jump to navigation

Pemikiran Falsafah Maghribi Mei 29, 2008

Posted by ummahonline in Artikel.
add a comment

Oleh: DW Sanusi

Empat puluh tahun bukanlah waktu yang panjang dalam sejarah sebuah pemikiran. Apalah erti empat puluh tahun bagi pembentukan ushul fiqh sebagai sebuah ilmu yang berdiri sendiri. Apalah erti empat puluh tahun dalam sejarah falsafah yang rentang fasa ke fasanya berlangsung berabad-abad. Apalah erti empat puluh tahun bagi transformasi ilmu pengetahuan alam menjadi teknologi.

Namun empat puluh tahun itu sangat bererti dalam jagat pemikiran falsafah Maghribi semasa. Dalam rentang yang tidak panjang, pemikiran falsafah di negeri ini menunjukkan dinamika yang luar biasa. Peletakan batu pertamanya ditandai dengan pembukaan jurusan falsafah di Universiti Muhammad V Rabat, di penghujung tahun lima puluhan abad yang lalu. Dimulai dari titik mula ini, banyak langkah yang sudah dihayunkan pemikiran falsafah di tanah Maghribi. (selanjutnya…)