jump to navigation

Rumah Tangga Nabi: Teladan Suci Januari 23, 2008

Posted by ummahonline in Artikel.
trackback

Oleh: Jalaluddin Rakhmat

Ketika kita menempuh bahtera rumah tangga, ketika kita sedang menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya, kita dianjurkan untuk melihat kembali kecintaan kita kepada keluarga Nabi. Dalam memperkuat kecintaan kita kepada keluarga Nabi di dalam mengayuh bahtera keluarga, kita diwajibkan meneladani perilaku kehidupan keluarga Rasulullah, baik perilaku terhadap isteri mahupun anak.

Dalam memperlakukan isterinya, Rasulullah senantiasa menghormati dan menjaga perasaan isterinya melebihi suami-suami yang lainnya. Satu saat ketika Rasulullah hendak melaksanakan salat malam, beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata: Di tengah malam beliau mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau berbisik, “Wahai Aisyah izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”

Kita bayangkan betapa besar penghormatan Rasul kepada isterinya sampai ketika beliau hendak melakukan salat malam, beliau terlebih dahulu meminta izin kepada isterinya pada tengah malam, di saat isterinya memerlukannya. Pada izin Rasulullah itulah tergambar kecintaan dan penghormatan terhadap isterinya.

Nabi adalah sosok yang sangat sabar dalam memperlakukan isterinya. Hal ini terlihat ketika suatu hari ada salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirim kepada Rasulullah yang sedang tinggal di rumah Aisyah. Aisyah dengan sengaja menjatuhkan kiriman makanan itu hingga piringnya pecah dan makanannya jatuh berderai. Rasulullah hanya mengatakan, “Wahai Aisyah, kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan makanan yang sama.”

Rasulullah mengecam suami-suami yang suka memukuli isteri-isterinya sampai Rasulullah berkata, “Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isterinya padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah.”

Nabi pun mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isterinya, tidak menghargai-nya, tidak mengajaknya bicara, dan tidak mempertimbangkan isterinya dalam mengambil keputusan. Nabi bersabda, “Tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina.” Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia yang menempatkan isteri pada tempat yang mulia.

Salah satu ibadah yang paling besar di dalam Islam adalah berkhidmat kepada isteri. Rasulullah bersabda, “Duduknya seorang lelaki dengan isterinya kemudian membahagiakan isterinya, pahalanya sama dengan orang yang itikaf di masjidku.”

Kita dapat saksikan para jemaah haji ketika tinggal selama seminggu di sana mereka berusaha melakukan itikaf dengan sebaik-baiknya di masjid Nabawi. Kita akan memperoleh pahala yang sama seperti itikafnya para jamaah haji kalau kita duduk bersama isteri dan berusaha membahagiakan, memberikan ketenteraman dan keselesaan kepadanya.

Begitu pula bagi para isteri. Mereka haruslah menjadi seorang isteri seperti Khadijah Al-Kubra. Khadijah adalah sosok isteri yang sangat dicintai oleh suaminya. Selama Rasulullah menikah dengannya, Rasulullah tidak pernah memikirkan the other women beside her, wanita lain di samping Khadijah. Rasulullah hidup dalam suasana yang penuh dengan kecintaan dan kasih sayang.

Cinta kasih Nabi terhadap Khadijah tergambar dalam riwayat berikut ini: Setelah Khadijah meninggal dunia, Rasulullah menikah dengan Aisyah. Suatu hari Rasulullah sedang berada di depan rumah. Tiba-tiba Rasulullah meninggalkan Aisyah menuju kepada seorang perempuan. Rasulullah memanggilnya dan menyuruh perempuan itu duduk di hadapan-nya kemudian mengajaknya berbicara.

Aisyah bertanya, “Siapakah perempuan tua ini?” Rasul menjawab, “Inilah sahabat Khadijah dulu.” Lalu Aisyah berkata, ”Engkau sebut-sebut juga Khadijah padahal Allah telah menggantikannya dengan isteri yang lebih baik.”

Ketika itu marah-lah Rasul sampai bergoncang rambut di atas kepalanya. Lalu beliau berkata, ”Demi Allah, tidak ada yang dapat menggantikan Khadijah. Dialah yang memberikan kepadaku kebahagiaan ketika orang menghinaku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang memberikan seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya. Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya.” Mendengar itu Aisyah tidak dapat memberikan jawaban. Hadits ini diriwayatkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim.

Dalam ucapan Rasulullah itu, selain terkandung kecintaan Rasul terhadap Khadijah, juga terkandung kebaktian Khadijah terhadap suaminya. Khadijahlah yang menghibur suaminya ketika dalam perjuangan dilanda berbagai penderitaan. Khadijahlah yang mengorbankan seluruh hartanya ketika suaminya memerlukan. Khadijahlah yang mendampingi suaminya dalam suka dan duka. Sehingga Rasul berkata, ”Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan Khadijah.”

Kepada para isteri, jadilah seperti Khadijah yang setiap saat rela mengorbankan apa pun demi kebahagiaan suami. Yang di saat-saat suami ditimpa duka dan kesusahan siap berdiri di sampingnya, memberikan hiburan dan kebahagiaan kepadanya dengan seluruh jiwa dan raga.

Kebaktian kepada suami di dalam Islam dianggap ibadah yang utama. Sampai Rasulullah bersabda, ”Kalau seorang perempuan memberikan setitis minum kepada suaminya atau memindahkan barang dari rumahnya ke tempat yang lain untuk membahagiakan suaminya, maka pahalanya sama dengan melakukan ibadah satu tahun.”

Oleh sebab itu, hormatilah suami. Berikan kepadanya penghormatan yang sepenuhnya dan berikanlah kecintaan yang sepenuhnya. Insya Allah, Tuhan akan berkati keluarga yang seperti demikian.

Komen-komen»

1. mahmoud muniri - Januari 24, 2008

saya tidak faham, mengapakah aishah begitu kuat cemburunya berbanding dengan istri2 nabi yang lain? kadang2 sampai kita melihat aishah begitu kurang ajar sekali terhadap nabi?

2. arda - Januari 24, 2008

Assalammualaikum semua. Apa khabar?

Tentang perihal kehidupan sahaba-sahabi, mereka itu bukannya malaikat. Segala yang berlaku adalah suatu misal untuk umat seterusnya. Mereka mempunyai fitrah dan perasaan sama seperti kita, hanya-sanya diatas pengorbanan dan iman yang sejati, Allah muliakan mereka dan meninggikan darjat mereka.
Aishah r.a.hu adalah isteri yang paling muda dan Rasulullah s.a.w adalah satu-satunya insan yang dinikahinya, tidak seperti isteri baginda yang lain yang lebih berusia, matang dalam perkahwinan dan mempunyai pengalaman alam perkahwinan sebelum mengahwini Rasulullah. Atas faktor kemanusiaan, tentunya cemburu Aishah adalah suatu yang fitrah.
– Salah satu kelebihan Aishah r.a.hu, biar pun perasaan cemburunya terserlah, tetapi dia cepat menyedari kesilapannya.

3. arda - Januari 24, 2008

Maaf tersilap, Aishah r.a.ha (bukan r.a.hu).
Seorang wanita, bukan seorang lelaki. Kalau kita, umat hari ini, biasanya cemburu seorang lelaki melebihi wanita zaman sahaba-sahabi, manakala kalau cemburu seorang wanita kalangan umat hari ini, alamatnya sisuami “keras” jadinya selama beberapa hari, kalau tak pun beberapa bulan….

4. Mudes - Februari 13, 2008

Cemburu aishah RA adalah lambang kecintaan terhadap suaminya.

5. La_abwa - Februari 13, 2008

Selalu saya baca riwayah syiah menjadikan cemburu Siti Aisyah sebagai bahan untu menepelak beliau tanpa mahu melihat kebaikan isteri pilihan Allah dan pilihan Nabi ini. Kenapa agaknya? Kalau Rasulullah sendiri suka kenapa kita (syiah umumnya) kepoh nak mencari2 salah atau cuma nak menurunkan reputasi Aisyah r.a?

Saya ada memnbaca beberapa hadis yg beliau (aisyah r.a sendiri )yg meriwayatkan. Antaranya perihal rasa ‘benci'(cemburu ) beliau bila pertama kali bertemu Juwairiah , seorang tawanan perang yg cantik. Dia merasa cemburu kerana cantiknya Juwairiyah ini pada fikiran Aisyah r.a akan menambat hari Rasulullah s.a.w jika Juwairiah dibenarkan bertemu Rasulullah s.a.w dan sangkaan Aisyah r.a adalah tepat bila Baginda Nabi menawarkan Juwairiyah menjadi isteri baginda.

Begitu juga Aisyah r.a meriwayatkan hadis dimana Nabi menegur nya kerana menyebut perkataan ‘pendek” ditujukan kepada salah seorang isteri nabi yg bernama Safiah yg berasal dari kaum/keturunan yahudi. Nabi sangat murka tetapi kenapa siti Aisyah tetap meriwayatkan peristiwa ini, bukankah ini mengaibkan beliau dan sepatutnya beliau sembunyikan ?

Disinilah terletaknya keluhuran budi dan ketinggian taqwa Siti Aisyah r.a seorang wanita bijak , cantik , muda dan menjadi kesayangan nabi s.a.w . Setiap kesalahan dirinya yg ditegur Nabi tetap dirakamnya untuk menjadi panduan wanita lain. Itulah mananya ummul mukminin , sumber ikutan wanita solehah. Dia tidak menutup kisahnya untuk hanya mempamerkan tingkah yg suci mulia semata2 mengejar nama untuk disanjung.

Beliau menunjukkan contoh yang praktikal, bila mana seseorang berbuat kesalahan hendaklah dia merujuk kepada Allah dan Rasul dan bertaubat. Apabila ditegur belkiau tidak menunjukkan sikap angkuh dan melawan sebaliknya bertaubat. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertakwa dan orang yang membersihkan diri. Bagi orang yg tak faham atau sengaja mencari sebab untuk menempelak umul mukminin ini, mereka tak akan faham kenapa Aisyah sendiri membuka pekung di dada.

Allahu’aklam.

6. bravopro67 - Februari 14, 2008

Salam~

Dalam alam ini, semua makhluk punya alasan dan kadangkala ta’wil bagi menghalalkan perbuatan-perbuatan mereka. Iblis punya punya alasan-alasan dia tersendiri apabila si laknatullah ini tidak ‘bersujud’ kepada Adam. Iblis berkata: “Aku dijadikan dari api sedangkan Adam dari tanah”. Maksudnya, apakah api harus tunduk kepada tanah?

Persoalannya sekarang, apakah alasan Iblis itu diterima oleh Allah swt.? Mengapakah Iblis sampai terlaknat?

Adapun soal Ummul Mukminin itu, apabila disebut-sebutkan orang, bukan dengan tujuan sekadar ingin menempelak peribadi beliau. Persoalannya dan mesejnya ialah ringkas sahaja, bukan dengan gelarannya sebagai Ummul Mukminin, semua perbuatannya beliau tidak pernah salah dan silap. Kalau beliau pernah berlaku kurang beradab terhadap Nabi sawa masih hidup lagi, adalah tidak mustahil beliau melakukan perkara yang sama terhadap “maula orang beriman” selepas kewafatannya peribadi agung itu. Kalau terhadap Nabi sawa pun sudah begitu, apatah lagi terhadap orang yang sekadar menjadi “Amirul Mukminin”

Bukhari ada meriwayatkan suatu cerita kalau tidak salah. Ammar bin Yassir satu ketika pernah mengatakan kepada orang-orang Basrah sebelum berlakunya Perang Jamal : “Benar Aishah itu isteri Nabi di dunia dan di “akhirat”, tapi kamu semuanya diuji. Antara memilih Allah dan rasulnya di satu pihak atau kamu memilih Aishah”.

Apapun, cuba baca surah At Tahrim. Antara ramai-ramai isteri Nabi sawa, siapakah di antara mereka yang diumpamakan seperti isteri-isteri Nabi Nuh dan Lut ahs? Atau kalau siapa ada baca hadis Nabi sawa seperti Bukhari dan Muslim, satu ketika Nabi sawa pernah berkata: “Dari situ tanduk-tanduk syaithan akan muncul”. Kepada siapa dan arah siapakah Nabi sawa menunding ???

Atau hadis riwayat dari Muslim yang sudah entah ratusan kali saya kemukakan. Sabda Nabi sawa: “Benci Ali adalah Munafiq dan Cinta Ali adalah iman”. Kalau benci Ali pun sudah dibilang munafiq oleh Nabi sawa sendiri, apatah lagi gelarannya yang patut diberi kepada golongan yang sampai berperang terhadap Ali dan kumpulannya.

Soalnya sekarang bukan ‘Aishah, tapi di pihak manakah kita berpihak. Pihak Allah dan rasulnya atau pihak yang sekadar mewarisi satu gelar. Ini menurut Ammar bin Yassir sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari.

7. La_abwa - Februari 14, 2008

Tajuk rencana berbunyi ” Rumah tangga nabi teladan suci”, sewajarnya kisah r.tangga ini diambil hikmahnya bukan dimanipulasi untuk mendewakan Ali k.w melebihi Nabi pula.

sila baca teks hadis fitnah terhadap Aisyah di
http://hadith.al-islam.com/bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=1582.

Nabi s.a.w hampir terpengaruh oleh saranan para sahabat termasuk pendapat Ali k.w tetapi kesabaran Aisyah dan keyakinannya terhadap keadilan Allah s..wt telah memberi kemenangan kepada dirinya.

Jadi kepada siapakah sewajarnya kita utamakan ketaatan? Jawapnya ialah kepada Allah kemudian kepada Nabi. Rasulullah s.a.w telah mendidik Aisyah r.a sehingga Aisyah mempunyai jiwa yg kental dalam menghadapi ujian . Siti Aisyah r.a telah berpihak kpd Allah swt secara mutlak tidak perlu kita mengulang hadis membenci Ali sbg munafiq seterusnya terus membingungkan diri dengan tuduhan Aisyah membenci Ali k.w pula Cukuplah kesilapan saidina Ali menuduh Aisyah tidak baik, janga kita ulang pula keran kita tak sebaik Ali k.w..

Yg penting dalam kisah teladan ini siti Aisya r.a adalah wanita pilihan Nabi dan pilihan Allah s.a.w. Tak ada sebab untuk mengatakan wanita lain jauh lebih baik darinya sedangkan Allah telah menurunkan wahyu membenarkan Aisyah.

Siapalah kita untuk menentukan taraf manusia dengan tafsiran terhadap beberapa hadis pilihan dan tuduhan2 yg melulu? Aisyah yakin dengan kebenaran dan meletakan tawakkalnya secara mutlaq terhadap Allah s.a.w.

Hadis larangan membenci Ali k.w bukanlah suatu endosement bahawa beliau (Ali k.w) tidak pernah berbuat salah. Tak perlu kita tutup ‘kesalahan’ saidina Ali yg cuba menghasut/mempengaruhi Nabi , sebaliknya ambil iktibar dari kesilapan manusia supaya kita tak ikut buat silap kerana suka menuduh.

Sepatutnya jika berlaku peristiwa fitnah, mereka yg tak nampak dengan mata kepala akan peristiwa itu sepatunya tidak memberi ulasan atau hasutan yg boleh menyakitkan hati orang yg sedang dalam sesusahan menghadapi ujian.

janganlah kerana gelaran ahlu bayt maka segala kesilapan saidina Ali k.w terus ditutup dengan satu hadis. Bukankah ini menunjukkan ada ‘udang disebalik batu”.Berani kerana benar, Allahu aliman hakima. Jika kita berada dipihak benar tak perlu tuduh orang lain, teladanilah kesabaran siti Aisyah,dalam kesulitan menghadapi fitnah ditambah pula dgn sindiran yg memilukan dari orang kepercayaan Nabi, beliau tetap bergantung kpd Allah s.wt. semuga Allah mengampuni dan merahmati beliau.

Hindari sikap suka menghasut, suka menuduh dan suka menggelarkan orang. Baca Al-qur’an surah al-hujurat ayat 12 jadikan panduan disampng baca hadis2 sunni yang melarang sifat2 mazmumah.

Allahuaklam.

8. Sayyida Nafisa: Wanita Teladan « Dupahang’s Weblog - November 21, 2008

[…] Rumah Tangga Nabi: Teladan Suci […]


Tinggalkan komen