jump to navigation

Melihat Tuhan April 17, 2008

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Oleh: Isyraq

Apakah mungkin Tuhan itu dapat dilihat? Apakah makna ucapan Ali bin Abi Thalib ketika ia berkata, ‘Aku tidak Menyembah Tuhan yang aku tidak lihat.” Sepintas ucapan ini menyiratkan bahawa menyembah kepada Tuhan adalah menyembah kepada sosok yang dapat dicerap. Ertinya kalau tidak melihat Tuhan, penyembahan tidak memiliki makna apa-apa pun. Apakah memang demikian?

Ini persoalan yang menarik. Benar, ungkapan Ali bin Abi Thalib di atas adalah ucapan yang menegaskan makrifat yang unggul, hingga jika kita mengamati hadith ini secara sepintas lalu, barangkali kita akan terperangkap pada mantic anthroporphisme (anggapan bahawa Tuhan itu berdimensi fizikal). “Melihat” dalam bahasa Ali bin Abi Thalib tentu tidak sama dengan melihat dalam bahasa konvensional kita. Melihat di sini maksudnya melihat dengan menggunakan mata hati (bashira).

Lantaran dalil-dalil rasional memberikan kesaksian bahwa Tuhan tidak akan pernah dapat dilihat oleh indera mata kita. Ini kerana, indera mata kita hanya dapat melihat benda-benda secara fizikal atau—lebih tepatnya—sebahagian kualiti dari benda-benda tersebut. Dan indera mata kita tidak akan pernah dapat melihat sesuatu yang bukan bersifat benda atau yang tidak memiliki kualiti kebendaan.

Dengan kata lain, sekiranya sesuatu dapat dilihat dengan indera mata, niscaya ia memiliki ruang, sisi dan objek. Sementara Tuhan lebih unggul dari semua ini. Tuhan adalah dalam kewujudan Nir-batas. Atas dasar ini, Tuhan berada di luar alam kebendaan, sebab benda bagi segala sesuatu itu terbatas. Oleh kerana itu, kata-kata “Aku tidak menyembah Tuhan yang aku tidak lihat” di sini harus ditakwil dengan makna “melihat secara batin.”

Banyak ayat dalam Al-Qur’an yang menceritakan, mithalnya Bani Israel dan permintaan mereka untuk melihat (ru’yah) Allah Swt. Dengan tegas, al-Qur’an menafikan kemungkinan makhluk ciptaannya untuk melihat Penciptanya.

Anehnya, kebanyakan pemeluk muslim berkeyakinan bahawa sekiranya Tuhan tidak dapat dilihat di dunia ini, Dia akan dapat dilihat pada Hari Kiamat kelak. Lebih aneh lagi, para pemikir semasa (baca: para cendekiawan) juga cenderung kepada penafsiran seperti ini, bahkan, dengan berani membela pendapat ini.

Sementara ketohoran pandangan ini sangat ketara sekali. Ini kerana, hubungan dunia dan akhirat (dengan memperhatikan prinsip Kebangkitan [ma’âd] Jasmani) tidak berbeza dalam masalah ini. Yakni, apakah Allah swt yang memiliki kewujudan bukan-benda pada Hari Kiamat akan berubah menjadi wujud benda dan dari tingkat “Nir-batas” yang akan menembus ke tingkat “terbatas”? Apakah Tuhan pada Hari Kiamat akan berubah menjadi benda dan subjek yang bersifat kebendaan? Dan, apakah dalil-dalil rasional atas kemustahilan melihat Allah swt tidak memberikan perbezaan antara dunia dan akhirat? Sementara dalil rasional dalam ranah pembahasan ini jelas tidak dapat berubah.

Adapun dalih yang dibawakan oleh sebahagian mereka, iaitu bahawa boleh jadi di alam lain, manusia dapat melihat dan menangkap dalam pola lain, tidak dapat diterima sepenuhnya. Sebab, sekiranya maksud melihat ini adalah menangkap dengan pola benda dan fizikal, bukan dengan mata hati dan kekuatan akal yang dapat menyingkap keindahan Tuhan, maka anggapan ini mustahil berlaku pada Tuhan, baik di dunia ini mahupun di akhirat kelak.

Maka itu, pandangan di atas yang menyatakan bahawa manusia tidak dapat melihat Tuhan di dunia ini, akan tetapi mukminin dapat melihat-Nya pada Hari Kiamat, adalah sebuah kepercayaan yang sangat tidak-rasional.

Satu-satunya alasan yang menyebabkan mereka membela kepercayaan ini adalah hadith yang disebutkan di dalam beberapa kitab induk hadith bahawa Tuhan boleh dilihat pada Hari Kiamat. Akan tetapi, tidakkah kelemahan pandangan ini—berdasarkan hukum akal—merupakan dalil atas adanya pencemaran terhadap hadith itu dan ketidakabsahan kitab-kitab yang memuat hadith-hadith seperti ini? Jika kita tidak tafsirkan hadith ini sebagai penyaksian mata hati atau sesuai dengan hukum akal, selayaknya kita tinggalkan saja hadith-hadith semacam ini.

Atau, jika dalam sebahagian ayat-ayat al-Qur’an—yang secara lahir—menyiratkan bahawa Tuhan dapat dilihat, seperti ayat: “Wajah-wajah ketika itu berseri-seri, sembari melihat kepada Tuhannya” (al-Qiyamah [75]: 23-24) dan ayat: “Tangan Tuhan berada di atas tangan mereka” (al-Fath [48]: 10), semua itu mengandung erti figuratif (majâzi), lantaran tidak satu pun ayat Al-Qur’an yang bertentangan dengan hukum akal.

Menariknya, terdapat juga pandangan yang menafikan dengan tegas kepercayaan keliru seperti ini, dan ada yang dengan tegas mengkritik orang-orang yang memegangnya.

Mithalnya, salah seorang sahabat Imam Ash-Shadiq, Hisham berkata, “Aku berada di sisi Imam Ash-Shadiq ketika Muawiyah bin Wahab (salah seorang sahabat Imam) datang dan berkata, ‘Wahai putera Rasulullah! Apa pendapat anda tentang riwayat yang datang dari Nabi saw yang menyebutkan bahwa beliau melihat Allah swt? Bagaimana Nabi saw dapat melihat-Nya? Demikian pula dalam riwayat lain yang dinukil dari beliau saw, bahawa orang-orang mukmin dapat melihat Allah saw di syurga. Bagaimana mereka akan melihat-Nya?”

Imam Ash-Shadiq tersenyum dan berkata, “Wahai Mu’awiyah bin Wahab! Alangkah buruknya manusia yang telah berusia tujuh puluh, yang tinggal dan hidup di kerajaan Tuhan dan menikmati kurnia-Nya, tetapi belum juga mengenal-Nya dengan baik.

“Wahai Muawiyah bin Wahab! Nabi saw. sekali-kali tidak pernah melihat Allah swt dengan indera penglihatan ini. Ada dua macam penyaksikan: penyaksian dengan mata hati (batin) dan penyaksian dengan mata kepala. Setiap orang yang berkata bahawa Nabi saw menyaksikan Tuhan dengan mata hati, ia telah berkata benar. Namun, bila ia mengatakan bahawa Nabi saw menyaksikan-Nya dengan mata kepala, ia telah berdusta dan ia telah mengingkari Tuhan dan ayat-ayat al-Qur’an. Ini kerana, Nabi saw bersabda, “Barangsiapa menyerupakan Allah dengan hamba-Nya, sungguh ia telah kafir.” (Ma’âni al-Akhbâr sesuai dengan nukilan dari tafsir al-Mizân, jilid 8, hal. 268.)

Dalam riwayat yang lain sebagaimana diriwayatkan dalam kitab Tauhid Ash-Shaduq yang dinukil dari Ismail bin Fadhl yang berkata, “Aku bertanya kepada Imam Ash-Shadiq, “Apakah Allah dapat dilihat pada Hari Kiamat?” Beliau menjawab, “Allah swt suci dari semua ini … Mata tidak dapat melihat selain segala sesuatu yang memiliki warna dan kualiti, sementara Allah adalah pencipta warna-warna dan kualiti-kualiti.” (Nûr ats-Tsaqalaîn, jilid 1, hal. 753)

Menariknya, dalam hadith ini khususnya disebutkan kalimat warna. Dewasa ini, terbukti bahawa benda (an sich) itu sendiri tidak dapat dilihat: ia hanya akan terlihat beserta warnanya. Maka, jika suatu benda tidak memiliki warna, ia tidak akan pernah terlihat. (Tafsir Nemûneh, jilid 5, hal. 381)

Komen-komen»

1. Abu_Muslim - April 24, 2008

Satu penerangan yang baik dan tegas…tetapi kurang meluas dan sempurna mengikut pandangan secara ilmiahnya….kerana rujukan2 penulis hanya beberapa buah kitab sahaja disamping beberapa pendapat daripada salafussoleh terlalu sediki…..
….Secara umumnya saya bersetuju dengan pandangan isyraq ..manusia di dunia dengan pancainderanya yang amat lemah tidak dapat melihat Allah s.w.t ..secara umumnya Athar daripada Saidina Ali K.r w. merupakan contoh yang tersirat serta merupakan simbolik yg perlu ditafsir secara qawaid islamiyyah yg ilmi…
…Sebagai tambahan ..Perkataan saidina Ali ” melihat tuhan” bukanlah beerti melihat Allah secara terus melalui pencaindera..bagi penulis mentafsirkan “melihat dengan mata hati”(Bashirah) …tetapi penulis tidak menerangkan kaifiyyah atau cara melihat dengan mata hati…Bagaimana yaa, seseorang melihat Allah dengan matahatinya?Atau bolehkah manusia melihat tuhan dengan mata hatinya?……
…disini beberapa tambahan yg boleh kita kongsi bersama…
Para ulama Aqidah atau Ulama’ yg membahaskan ilmu al-iman membahagikan bahawa yg dapat dilihat didunia ialah Ayaatillah(Tanda2 wujudnya Allah serta kebesarannya)..utk penafsiran “melihat tuhan”…
..mereka juga membahagikan Ayaatillah kepada 2 bahagian…
Ayatillah al-mandzurah (tanda2 kewujudan Allah yang dilihat)…contohya makhluk ciptaan Allah, bumi ,.,matahari..manusia,,binatang2..tumbuh2an…dll….
Ayaatillah al-maqru’ah (Tanda2 kewujudan Allah yg dibaca) seperti Al-quran yang merupakan mukjizat terbesar nabi Muhammad s.a.w. kpd ummatnya…
…disini saya tidak bercadang untuk bercakap panjang …tetapi mengikut penafsiran dari tafsir2 thuras yg terpilih seperti tafsir Ibn Kathir, Fathul Qadir karangan Imam As-syaukani, Sofwah Tafasir karangan syiekh Ali As-shobuni dll, dalam menafsirkan ayat 11 dlm surah An-najm , banyak mengutarakan Nash2 daripada hadith2 dan athar2 Para sahabat2 dan tabien ttg adakah nabi Muhammad melihat Allah dengan hatinya atau dengan matanya secara direct…?…para pembaca bolehlah meerujuk tafsir2 yang saya utarakan diatas kerana disana kita akan mendapati hadith-hadith yang sohih ,,hasan n dhoif membicarakan ttg ini…
…Akhir sekali, Org mukmin yg bertakwa di Akhirat kelak akan melihat Allah s.w.t sebagai anugerah Allah dan janji Allah taala kepada mereka …Para pembaca boleh merujuk tafsir ayat “lillazi na Ahsanul husna waa ziadah” ayat 26 surah yunus yang menerangkan makna “ziaadah”…Iaitu melihat Allah taala. Disamping itu juga untuk melihat penafsiran secara direct tentang ayat ini , para pembaca bolehlah merujuk Kitab At-tafsir Al-Gharibul quran karangan Al-imam Ar-raaghib Al-Asfahani dalam mentarsir ayat “Ziaadah”….
Bercakap ttg akidah , perlulah berhati-hati , kerana ia bersangkutan dengan kepercayaan (I’itiqad).. Tersalah dalam masalah I’itiqad akan membawa kepada masalah ke-imanan yang mana setiap perkara terbina diatasnya. I’itikad yang salah akan merosakkan amal-amal seorang hamba, kerana hanya dengan (Salimul Aqidah ) aqidah yg sejahtera sahaja akan membawa kepada (Sohihul Ibadah) ibadah yang sohih tepat dan diterima oleh Allah s.w.t.
Waallaua’lam

2. Januar hadi - April 26, 2008

apakah mata hati kita mampu melihat tuhan,..?
kenapa aa bertanya demikian…!
karena jika kita membayangkan wujud tuhan dengan fantasi hati, maka itu bukanlah wujud tuhan. kita terkadang terkecoh dalam penglihatan batin juga, sesungguhnya yang tampak dalam penglihatan mati hati itu bukan wujud Allah, sungguh Allah tidak bisa diwujudkan dengan penglihatan mata hati, menurut saya , lebih baik, kita meyakini allah walaupun tidak melihat wujud nya.

sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumu ada tanda – tanda kekuasaan Allah, bagi yang mau memikirkannya.

menempuh jalan ma’rifat bukan bertujuan untuk melihat wujud allah, itu mustahil, tetapi lebih ditekankan pada cara pandang kita terhadap Allah.

ingat jika kita dibukakan tabir oleh Allah, maka itu atas kehendak Nya, bukan karena fantasi – fantasi atau khayalan manusia. dia yang berkehendak atas segala sesuatunya


Tinggalkan komen