jump to navigation

Sayyed Hossein Nasr: Merintis Neo-Tradisionalisme Ogos 30, 2007

Posted by ummahonline in Tokoh.
add a comment

Oleh: Mujtaba Askari

Seyyed Hossein Nasr merupakan tokoh intelektual muslim yang terkemuka dalam pengetahuan sains Islam. Dalam usia yang masih muda, waktu tersebut berusia 25 tahun, ia sudah menyelesaikan Ph.D dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat dengan disertasinya Conception of Nature in Islamic Thought setelah sebelumnya menyelesaikan ijazah sarjana muda dalam bidang fizik dari MIT dan sarjana geologi dan geofizik dari Universiti Harvard.

Perjalananan intelektual Hossein Nasr sangat prolifik, yang hingga saat ini telah menghasilkan lebih dari 50 buah buku dan lebih dari 500 kertas kerja yang semuanya merupakan dedikasi pada semangat mencari ilmu dan kebenaran. Karya-karyanya meliputi beragam bidang ilmu seperti falsafah dan ‘irfan, muzik dan senibina, sains dan sastera, serta mengenai dialog peradaban dan lingkungan hidup. Kepakarannya ini ketara terzahir menerusi dalam kuliah, tulisan-tulisannya dan ceramahnya. (selanjutnya…)