaya bersesuaian
dengan hakikat yang telah putus. Sekiranya pandangan syariat dan akal dalam sesuatu masalah itu masih zanni, maka pandangan syariat haruslah diutamakan untuk diikuti, hinggalah pandangan akal dalam masalah tersebut dapat membuktikan kebenarannya atau gugur dengan sendirinya.

7) Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim berdasarkan pendapat atau maksiat yang dilakukannya sedangkan beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dan melakukan tuntutan syahadahnya iaitu dengan melakukan sesuatu yang telah difardukan kepadanya, kecualilah beliau berikrar dan mengakui kekufurannya, atau beliau mengingkari perkara yang diketahui secara pasti dalam agama, atau beliau mendustakan lafaz dan pengertian Al-Quran yang terang dan jelas, atau beliau menafsirkan Al-Quran dengan penafsiran
yang tidak sesuai dengan aliran bahasa Arab atau beliau melakukan perbuatan yang tidak dapat ditafsirkan dengan tafsiran selain dari kekufuran.

> Kesimpulannya ialah , Islam adalah agama yg Syumul , kamil wa mutakammil (sempurna lagi menyempurnakan) , Tidak berlebih-lebihan ( Tathoruuf) , tidak pula lemah,..Tidak melebihkan serta mendahulukan sesiapa selain daripada Allah serta Rasulnya….
– Abu Bakr As-Siddiq, Ummar Al-khattab, Uthman bin Affan, serta Ali Karramallahuwajhah waradiaallahu Anhum Ajmaien merupakan Khalifal Ar-rasyidin pengganti Rasulullah s.a.w serta sahabat-Nya yg dijanjikan syurga.

…Khatimah……..

Semua sahabat2-ku yang mengucapkan kalimah syahadatain merupakan Akhi ( saudara-ku ) seakidah.. tak kira siapa-pun dari golongan manapun , sama ada “Isyraq”, atau “bravopro67” kita semua bersaudara, khilaf merupakan tabiat manusia sehingga Kiamat , tetapi persaudaraan sesama Muslim serta Kesatuan Ummah merupakan kewajipan yg mesti dilaksanakan bagi menegakkan Syiar Islam serta Hukum Allah dimuka bumi ini… Cubalah… Kita hanya disuruh berusaha/ beramal ,, sementara hasil dan buahnya adalah kehendak Allah s..w.t. ……Akhir kalam …”Uhibbukum Fillah “….Wassalam …..

Rujukan tambahan : Usul 20 Al-imam As-syahid Hassan Al-banna .

19. bravopro67 - Mei 14, 2008

-…Disini dapat dilihat ciri2 Ahlul Sunnah ialah Mendahulukan Al-quran dan As-sunnah daripada mendahulukan pentak’wilan atau mendahulukan fikiran-fikiran sepertimana yang dilakukan oleh Ahli2 Syiah dan khawarij..
-Rasulullah (s.a.w) sahajalah yang maksum (bersih) dari kesalahan
__________________________________________________________________
Salam

Baiklah kalau anda ingin menulis hanya dari pandangan Ahlul Sunnah.Tapi kenapa anda ingin juga mengutip juga pandangan Syiah yang diambil konklusinya secara salah?. Seolah-olah anda mengetahuinya padahal itu cuma sangkaan anda.

Adapun Syiah kalau anda katakan membuat penta’wilan sebenarnya kurang tepat. Syiah dikatakan menta’wil tetapi realitinya semua ta’wil itu bersumberkan kepada para Imam Ahlul Bayt ahs. bermula dari Ali bin Abi Tolib as. Syi’ah sama sekali tidak membuat penta’wilan secara semberono. Bagi kami, semua tafsir atau ta’wil yang bersumberkan dari para Imam Ahlul Bayt ahs apatah lagi kalau dari Nabi sawa sendiri, itu bukannya bersumberkan fikiran tetapi merupakan Nas yang mengikat Syiah. Bukankah Nabi sawa pernah bersabda supaya berpegang kepada Kitabullah Wal Itroti Ahlul Bayti?

Maksum

Syiahi tidak mempertikaikan kemaksuman Nabi sawa. Malah Syiah mengatakan Nabi sawa maksum tanpa syarat. Bahkan Surah Abasa yang ditafsirkan oleh orang lain “Telah bermasam muka……….” itu seolah-olah Nabi sawa sendiri, ditolak oleh Syiah tafsir sebegitu kerana mereka berpendapat ayat itu diturunkan asbabun nuzulnya untuk orang lain dan bukannnya NAbi.

Tambahan dari itu, Syiah percaya bahawa Ahlul Bayt Nabi sawa yang berjumlah 12 orang dan Az Zahro Penghulu Wanita sekelian alam juga maksum tanpa syarat seperti Nabi sawa juga.

Hujjah3
1. Sila rujuk Ayat 33 Surah Al Ahzab. Ahlul Bayt itu suci dan disucikan.

2.Al-Hamawaini al-Syafi’i di dalam Fara’id al-Simtin, meriwayatkan daripada ‘Ibn Abbas berkata: Aku mendengar Rasulullah SAWAW bersabda:”Aku , Ali, Hasan, Husain dan sembilan daripada anak-anak Husain adalah disuci dan dimaksumkan.”

Adapun soal sahabat, saya tidak ingin menyentuhnya di sini. Cukup pada saya kalau saya minta sdr Abu Muslim mengkaji sirah ketika Nabi sawa hampir wafat. Nabi sawa pada ketika itu ada menghantar pasukan Sariyah Usamah bin Zaid dan mengutuskan sejumlah besar manusia sebagai tentera. Oleh kerana pasukan itu bermalas-malsan untuk keluar, Nabi sawa sampai melaknat mereka yang meninggalkan pasukan tersebut. Anda boleh kaji sendiri siapakah yang tertinggal dari pasukan itu dan sampai berhak mendapat cercaan dan laknat dari Nabi sawa.

20. jendelapemikiran - Jun 24, 2008

wow seru banget

21. radzwill.wordpress.com - Jun 25, 2008

selamat siang; sila baca radzwill.wordpress.com. semoga dapat berkomunikasi

22. http://assakynah.blogspot.com - Julai 5, 2008

salam,
Tentang ummahonline dah caca marba ya aqil. dah jd mcm forum pulak. WordPress tak boleh bentuk forum ker?
la_abwa

23. Pak Din - Ogos 6, 2008

Teruskan Usaha Baik.


Tinggalkan komen