jump to navigation

Mohammad Alinor Abdul Kadir: Sains Islam Melampaui Metafizik-Mekanisma September 24, 2008

Posted by ummahonline in Wawancara.
trackback

Sains Islam, atau Pengislaman Ilmu, atau Pengislaman Sains, sering saja menarik kilasan, yang kadang-kala menggiring konotasi tertentu pada khalayak. Tapi, mungkin bagi sebahagian agamawan dan pekerja agama, mereka merasa terbuai dengan istilah ini.

Tapi, agama tidaklah seringkas itu. Memang, agama akan tampak jengkel bila disorot dari kaedah pemadanan dengan pengetahuan barat semata-mata. Apatah lagi, itulah kerja yang cukup seronok dilakukan oleh kalangan agamawan dan para pekerja agama tersebut. Namun, bila agama berada di tangan saintis-filsuf, memang ternyata berbeza. Agama dan sains, dari satu citra adalah sebuah republik, yang sudah tentunya punya kesaratan agenda. Jadi, apakah sebenarnya agenda Sains Islam ini? Wawancara Ummahonline.com menerusi mel-e bersama Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir, pensyarah sains matematik UKM ini ada muhasabahnya.

Dari sudut bahasa, apa bezanya sains, ilmu, al-‘ilm, knowledge, science, dan Scientia? Apakah terjemahan yang tepat untuk “Islamization of knowledge” yang dianjurkan oleh Ismail al-Faruqi?

Secara umumnya, tiadalah maksud yang agak berbeza berkenaan istilah-istilah yang datang dari tiga kebudayaan itu, iaitu Rom (scientia/science/sains), Islam (al-‘ilm/ilmu) dan Inggeris (knowledge). Semua perkataan tersebut merujuk kepada perkataan Melayu “(penge)tahu(an)”. Namun, kalau diambil secara mengkhusus, malah mungkin secara falsafah, memanglah sedikit sebanyak berbeza. Ada istilah yang merangkum hal-hal metafizik dan ada pula yang hanya hal-hal fizis dan alamiah.

“Islamization of knowledge” paling tepatnya, saya rasa, adalah “pengIslaman sains/pengetahuan”. Tapi masih boleh guna masukkan “ilmu” kalau merujuk kepada ilmu-ilmu semasa sahaja.

Bagaimana sejarah dan kemunculan gagasan Pengislaman Ilmu? Apakah peranan dan sumbangan Sayyed Hossein Nasr dan Syed Muhammad Naquib al-Attas pula dalam gagasan ini? Dan, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gagasan Pengislaman Ilmu, atau Sains Islam ini?

Gagasan tersebut bermula tatkala Persidangan Pertama Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977. Kini telah berlanjutan kepada persidangan yang ke-6, yang terakhir di Afrika Selatan. Al-Attas mendakwa dalam bukunya “Islam and Secularism” bahawa beliaulah yang pertama menukilkan gagasan tersebut. Namun, yang popularnya adalah gagasan yang diasaskan oleh Ismail al-Faruqi menerusi bukunya “Islamization of Knowledge” terbitan IIIT. Sayyed Hossein Nasr pada peringkat awal lebih menumpukan kepada hal-hal berkaitan bukti sejarah dalam Tamadun Islam yang menyokong gagasan tersebut. Tema sejarah ini juga diikuti oleh muridnya Osman Bakar, dan murid kepada Osman Bakar, iaitu Mat Rofa Ismail dan Abdul Latif Samian. Kalau tak silap saya, berdasarkan beberapa buku yang telah saya telaah pada tahun 1990-an dulu, PengIslaman Ilmu/Sains merujuk kepada gerakan mentafsirkan Ilmu/Sains semasa kini agarnya selaras dengan Falsafah Ilmu/Sains Islam, yang bertunjangkan kepada Al-Quran dan Hadith. Istilah yang lebih mengelirukan itu, iaitu Sains Islam, juga sepatutnya bermaksud takrif demikian, tapi banyak kali disalahertikan kepada merujuk hanyalah hal-hal berkaitan ilmu-ilmu yang diajarkan di Fakulti Pengajian Islam, atau ilmu-ilmu Fakulti Pengajian Islam yang diajarkan kepada mahasiswa/i fakulti yang lain. Itulah keherotan pengertian yang kini tampak berlaku di UIAM, USIM, KUIS dan beberapa institusi pendidikan tinggi yang lain.

Apakah Pengislaman Ilmu cuba melakukan pemadanan sains dan Islam sepertimana yang dilakukan oleh Harun Yahya, Abdul Razzaq Naufal, dan kalangan ‘Bucaillisme’ yang lain? Sebab, terdapat kecenderungan di kalangan ini yang mendakwa bahawa banyak penemuan teori-teori besar adalah milik asal Islam. Ini dapat kita lihat keseronokan mereka yang mendakwa teori dentuman besar, teori kenisbian, dll adalah Islamik dan serasi dengan al-Qur’an. Apakah begitu? Atau, ini satu perampasan identiti penemuan Sains Barat di sebalek kemalasan/kelambatan umat Islam untuk menyelidik? Atau juga, bukan kedua-duanya? Atau, bagaimana?

Kerja-kerja yang memadankan sains semasa dengan (sains) Islam tersebut memanglah perlu pada peringkat permulaannya sahaja. Itu lebih baik daripada hanyalah menggali sejarah sains Islam. Sebab, sekurang-kurangnya sudah diusahakan mentelaah secara umum/popular tentang sains semasa, yang tidak langsung dilakukan oleh sejarawan sains Islam. Tapi, kemudiannya kajian-kajian teliti haruslah dilakukan terhadap kedua-dua data tersebut sehinggalah boleh ditunjukkan yang sains semasa itu selaras dengan (sains) Islam. Ini sebenarnya, kalau ditelusuri, memerlukan seseorang menilai, memperbaiki, mengkritik malah mungkin menghapus juzuk-juzuk sains semasa agar selaras dengan maklumat-maklumat dalam al-Quran. Kerja-kerja inilah yang tidak dilakukan oleh golongan Bucaillisme. Tapi, tidak cukup orang juga untuk lakukan kerja-kerja sukar itu.

Bukankah rahmat teknologi yang kita nikmati dewasa ini adalah hasil daripada kekayaan ilmu yang diolah dari Tamadun Barat? Dan ternyata, Islam menerusi ummatnya tidak dilihat pun dapat menyaingi kemajuan Barat tersebut. Malah, kita sentiasa mengekorinya saja. Jadi, bukankah kita hanya menumpang/menikmati kelebihan sains dari Barat, di mana Sains Islam tidak pun dapat menawarkan apa-apa teknologi yang menarik pada hari ini?

Semua itu berpunca daripada tidak cukupnya tenaga untuk melakukan kerja-kerja lanjutan menyelaraskan sains semasa dengan (sains) Islam. Tenaga-tenaga yang adapun masihlah terpesona dengan penemuan-penemuan ala Bucaillisme. Saya percaya bahawa persoalan-persoalan dasar berbentuk metafizik, ontologi, epistemologi dan logik, yang mendasari sains semasa kini masihlah boleh diubah agar mengikuti sains Islam. Contohnya adalah kegagalan Frege-Russell dan Hilbert meletakkan Matematik Tulen agar berteraskan Logik. Persoalannya, apakah Logik yang baru, yang lebih baik daripada Logik lama, untuk membangunkan Matematik Tulen? Logik Binaan/Konstruktif Brouwer nampaknya beberapa kali menjawab persoalan tersebut, tapi gagal juga, apabila berjaya ditunjukkan bahawa Logik Brouwer itu hanyalah Logik Russell peringkat kedua. Soalan yang langsung di sini adalah apakah Logik Islam?

Kenapa kita sepertinya tidak pernah dengar terdapat sains yang cuba dikaitkan dengan agama, atau unsur-unsur kepercayaan lain. Mithalnya, tidak pernah kita mendengar adanya Sains Lao-Tze, Sains Buddha, Sains Hindu, atau Sains Zoroaster, dll. Bahkan, Barat tidak pula menamakan sains mereka yang hebat pada hari ini sebagai Sains Kristian. Tapi, Islam atau muslim umpamanya, begitu ‘istimewa’ dan ‘terhegeh-hegeh’ untuk melekatkan sains dengan agama. Jadi, mengapa sains perlu disandarkan kepada Islam, yang jelas sesuatu tindakan yang tidak dilakukan oleh agama dan kepercayaan lain? Benarkah begitu?

Ketika Islam dahulu adalah penaung kepada ilmu dunia, mereka tidak menamakannya sebagai Sains Islam. Ketika itu, Eropah pula memanggil sains mereka sebagai Sains Kristian. Contohnya adalah buku Summa Theologia karangan St Thomas Aquinas, yang merupakan adaptasi kepada buku Ilya Illumuddin karangan al-Ghazzali. Apabila ditanyakan kepada beliau oleh pengikut-pengikut beliau tentang hal ini, beliau mengatakan bahawa beliau sedang mengKristiankan Ihya. Juga buku Divine Comedy karangan Dante yang digelar Gospel ke-5 itu, yang merupakan versi Kristian bagi hadith-hadith Isra Mikraj. Adalah salah mengatakan bahawa Barat akan menamakan sains mereka sebagai Sains Kristian, sebab Barat bukanlah Kristian. Barat Moden dan Barat Pascamoden adalah pembebasan daripada Kristian, Yahudi dan apa-apa bentuk agama, malah metafizik. Zaman Thomas Aquinas, mereka tidak menggelar diri mereka sebagai Moden.

Peletakkan nama tersebut adalah untuk membezakan dua juzuk sains yang jelas berbeza. Barat akan mahu sains mereka dipanggil sains sekular. Sebab itulah yang sebenarnya dilakukan oleh mereka, iaitu membuang juzuk metafizik dalam sains. Itu sebab, kalau kita mahu sains mereka, kita kena gelar negara kita ini Malaysia Sekular, atau seperti Turki Sekular. Dalam negara sekular, agama boleh juga wujud, tapi boleh hanyalah berperanan sebagai peribadatan sahaja. Macam kitalah sekarang, kejap masuk makmal mengesahkan Teori Evolusi Darwin yang menentang kewujudan Tuhan, kemudian bila waktu sembahyang Zuhur pergi Masjid UKM untuk sembahyang, lepas tu masuk makmal semula sambung kerja. Agama pada kita hanyalah sembahyang, puasa, zakat, haji dan beberapa perkara mudah yang lain. Di masa Aristotle dulu, agama Yahudi juga wujud. Tapi apa yang dimaksudkan oleh sarjana Yahudi-Yunani bernama Philo dari Alexandria tentang Sains (Yahudi) tidaklah sama dengan apa yang dimaksudkan oleh Aristotle tentang Sains (Yunani). Di Amerika sekarang, sains yang cuba dibangunkan oleh saintis kristian dinamakan Sains Kristian, saingan kepada Sains Sekular. Tapi, namanya selalu sahaja dipanggil sebagai Sains Penciptaan.

Dikatakan sains itu tidak bebas nilai. Tapi, apakah bezanya sains di Barat dengan sains yang difahami dalam Islam? Sebab, tiada nampak beza antara nombor “1” dalam Islam dengan nombor “1” dalam Barat? Begitu juga, apa bezanya fizik kuantum/geometri/anatomi-manusia di Barat, dengan fizik kuantum/geometri/ anatomi-manusia dalam Islam? Bukankah semua ilmu adalah sama di mana-mana, dan pada bila-bila masa?

Beberapa hal berkaitan mekanisma menjelaskan sesuatu perkara yang menyentuh matematik, statistik, fizik, kimia, sains komputer, biologi dll, dan itu semua mungkin sahaja tidak berbeza dalam sains sekular dan sains agama/theis (Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha dll). Itulah maksud sekular itu, iaitu memahami mekanisma sesuatu sehinggakan boleh dijelaskan bahawa mekanisma itulah sahaja yang wujud. Sebelum daripadanya tiada, dan kalaupun ada, tidak mengambil bahagian dalam mekanisme itu. Itulah maksud Darwin, Newton, Frege dan lain-lainnya. Kalangan ahli Matematik Barat Moden, kalau tidak silap saya, hanyalah Leibniz yang tidak sekular menerusi notanya bertajuk “Metaphysical foundation of Mathematics”. Sains Theis/Agama mestilah berbeza dalam hal ini. Maksudnya ada peranan yang jauh lebih teras berbanding hanyalah mekanisma. Tapi boleh sahaja dimaksudkan, tambah sahajalah kepada mekanisma itu, maka sains sekular menjadi sains theis/agama. Namun, dalam satu dua kes terpencil, bolehlah semudah itu, namun secara umumnya tidaklah sedemikian. Teori Penciptaan Kristian bukanlah hanya menambahkan Pencipta kepada Teori Evolusi Darwin. “Peranan yang dasar” inilah beserta “mekanisma”nya itulah yang perlu diusahakan dikaji dalam Sains Agama.

Definisi sains yang dikemukakan oleh Dr. Shaharir Mohamad Zain dalam Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains ialah, “sains berupa analisis fenomenon secara bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai.” Jadi, adakah Pengislaman Ilmu bertujuan untuk memasukkan aspek-aspek metafizik, ketidakmantikan, dan diluar-kerasionalan? Tapi, bukankah pula sukatan dan kaedah ilmu yang digunakan oleh sains dalam definisi tersebut paling disepakati oleh semua pihak, kerana Sains Barat ternyata sangat empirikal dan mudah dipercayai. Tidak begitu?

Prof Shaharir merujuk kepada makna sains Barat Moden dalam petikan di atas, yang saya panggil mekanisma tadi. Sudah saya nyatakan tadi juga bahawa PengIslaman Sains bukanlah bermaksud secara umumnya melekatkan “metafizik” kepada “mekanisma”. Prosesnya mestilah lebih daripada itu, iaitu menilai dengan jitu kedua-dua aspek tersebut sebelum dikatakan kedua-duanya selaras. Berkaitan kaedah pula, sememangnyalah mudah menyukat sesuatu yang pada peringkat mekanisme sahaja. Itu sebab disepakati umum. Dan amat sukarlah menyukat yang lebih daripada itu, yang metalogik dan intuisi katakan. Isu emperikal ini sebenarnya bukanlah ditimbulkan oleh Yunani mahupun Barat Moden, tetapi yang pertama kali mengusulkannya adalah Ibn al-Haytham. Tetapi al-Haytham masihlah mendokong Sains Islam, begitu juga Roger Bacon yang menyalin konsepnya tetapi masih mendokong Sains Kristian, berbanding Francis Bacon yang menyalinnya tetapi menukilkan Sains Sekular.

Jadi, apa yang boleh disumbangkan oleh Sains Islam kepada dunia keseluruhannya? Dan, di mana kerugiannya jika kita melanggan Sains Barat?

Sains Islam akan memberikan paradigma baru berfikir dan membentuk suatu sains baru kepada masyarakat dunia. Ini sepertimana yang pernah pertama kali dilakukan oleh al-Kindi 1200 tahun yang lepas, dan diteruskan oleh saintis-saintis Muslim lainnya. Jika kita terus melanggan Sains Barat ini, tanpa ada usaha untuk membetulkannya, kerugian paling ketara kepada kita adalah kita akan mengkesampingkan hal-hal yang lebih tinggi daripada hal-hal mekanisma, seperti bahasa, budaya, sistem nilai, agama dan lain-lainnya. Kita sudah nampak ini berlangsung dalam negara kita, apabila kita mengkesampingkan Bahasa Melayu dalam pengajaran Sains, Matematik dan Teknologi di sekolah dan IPT. Sarjana-sarjana Barat sendiri semenjak Kiekergaard telah mengkritik bentuk sains Barat yang dibawakan oleh Hegel, yang beliau katakan sebagai “mengkesampingkan hal-hal kemanusiaan”. Kritik ini diteruskan oleh Nietzsche, Husserl, Heidegger, Sartre, Derrida dll, yang bernaung bawah Gerakan Fenomenologi. Walaupun kritik mereka tidaklah setinggi kritik keagamaan, namun kelihatannya bahawa Sains Barat meminggirkan juga hal-hal kemanusiaan. Metafizik Moden yang dinukilkan oleh Heidegger itu sebenarnya menjawab hal-hal kemanusiaan yang dipinggirkan dalam Sains Moden.

Akhir sekali, apa halangan yang maseh wujud dalam memperkasakan lagi gagasan Pengislaman Ilmu ini?

Halangan utama adalah amat kurangnya tenaga kerja dalam usaha menjayakan agenda ini. Mencari tenaga kerja pula bukanlah mudah, kerana bakal tenaga tersebut sebenarnya terlatih sudah dalam Sains Barat. Apa-apapun usaha mestilah diteruskan bagi mengumpulkan cukup tenaga untuk meneruskan agenda ini.

Komen-komen»

1. sabahdaily » Mohd Alinor Abdul Kadir: Sains Islam Melampaui Metafizik-Mekanisma - September 25, 2008

[…] Aqil Fithri Maklumat ini telah diterbitkan pada Thursday, September 25th, 2008 dalam kategori artikel umum. […]

2. islam bukan jenama - September 26, 2008

menjenamakan islam ke atas apa sahaja produk termasuklah sains merupakan suatu usaha yang menunjukkan kecelaruan berfikir dikalangan sarjana muslim.

kecelaruan berfikir ini mungkin diakibatkan oleh insecurity dan juga ketidakupayaan mereka sendiri untuk menghasilkan penemuan-penemuan besar dan mencipta idea-idea yang membawa manafaat kepada manusia sejagat.

lantaran kesan psikologi insecurity dan ketidakupayaan menghasilkan pemikiran besar menyebabkan mereka mencari perlindungan di bawah nama islam.

berlindung di bawah nama islam adalah lebih selamat, kudus, suci dan dipandang sebagai islamik oleh masyarakat walaupun intinya belum tentu islamik.

produk dalam ertikata yang luas termasuk sains, bank, insurans, universiti, pajak-gadai, ubat gigi, kedai makan, biskut kering, mee, kuetiau, muzik, lagu dan pelbagai produk yang lain di malaysia ini semuanya hendak diislamkan.

simbol islam ini memang menarik perhatian masyarakat muslim malaysia yang rata-ratanya malas berfikir. kemalasan berfikir mereka itu memudahkan mereka tertarik dengan simbol yang digunakan.

maka berduyun-duyunlah muslim malaysia mengkonsumsi bank, insuran, universiti, ubat gigi, sains islam dan bermacam-macam produk lain yang telah diislamkan walaupun ternyata ubat gigi islam rendah kualitinya dari ubat gigi colgate, universiti islam lebih tidak demokratik dari universiti oxford, insuran islam lebih merugikan dari prudential dan bank islam pinjamannya yang harus dibayar balik jauh lebih tinggi dari public bank.

jadi disini sudah terlihat bagaimana islam dipergunakan untuk melariskan produk. islam adalah jenama yang boleh dikomoditikan. termasuklah sains islam.

jangan marah kalau sekiranya di masa hadapan, orang akan bertambah sinikal dengan islam apabila perkataan islam yang diletakkan di hadapan atau dibelakang produk seperti sains islam atau islamic science tidak menghasilkan penemuan-penemuan besar dan penciptaan idea-idea baru yang mendatangkan manafaat kepada manusia.

yang penting bukan nama islam, tetapi intinya itu. tidak perlu letak nama islam, untuk menghasilkan penemuan dan idea besar yang membawa manafaat kepada manusia.

meletakkan nama islam adalah kerja orang-orang yang gagal di dalam menghasilkan penemuan dan idea besar. untuk melindungi kemalasan dan ketidakupayaan mereka itu, maka nama islam pun dipergunakanlah.

3. aqil fithri - September 26, 2008

hehehe :-)

sdr Islam Bukan Jenama, boleh saya tanya…

mengapa Russell bengang dengan matematik (sila rujuk paradoks Russell)? mengapa Cantor bengong kerana hendak menyelesaikan persoalan selang antara 0-1-10 (sila rujuk paradoks Cantor)? mengapa Schrodinger keliru dengan ‘kucingnya’ (paradoks kucing Schrodinger)? mengapa Pitagoras bunuh diri kerana pening dengan hipotenus? mengapa Newton gubra bila bercakap soal masa antara daya bumi-bulan?

jadi semua ini (sebenarnya kalau mahu, terlalu banyak lagi untuk disenaraikan), apa jawapan sains barat yang cukup hebat itu? sains islam usah katalah, sebab hampir tidak ada saintis yang melanggan sains islam!

4. hamidi - September 27, 2008

Dr Alinor,
Sebelum ini saya pernah terbaca teeredapat sarjana barat yang menjalankan kajian terhadap kesan bacaan Al-Quran terhadap aktiviti otak manusia. Saya tidak pasti ketepatan maklumat ini, tapi menurutnya, alunan bacaan Al-Quran dapat menenangkan otak sekaligus berpotensi digunakan dalam terapi psikiatri. Jika hasil kajian ini benar, adakah ini boleh dikategorikan sebagai sains Islam? Juga kajian yang menunjukkan bahawa pergerakan dalam solat banyak memberi manfaat terhadap fisiologi tubuh badan manusia seperti kedudukan sujud yang membolehkan darah mengalir ke setiap penjuru otak..

**Setakat ini saya tidak pernah mendengar sarjana Islam terdahulu yang gila dalam proses mengejar ilmu. Namun beberapa saintis yang tidak percaya tuhan seperti John Nash (schizophrenia) dan Karl Marx sendiri mempunyai masalah mengawal mental (Karl Marx dikatakan mengalami insomnia, kuat hisap rokok dan banyak minum arak, dan kematiannya juga dikatakan berpunca penyakit bronkitis), tetapi sarjana Islam belum pernah ketemui kes sebegini, bahkan imam Syafie ada menasihatkan untuk membahagikan malam kepada 3 bahagian (ibadah, belajar dan rehat). Mungkin wujud keistimewaan yang tersendiri di situ.

*saya tak berapa faham benar-benar sains Islam dan InsyaAllah akan menghadiri bengkel ASASI untuk mengetahuinya.

5. la_abwa - September 28, 2008

Salam,

Maaf saya sebenarnya tak baca renaca tu lah aqil, panjang sgt & masa kontot sgt. Tapi saya bacalah komen untuk faham secara ‘potong pendek’. Sekali baca komen “IIslam bukan jenama’ mcm betul, 2x baca tak brp betl, 3x baca nampak mcm dia pula yg keliru, 4x baca eh entah2 aku pun keliru :)

Saya pernah baca buku karangn dr maurice Bussel (ejaan maybe x betul) ttg”sians & al-qur’an” lama dululah waktu sekolah.Kemudia ada sesekali lihat/baca laman Harun Yahya. Kedua2 rujukan itu sebenarnya tidak bantyak menambah keyakinan saya ttg al-qur’an.

Semakin saya banyak membaca al-qur’an, sebenaranya itulah yang semakin meyakinkan saya tentang benarnya al-qur’an. Al-Haqqu mirrobikum. Sahih yg haq itu dari Allah bukan daripad selainNYa.

Mungkin org akan tanya, bgmana nak yakinkan non-muslim ttg la-qur’an sedangkan dia tak baca/tak boleh baca dan tidak dibenarkan baca?.Bg saya tugas kita bukan nak yakinkan org kafir tapi adalah untuk manfaat kita yg sudah beriman. Sebab tu surah ke-2 (al baqarah) sebut :”zalikal kitabu la roi bafihi, huddal lill muttaqin” , ia petunjukk bg org bertaqwa.
Buat apa pecah kepala fikir bgmana nak buktikan kebenaran al-qur’an melalui sains, matematik , fizik, metafizik, biologi dll?

Kita kena cari ialah keterangan (ayah) dan bukti kebesaran Allah s.w.t dari apa yg diciptaNya sama ada dari proses semulajadi/natural (sunnatullah) atau proses pemikiran (matematik). Apa yg saya bimbang ialah Sains bila dikaitkan dgn Islam ialah mereka cuba buktikan apa yg disebut dlam al-quran dgn apa yg benar2 terjadi , contoh ttg pembentukan janin. Bila ada pertentangan, al-qur’an pula spt disalhkan.

Saya tahu ada kursus peringkat diploma di UM yg boleh dihadiri oleh orang awan ttg al-qur’an. Berminat juga tapi jauh….

6. zaidi zainuddin - September 29, 2008

saya cukup tak setuju kalo org nak guna nama islam ni tapi tak dapat nak mencapai standad islam. saya pernah berurusan dengan bank islam, tetapi bank islam antara bank yang servis dia paling lembab sekali berbanding dengan bank-bank lain. buat malu nama islam sahaja.

sebab tu saya rasa tak perlulah kita nak guna nama islam ni. sebab kalau dah letak nama islam dan hasilnya tidak berkualiti, yang buruk bukannya orang yang meletakkan nama tetapi yang buruk dan dipandang lekeh ialah agama islam itu sendiri.

islam adalah sempurna tetapi manusia ni tak sempurna. apabila manusia yang tak sempurna nak meletakkan nama islam, yang sering jadi mangsa ialah islam itu sendiri dan bukan manusianya.

nama islam umumnya sekarang ni, sangat buruk di mata orang-orang bukan islam sebab perangai dan tingkahlaku orang islam itu sendiri. jadi, janganlah kita nak letak nama islam tapi kita orang islam sendiri tak mampu untuk bersaing dengan orang lain. yang buruk dan yang malu nanti agama islam jugak.

sebab itu saya sangat tidak setuju, semua benda kita nak letak islam terutamanya parti islam. bila orang dalam parti tu buat perangai hodoh dan tak islamik sepertimana kejadian menghentikan forum bar coucil secara kekerasan dan paksaan, yang dapat nama buruk ialah agama islam jugak.

cukup lah dengan berbagai benda dan perkara yang kita dah letak nama islam, tak payahlah sains pon kita nak letak nama islam. sepanjang nama sains islam ini diletakkan, apakah ciptaan-ciptaan moden yang terbaru yang telah dicipta oleh sains islam ini?

handfone? computer? intel pentium? mesin basuh? blender? satelite? peti ais? motosikal? kaplterbang? bullet train? cuba tengok sekeliling kita dan barang-barang yang kita pakai – ada tak mana-mana yang dicipta oleh sains islam?

malu la kita letak nama islam tetapi ciptaan-ciptaan yang terbaru tak ada satu pon yang dicipta oleh sains islam!

7. aqil fithri - September 29, 2008

sdr zaidi…

boleh saya tahu, siapakah saintis muslim yang praktis sains islam?

dan kedua, apakah sains barat terlalu sempurna sampai kita tidak boleh menawarkan sains alternatif?

8. Sosialis Kanan - September 29, 2008

Nampak sgt kita masih jauh nak buat kerja2 Islamisasi ilmu.Aduhai.Ini belum bincang dgn politikus lg.huhu.

9. aqil fithri - September 30, 2008

shalom sosialis kanan,

benar, ramai yang lihat sains islam = selipar islam. apakah mereka tidak tahu bezakan sains dengan teknologi? lazimnya mereka yang tidak ada fakulti filsafat sains mudah jengkel dengan sains islam.

jadi, adalah lebih baek menyoal/menyelidik, dari memborong/pukul rata…

kita juga suka islam diuji dan dicabar. biar islam tekal. tapi bila agama/islam/sains islam cuba diitlakkan sebegitu rupa, rasa jengkel pula. bukan untuk membela tuhan, tapi untuk membela fakta asas.

lagi satu, apakah kita akan jumud/kolot/kuno bila bercakap soal agama dan hubungkannya dengan sains? ‘konservatif’ sangatkah kita? walhal, mereka yang gementar untuk masuk ke kawasan ‘gelap’!

10. marhaen kota - Oktober 2, 2008

boleh ke teknologi dicipta tanpa sains? boleh tak handfone, komputer, kapalterbang, jet, keretapi letrik dan seumpamanya dicipta tanpa sains?

11. muthanna - Oktober 2, 2008

Saya rasa semua teknologi datang dari sains, cumanya tidak semua sains menghasilkan teknologi. Apakah teknologi bagi Einstein’s general theory of relativity?

12. bazli ahmad - Oktober 2, 2008

erk… apakah islam boleh menerima teknologi dan penggunaan senjata nuklear?

13. budak baru belajar - Oktober 2, 2008

boleh ke agama dihubungkan dengan sains? setahu sayalah sains itu memerlukan pembuktian yang nyata dan impirikal. kalau tak nyata dan tak impirikal itu bukan lah sains.

manakala agama pulak sebahagiannya menceritakan tentang perkara yang tak nyata dan tak dapat nak dibuktikan secara impirikal.

jadi, macam mana kita nak hubungkan antara sains dan agama? bagaimana agama nak menghuraikan yang malaikat, syurga, neraka, siksa kubur dan seumpamanya itu wujud melalui kaedah yang saintifik?

14. muthanna - Oktober 3, 2008

Kalau menurut Ian G Barbour dalam Where religion meets science boleh! Kenapa tidak membacanya?

15. aqil fithri - Oktober 4, 2008

shalom budak baru belajar,

sains yang anda fahami itu adalah sains dalam definisi barat. sebab itu kita memerlukan sains islam bagi merumuskan kedudukan permasalahan metafizik yang terdapat, sekurang2nya pemasalahan metafizik yang terdapat dalam sains.

apa dia metafizik dalam sains? saya sudah nyatakan lebih awal lagi contoh2nya. kalau kita terus menyatakan sains barat itu sempurna, sampai bilakah persoalan pitagoras, schrodinger, newton akan dapat dijawab?

sains islam memang tidak menjawab, atau belum lagi menjawab, sebab siapa yang berkerja dalam kerangka sains islam?

16. aqil fithri - Oktober 4, 2008

dan satu lagi,

kita harus menghargai ASASI. walaupun ASASI tidak menjawab persoalan ekonomi Islam, juga tidak memperincikan penyelesaian terhadap segala kekusutan dalam bangunan sains barat, tapi ASASI sudah bermula dengan cemerlang. pada saya, ASASI sudah berjaya menunjukkan bahawa sains barat itu punya kelemahan yang sangat mendasar. lantas, di sinilah perlunya sains alternatif!

17. aziz - Oktober 6, 2008

sains dalam definisi islam itu apa? tolong berikan definisi lengkapnya.

18. aqil fithri - Oktober 6, 2008

shalom marhaen kota dan muthanna,

bila saya sebutkan antara sains dengan teknologi, saya tidak bermaksud untuk melihat keduanya dalam konteks yang terpisah.

persoalan kereta islam, atau selipar islam bukanlah boleh semena direduksi dalam sains islam. walaupun selipar islam itu bersifat teknologi, tidaklah ia bererti semua penciptaan harus disandarkan pada sains. jadi, saya tidak setuju dengan pendapat muthanna, bahawa semua teknologi datang daripada sains.

dan, soal kerata islam, atau soal selipar islam, bukanlah suatu masalah. itu bukan titik mula perbahasan. tapi yang penting, setiap pengaryaan memang sarat nilai, seperti mana juga yang terdapat dalam sains.

sebab itu, masing2 adalah sarat nilai. teknologi tidak neutral!

19. singa islam - Oktober 6, 2008

Kalau ikut Osman Bakar, sains dalam Islam atau Sains Islam bukanlah kerana kerana ia dihasilkan oleh orang Islam, tetapi prinsip pembelajaran dan pengajaran sains itu hendaklah tertakluk pada framework Islam.

20. aziz - Oktober 6, 2008

semua teknologi adalah neutral. yang tidak neutralnya ialah manusia di belakang teknologi itu, baik yang mencipta mahupun yang menggunakannya.

handfone, komputer, peti ais, tv, radio, tenaga nuklear, basikal, kaplterbang – semuanya neutral. yang tidak meneutralkan teknologi ialah manusia itu sendiri.

tolong berikan satu contoh teknologi yang tidak neutral, kalau betullah teknologi itu tidak neutral.

dan tolong jawab apa itu definisi sains mengikut takrifan islam? dan islam ni pulak islam yang mana? hadhari? madani? deobandi, salafi? wahhabi? siasi? sunni? syiah?

21. radhi - Oktober 6, 2008

apa itu framework islam?

22. aqil fithri - Oktober 6, 2008

shalom aziz,

semua teknologi adalah terhasil dari pengaryaan para penciptanya. sebab itu saya ungkapkan, ‘setiap pengaryaan memang sarat nilai.”

contohnya, bagaimana pertama kali boleh terciptanya periuk nasi elektrik? pasti, periuk nasi elektrik tidak akan dicipta di Siberia. tapi di Jepun.

kenapa di Jepun? kerana nilai2 nasi lebih dekat dengan masyarakat jepun yang terkenal kreatif itu.

jadi, itu maksud saya teknologi tidak neutral. teknologi adalah terhasil dari lingkungan kepengetahuanan dan kebudayaannya.

begitu juga orang israel, mereka tidak akan mencipta merkava, kalau setiap hari mereka solat berjamaah bersama muslim dan kristian di al-Quds!

teknologi yang terhasil hanya tercetus dari nilai2 yang dianuti oleh para pengaryanya. macam uol juga, ia takkan terhasil kalau setiap hari editornya berfoya2.

23. aqil fithri - Oktober 6, 2008

shalom aziz, radhi, singa islam, etc

aziz ada menyebut tentang islam yang mana. saya kira mari kita tangkap definisi islam yang paling ‘lekeh’ dan ‘selekeh.’ semua mazhab dalam Islam seharusnya meletakkan prinsip tawhid sebagai yang teratas. tidak ada mazhab dalam islam yang tidak menyakini prinsip ini. jadi, pada pandangan saya, sains islam haruslah mematuhi garis2 tawhid ini. sebab itu, sebagai seorang saintis muslim, ia tidak harus melakukan kerja2 saintifiknya yang menghala kepada penolakan kewujudan Tuhan. tapi, macam Dr. Alinor cakap di atas, saintis2 kita bila masuk makmal berkerja untuk mengukuhkan darwinisme/mengeyakan tuhan dalam batasan ruang-waktu/mempertahankan kosmologi tiada-kiamat, tapi bila masuk waktu solat, elok2 saja berjamaah di masjid ukm. apa jenis saintis begini?

24. aziz - Oktober 7, 2008

jawapan saudara sama dengan saya dan berlawanan pula dengan kenyataan awal saudara yang menyatakan bahawa teknologi tidak neutral.

sila rujuk kembali ayat yang saya tulis.

“semua teknologi adalah neutral. yang tidak neutralnya ialah manusia di belakang teknologi itu, baik yang mencipta mahupun yang menggunakannya”.

dan sila baca kembali hujah saudara. saudara meletakkan pengkaryaan pencipta teknologi adalah sarat nilai.

bukankah pencipta itu manusia? jadi di sini, teknologi sebagai artifak dan produk adalah neutral. Yang tidak neutralnya adalah manusia yang menciptanya dan yang menggunakannya.

25. aqil fithri - Oktober 7, 2008

shalom aziz,

saya fikir saudara harus membaca kembali buku kuhn untuk memahami dari mana saya bermula. lazimnya, sains sudah sering disebut sarat nilai, meskipun ia ditentang oleh abdus salam, pervez hoodbay, etc. bagi kalangan anti-sains islam ini, mereka lihat tidak ada hubungan antara sains dengan nilai. namun, itu telah berjaya (bagi saya) disanggah oleh kuhn, meskipun digunakan untuk perspektif yang lain.

tapi, bila saya juga menyebut tentang kesaratan nilai yang terdapat dalam teknologi pula, ia sebenarnya sama seperti yang dimaksudkan oleh kuhn–bahawa antara benda dengan pencipta benda sentiasa ada hubungan nilai. tentang benda itu ‘kaku’–secara jasadnya–memang saya pun tahu. tapi, adakah kita mahu menafikan setiap benda mengusung nilai masing2 di belakangnya?

jadi, kita tidak boleh melihat sains/teknologi/matematik atas kuantitatifnya semata, tapi juga harus dimuatkan juga aspek kualititatifnya juga. kalau saudara menceraikan antara dua sisi ini, penilaian saudara tidak tuntas. atau, mungkin saudara harus memahami makna “technologia” terlebih dahulu? mana tahu, mungkin saudara tidak sedar rupa2nya ada perkataan “logia” pada “technologia”. :-)

26. muthanna - Oktober 7, 2008

Apa pula Aqil, bukankah teknologi handphone yang kita pakai sekarang mari dari sains?

27. la_abwa - Oktober 7, 2008

Ada kepelikan pada penulisan aqil musim baru ini. pertama perkataan Shalom tu apa maknanya? itu bahasa baku baru ker. Satu lagi istilah pengaryaan datang dati kata asas ‘karya’ ker? Kalau begitu maka penambahan awalan ‘peng’ tidak sepatutnya melenyapkan huruf’k’. Kata terbitan sepatutnya ‘pengkaryaan.

Saya melihat perbincangan sudah begitu panjang ada baiknya di masukkan dalam forum. Dah boleh guna ker ruangan forum tu? Say jga melihat tiad kata pasti tentang pokok p[erbincanag yaitu apa yg dikatakan Sains Islam, perlukah sains Islam . Perlukan alternatif kpd sains yang yang yang dikatakan tidak islamik dan sains perlu diislamkan?

Nampaknya ummat di UOL ni masih teraba2 macam orang buta menafsir gajah. Balik kepas asal Islam dari terlantiknya Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul, wahyu yang diterima secara ‘ghaib’ , membawa kalamullah yang bentuknya tiada dapat digambarkan secara saintific (sama ada dari pamtulan cahaya fizik, gelombang suara atau apa2 yang bentuknya ada kaitan dengan sains-kununnya).

walau bagaimana pun penerimaan wahyu ini adalah menggunakan teknologi paling tinggi yang tak akan dapat di jangkau oleh mana2 ujikaji manusia kerana ianya tidak akan berlaku lagi.. tidak akan ada lagi penurunan wahyu dari alam ghaib ke alam nyata. Maka tiada siapa yang dapat lagi membuat kajian satelite untuk menegnalpasti bentuk ‘wahyu’ itu sama ada memlibatkan satu gelombang cahaya, suara atau mana mana bentuk zarah, ataom atau nuclear yang mampu terfikir oleh manusia.

oleh kerana sains adalah ujikaji berdasarkan apa yg dilihat, dirasa dan dialami maka manusia kini sudah terlepas dari peluang membuktikan kewujudan wahyu. Yang mampu dikaji alah wahyu yang telah diterjemah kepada bentuk ‘manusiawi’ iaitu tulisan dalam al-quran ynag boleh dibunyikan dalam beberapa kaedah (tajwid & taranum).

Bagaimaan mungkin sains dapat membuktikan adanya surga dan neraka kalau untuk membuktikan apa itu wahyu pun sudah kantoi. Lalu apakah perlu kita islamkan sains yang ada sekarang, jika ya untuk apa?Apakah jika sains itu tidak Islam maka memperlajarinya akan menjadikan kita murtad?

saya fikir persoalan mengislamisasikan sains ni cuma olahan orang tak ada kerja atau sekadar nak menambah daya intelek…nampak ilmiah sikit ,kut :) jgn mare.

28. aqil fithri - Oktober 7, 2008

shalom muthanna,

apakah roda kereta kuda terhasil setelah adanya hukum newton?

29. aqil fithri - Oktober 7, 2008

salaam la_abwa dan kawan2,

kalau mahu ambil kata mudah, sebut sahaja semua sains adalah islam. dan katakan juga sains ini digunakan oleh semua umat, sama ada islam atau bukan-islam. tidak begitu? tapi, bagaimana pula dengan prinsip ketakpastian heseinberg? jadi, adakah kita mahu percaya pada tak-tentuistiknya alam ini? sebab itu, kita mesti belajar sungguh2 sains barat ini. namun, kepandaian ini bukanlah digunakan untuk mengeyakan saja. jika ada teori big-bang itu yang sudah sarat ateismenya, maka apakah kita mahu berkerja bagi mengukuhkan lagi teori tersebut? pada saya, inilah kesilapan besar orang2 seperti harun yahya, di mana mereka terlalu lekas untuk memadankan islam dengan teori barat! manakala, masyarakat biasa pula mudah percaya (atau terpedaya) dengan ungkapan2 yang tampaknya seperti saintifik dari harun yahya ini. jadi, mana sikap kritisnya seperti yang ditegaskan oleh islam? malah, harun yahya bukanlah seorang saintis yang arif dalam soal ini. sebab itu, pada saya, tugas yang penting bagi pelajar2 sains dewasa ini ialah, (1) belajar bersungguh sains barat, (2) menyaring sains barat yang bercanggah dengan tawhid, (3) mengkritik sisi2 sains barat yang ateisme, dan (4) memperkenalkan sains yang “teisme” (kalau ada yang segan/malas nak guna perkataan Islamlah). ini tugas besar dan susah. tapi, ada sesiapa yang sanggup memikulnya? :-)

30. tengku zahir - Oktober 8, 2008

semua benda nak diislamkan sampai sains pun nak diislamkan. takda kerja ker

31. aqil fithri - Oktober 8, 2008

shalom tengku zahir,
kenapa Nabi mengislamkan haji?

32. aziz - Oktober 8, 2008

belum ada yang memberi jawapan kepada soalan saya. sains dalam definisi islam itu apa? tolong berikan definisi lengkapnya.

33. aqil fithri - Oktober 8, 2008

shalom aziz,
saya fikir saudara harus membaca-ulang wawancara ini. kemudian, cuba sedikit rajin untuk mengelintar. acu gunakan perkataan “islamic science nasr” semasa mengelintar tersebut.

34. la_abwa - Oktober 9, 2008

Aqil shalom tu apa? sains salam ker?
tolong jwp pendek… pls.

35. la_abwa - Oktober 9, 2008

Semua sains adalah iSlam?
Saya tak kata begitu… Yang baik dari Allah , yang tak baik dari kecuaian dan kelemahan manusia. Bagi saya sains atau teknologi, hatta ilmu sihir semua ilmu dari Allah juga. Kalau ada teori spt rinsip ketakpastian heseinberg, maka ukurannya ilah noram Islam. saya pun tak tahu apa prinsipnya. Coba sdr bentangkan.

Yg saya boleh bagi contoh ialah teori darwin. Ini karut sebab Al-qur’an mengatakan sebaliknya. Jadi al-qur’an itu mesti di ambil sebagai kayu ukur. Bukan sains yang mengukur/menentukan kebenaran al-qur’an.

Soal harun Yahya memadankan sains dengan prinsip Islam itu mungkin satu percubaab untuk menarik minat saintis atau cendiakawan Islam yg hmapir melupakan al-qur’an , ajaran agam Tp saya tak begitu setuju sains menjadi bukti kebenaran agama . itu point saya.

Ttg saranan sdr kpd pelajar2 sains Islam tu mungkin satu pendekatan yg baik. TTp saya lebih suka jika al-qur’an itu mendominasikan jiwa pelajar sains. Maknanya pelajar yg nak belajar sains sepatutnya tahfiz,hafaz qur’an. lain2 hal biar Allah tentukan. orng yg hafazur’an IQ nya sanagt tinggi tak perlu belajar gila2 nak faham sains ni, enteng sebenarnya jika mereka dah boleh hafaz qur’an. Masalahnay pelajar tahfiz tak dibaukankan peluang menguasai sains.. jadilah pakar sains kita teraba2 dengan Islam..ada juga macam org ‘murtad’.

36. aqil fithri - Oktober 9, 2008

hehehe,

shalom = salaam :)

37. pro Allah + teori evolusi - Oktober 9, 2008

kenapa kita perlu A atau B semata-mata? kenapa mesti hitam atau putih sahaja? kenapa mesti teori evolusi atau teori penciptaan (creation) sahaja? kenapa yang lain tak boleh? tak bolehkah kita gabungkan kedua-dua pandangan ini?

saya seorang muslim. Allah tuhan saya dan muhammad itu rasul saya. tidak ada sangsi. tapi dalam hal kejadian manusia, saya cenderung untuk percaya bahawa Allah menjadikan manusia melalui proses evolusi. salahkah saya mempunyai kepercayaan yang sebegini rupa?

38. aqil fithri - Oktober 9, 2008

pro Allah + teori evolusi,

sains islam adalah satu gagasan yang tercermin dari pemikiran al-faruqi, nasr, naquib, etc. ia merupakan satu gagasan yang bermula dari sains sosial, yang kemudiannya cuba dilimpahkan kepada sains tabii. bila disebut gagasan, ia bermakna anjuran, bukan pemaksaaan.

justeru, jika ada muslim lain yang mahukan sains alternatif yang lain, maka tidak ada kekangan untuk hal tersebut. itu kepercayaan masing2, sama seperti muslim lain yang mempercayai kepercayaan yang lain. jika saudara ada ide lebih menarik, elok jika dikongsi/dihuraikan di sini. dan, jika sains islam ada ide yang menarik, al-faruqi, nasr dan naquib telah meletakkan asasnya.

tumpuan sains islam kini bukannya untuk mengembalikan keterpesonaan pada silauan sejarah islam. itu kadang-kala kerja yang melekakan umat islam. tapi, hasrat sains islam adalah untuk mencabar sains barat. kalau aristotelian dan newtonian boleh runtuh, takkan einsteinian tidak boleh runtuh?

saya kira sains islam hadhir dalam keperluan, bukan omongan semata. malah, kalau menurut nasr, sains islam bukannya seperti modenisme–yang barangkali modenisme merupakan idealogi yang paling ekstrim dalam sejarah!

sebab itu, saya secara peribadi, tidak melihat apapun yang salah pada iman (kepercayaan) saudara. malah, kalau saudara menggunakan perkataan evolusi, ibn maskawaih pun bersama saudara. jangan gusar.

39. la_abwa - Oktober 9, 2008

Sebenarnya semua orang boleh mengaku muslim tak tak ada siapa yang akan memenjarakan anda! Jika ada orang yang yakin Allah menjadikan manusia melalui teori evolusi, tentu dia ada asas untuk berkata demikian, tentu ada teori dan analisanya.Tentu ada rentetan ujikajinya. Itu baru dinamakan teori saintifik.

Kalau sekadar untuk menyaggah tafsiran ulama tentang wahyu al-qur’an dalam hal penciptaan manusia Adam a.s maka saya tak pasti penggabungangan berapa kombisani ilmu sekalipun akan mengasilkan natijah yg baik.

jadi kpd pro Allah +teori evolusi perlu bentangkan teori anda dan gabungkan dengan ilmu apa yg anda sarankan. Baru boleh kita lihat penggabungan sains & Islam yg bagaimana yang paling ideal.

40. la_abwa - Oktober 9, 2008

Aqil,

Boleh kemukakan teori ‘evolus’i salam jadi shalom tak :)

41. zony said - Oktober 15, 2008

Assalamualaikum,

Izinkan saya memberi sedikit pendapat.

Bermula dengan perkataan “islam” pada organisasi tertentu.

1. Ubat gigi islam mungkin rendah kualitinya bagi sesetengan pihak berbanding jenama Colgate, tapi kualiti itu sendiri mempunyai berbagai makna. Mungkin bagi sesetengah orang kandungan Fouridenya, sesetengah yang lain kayu siwaknya dan sebagainya. Namun ia merupakan suatu kelegaan atau kegembiraan bagi sesetengah pihak terhadap kesuciannya dan kemampuannya setakat ini.

2. Universiti Islam tidak demokratik berbanding Oxford? Penilaian siapa? Apakah keperluan demokratik yang dicanangkan lebih mulia daripada ijmak ulama yang menghasilkan penubuhan universiti itu sendiri? Mengapa kita tidak berani bertemu dengan sarjana-sarjana universiti islam itu sendiri untuk mengajarkan demokrasi sewajarnya buat sesebuah universiti? Itupun jika ‘kita tidak diajarkan demokrasi oleh sarjana-sarjana universiti tersebut semula..’

3. Insuran Islam lebih merugikan daripada Prudential? Apakan keuntungan adalah segala-galanya dalam islam? Apakah kita pernah bertemu dengan pihak yang menganjurkannya dan berbincang mengapa pelaburan yang diambil begitu berhati-hati?

4. Pinjaman bank islam lebih tinggi berbanding bank-bank lain? Bank Islam pasti mempunyai sebabnya sendiri. Dengan barisan sarjana muslim dalam bidang ekonmi dan syariah, bank islam mempunyai pelaburan yang besar dan berani di negara-negara islam. Mungkin perkhidmatannya kurang memuaskan atau kita mempunyai ide-ide yang lebih bernas. mengapa tidak disalurkan sahaja kepada pengurus bank berkaitan? Saya pernah menemui beberapa pengurus bank islam di selatan tanah air dan mereka bukan sahaja mempunyai pengetahuan yang luas, malah kesopanan dan kesanggupan menerima buah fikiran.

Sebenarnya, sokongan umat islam amat penting untuk penubuhan institusi dan aliran ilmu islam. Jika kita hanya bijak memberi kritikan dari jauh sebelum ini, jenguk-jenguklah ke institusi tersebut dan bertemulah dengan mereka yang diamanahkan dan wajar menerima pandangan kita.

Sains Islam bukan sekadar alternatif, malah penyempurna sains itu sendiri.

A. Jika organisasi kristian mempunyai Christian Science Monitor dan beriya-iya menyokong gerakan Creationist yang menentang Teori Evolusi, mengapa umat islam tersipu-sipu untuk melakukannya?

B. Apakah umat islam mulai paranoid dengan perkataan islam itu sendiri sebagaimana yang berlaku terhadap sebahagian masyarakat barat? Apakah jika ada pihak yang sinikal terhadap islam atau memanggil islam itu mundur, maka kita harus menyembunyikan fikrah dan perjuangan islam itu sendiri?

C. Apakah jika satelit-satelit Nasa hanya mampu mencecah neputne dan Mercury, maka kita umat islam sudah mula menjejakkan kaki ke syurga? Apakah jika kita gagal membuktikan kewujudan jin, maka kita akan dapat membuktikan kewujudan malaikat?

D. Saintis Harun Yahaya banyak membuat kajian tentang evolusi dan menjelajah negara Eropah, A.S. dan Britain untuk menerangkan konsep penciptaan makhluk yang berasaskan tauhid kepada masyarakat Islam, kristian dan yahudi. Nama beliau disegani oleh ramai sarjana evolusi. Buku-buku beliau menunjukkan banyak kecacatan dan kelemahan teori evolusi. Malah dokumentari bercorak islam beliau juga boleh disaksikan di RTM1 pada masa-masa tertentu. Sungguh amat menyedihkan seorang sarjana islam yang membuat kajian menyeluruh tentang evolusi dicemuh oleh umat islam sendiri. Jika mencemuh saudara islam seikhlas beliau, nanti kita pula dicemuh generasi islam mendatang. Nauzubillah.

Apa yang diperlukan untuk menghasilkan sains islam mungkin metodologi asas setiap ilmu, 7W dan 1H:

1. ‘What’: Definisi sains islam dan sains yang tidak bertentangan islam perlu dikompilasikan. Perubahan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa terhadap sains islam sebelum Kurun Ke-20 dan selepasnya. Perlu diwujudkan satu kompilasi khas @ jurnal @ensiklopedia Sains Islam sama ada natijah forum, bengkel, seminar-seminar sains islam seperti INSIST dan pameran tamadun islam.

2. ‘Who’: ASASI boleh menjadi perintis untuk tujuan ini. Insha-Allah.

3. ‘When’: Permulaan tahun 2008, insha-Allah.

4. ‘Why’: Sebagai agama yang syumul, islam menjadi penyumbang dan penyempurna kepada ilmu dari dahulu, kini dan selama-lamanya.

5. ‘Whom’: Semua ilmuan tanpa mengira agama boleh mempelajari dan mengaplikasikan sains islam, insha-Allah.

6. ‘Where’: Sebuah lokasi atau bilik khusus untuk pengwujudan Sains Islam perlu dilakukan segera. Mungkin mendapat bantuan kerajaan atau universiti berminat, insha-Allah.

7. ‘Which’: Sains Islam boleh menerima semua ilmu yang baik dan tidak bertentangan dengan ajaran AlQuran dan Sunnah, insha-Allah.

8. ‘How’: Melakukan perbincangan lanjut, eksperimen, ekskavasi lanjut dan seumpamanya terhadap teori-teori dan eksperimen-eksperimen yang meragukan, insha-Allah.

Semoga ia berguna, insha-Allah.

Zony Said

42. entahapentah - Oktober 18, 2008

Salam semua…

Pada sy penemuan2 sains tuh pada awal penemuannya (sebelum sahih kebenarannya) mungkin ada yang benar, dan mungkin juga ada yang tersilap, itu bergantung kpd ketepatan kajian manusiawi yg teknologi dan falsafahnya sentiasa berdinamik, mungkin didapati benar pada masa ini, mungkin didapati kesilapan pada masa hadapan, mungkin juga masih benar pada masa hadapan (mungkin la)… stail Harun Yahya tuh adalah mentakwilkan al-Quran dgn sains, tidak kiralah dari penemuan sains manusia yang beragama manapun (inklusif)… mungkin benar pada masa ini, mungkin silap pada masa hadapan, mungkin juga masih benar pada masa hadapan, mungkin la (Allah lebih tahu)… tntng Islam pula… cuba la lihat dari segi gramatikal pula, kata “Islam” dlm al-Quran itu adalah asal dari akar kata “SLM” (Syin Lam Mim)… yg timbul darinya perkataan “Salam”, “Aslam”, “Islam”, dan selainnya, yg mempunyai maksud seperti “Sejahtera”, “Tunduk patuh” “Berserah diri (Submission)” dan selainnya… yang bukan berbentuk eksklusif, tetapi inklusif, so persoalannya disini adakah kata “Islam” itu dapat digabungkan dgn sesuatu kata nama benda, produk, sains, ideologi, zaman, parti, tamadun atau apa2 jer???

43. hamidi - Oktober 18, 2008

Al-Ghazali pernah mengelakkan penggunaan kata ‘mantik’ semasa menyampaikan ajaran tersebut, beliau menggantikannya dengan nama lain kerana pada ketika itu ilmu ‘mantik’ tidak di ‘appreciate’ oleh orang ramai.. Beliau bertindak bijak dengan tidak menggunakan perkataan tersebut, menggantikan dengan perkataan lain, agar masyarakat mudah menerima ilmu mantik.. ilmu nya sama tetapi penyampaiannya berbeza.. mungkin ini patut diberi perhatian dalam usaha menyampaikan gagasan tersebut…

kepada saudara aqil,
Dalam the so called ‘Sains Islam’, mimpi merupakan kaedah untuk mendapatkan ilmu tetapi sumber ini tidak diakui oleh the so called ‘sains barat’. Tetapi menurut buku yang ditulis oleh hadamad, beliau mengkaji fenomena penerimaan ilmu oleh saintis barat yang diperolehi melalui mimpi.. macam mane tu saudara aqil? Adakah benar sains barat tidak memperakui mimpi sebagai suatu sumber ilmu?

44. aqil fithri - Oktober 18, 2008

hamidi,

pertama, apa definisi bagi sains? yang kedua, jelaskan tentang buku tersebut… Hadamad? atau Hadamard? elok kita bermula dari sini…

45. zony said - Oktober 20, 2008

Assalamualaikum,

Bagi saya, perkataan islam itu boleh jadi ‘adjektive’ atau ‘noun’. Tidak perlu diberatkan sama ada boleh digabungkan dengan perkara-perkara yang baik kerana sejak awalnya, penggunaan perkataan islam pada benda terletak selepas kata nama. Contohnya,

1. Orang islam
2. Kitab islam
3. Negara islam
3. Dan sebagainya.

Bagi kata-kata nama dibawah, ia diputuskan oleh para ulama di Malaysia sekurang-kurangnya, kerana Malaysia seperti negara-negara islam lainnya, mempunyai mufti dan para ulamanya. Tiada atau kurang kedengaran kontroversi setakat ini. Contohnya:

1. bank islam
2. insuran islam
3. Dan sebagainya.

Namun jika ada teguran atau penambahbaikan, berikan kepada yang memegang amanahnya. Allah jua Yang Maha Mengetahui.

46. islam bukan jenama - Oktober 21, 2008

meletakkan nama agama (islam atau apa sahaja agama lain) kepada mana-mana organisasi cenderung menyebabkan organisasi itu menjadi eksklusif. islam buat saya adalah agama inklusif untuk semua manusia yang mementingkan intinya iaitu nilai-nilai demokrasi, kebaikan, keadilan dan kemanusiaan.

jadi tak penting untuk meletakkan nama islam pada organisasi kerana ia hanya akan menjadikan organisasi tersebut eksklusif. contoh yang paling jelas ialah ASASI sendiri.

berapa ramai anggota ASASI yang terdiri dari bukan muslim?

berapa ramai barisan kepimpinan ASASI yang terdiri dari bukan muslim?

saya yakin ASASI tidak punya seorang pun anggota bukan muslim. dan saya juga yakin di sepanjang sejarah penubuhan ASASI sehingga sekarang tidak ada seorang pun anggota kepimpinan ASASI yang terdiri daripada bukan muslim.

ASASI adalah organisasi eksklusif. meletakkan nama Islam (seperti juga meletakkan nama agama-agama lain pada organisasi) cenderung menjadikan organisasi itu eksklusif.

islam bukan terletak pada nama. islam terletak pada inti dan praktiknya. tidak guna meletakkan nama tetapi inti dan praktiknya tidak menncerminkan nilai-nilai Islam yang sangat inklusif.

47. aqil fithri - Oktober 21, 2008

islam bukan jenama, adakah anda percaya pada kesempurnaan dialektik?

48. islam bukan jenama - Oktober 21, 2008

sila huraikan apa yang dimaksudkan dengan kesempurnaan dialektik itu?

dan sila jawab soalan saya:

1. berapa ramai anggota ASASI yang terdiri dari bukan muslim?

2. berapa ramai barisan kepimpinan ASASI yang terdiri dari bukan muslim?

49. aqil fithri - Oktober 21, 2008

adakah segala2nya mesti inklusif? apakah eksklusif sesuatu yang langsung tiada tempatnya di dunia ini?

tentang anggota ASASI, tiada seorangpun yang muslim. masalahnya?

sdr, apa kata kita berdebat di ruangan forum uol? sudi2kan daftar di sana…

50. zony said - Oktober 22, 2008

Buat permulaan, anggota ASASI boleh terdiri daripada orang Islam sahaja.

Tiada apa yang istimewa tentang orang bukan Islam, melainkan dunia.
Dan yang istimewa tentang orang Islam, ialah dunia dan akhirat.

Yang menjadikan Islam itu inklusif atau eksklusif ialah manusia. Islam itu adalah universal, untuk semua yang mahukan kebenaran, dari awal kehidupan hingga hari kiamat.

Jika masyarakat bukan Islam nampak Islam itu eksklusif, ia merupakan kelemahan dan masalah enggan mempelajari kebenaran oleh mereka sendiri. Ini bermakna umat bukan Islam perlu mengambil inisiatif untuk mempelajari Islam. Jika tidak, mereka akan rugi di akhirat. Pemasaran Islam melalui dakwah adalah tugas semua umat Islam, bukan ASASI sahaja.

Bagaimana seseorang itu mampu membuahkan fikrah sains Islam jika ia (orang bukan islam) sendiri tidak memahami Islam?

51. aqil fithri - Oktober 22, 2008

erkkk, saya kira orang bukan Islam (non-muslim) juga ada istimewanya.

setakat oktober 2008, kita ada 6.7 billion orang di atas muka bumi. maknanya, kita ada 6.7 billion orang yang berbeza-beza, dan keistimewaan yang tentunya juga berbeza-beza.

sebaleknya muslim, dengan kebanyakan feel yang kita temui, kerap ‘memburukkan’ agamanya sendiri. sebab itu, mengkritik muslim bukanlah sesuatu yang bersalahan, malahan mungkin dituntut.

islam/atau mana-mana aliran boleh bersikap eksklusif, tapi bukan dalam erti kata menindas inklusif. ASASI pula tidak pernah menindas bukan islam.

dan… contoh terkenal eksklusif dalam islam ialah masjidil haram…

52. islam untuk semua - Oktober 22, 2008

“Tiada apa yang istimewa tentang orang bukan Islam, melainkan dunia.
Dan yang istimewa tentang orang Islam, ialah dunia dan akhirat.”

Kenyataan sebeginilah yang akan menjauhkan lagi orang bukan islam daripada islam.

53. abu dzar - Oktober 22, 2008

setuju. kenyataan angkuh dan sombong. tidak hairanlah islam dijauhi oleh masyarakat bukan islam di malaysia ini kerana penganut islam di malaysia ini terlalu angkuh dan sombong. tiada langsung sifat rendah diri penuh kemanusiaan sepertimana Nabi Muhammad s.a.w.

54. zony said - Oktober 23, 2008

Lihat konteks ayat saya, ada perkataan ‘..dunia.’ Jangan ambil separuh dan tinggal separuh. Itu yang Islam ajar kita.

Jangan mudah menuduh orang Islam angkuh dan sombong, tapi bila dengan bukan Islam, segan-silu dan takut menyatakan kebenaran.

1. Apakah keistimewaan orang bukan Islam di akhirat dalam AlQuran? Itulah yang saya maksudkan, Neraka yang apinya menjulang-julang, bukan hanya untuk umat Islam yang berdosa, tapi khusus atau ‘istimewa’ untuk bukan Islam. Syurga hanya untuk orang Islam setelah menjalani hisab. Apa yang ada dalam AlQuran adalah muktamad. Kita perlu belajar menerima hakikat ini dan memberitahu yang baik dan yang buruk. Sebab itu, ada pemimpin masyarakat India yang keliru apabila dikatakan beliau seorang yang kafir. Sebabnya kita cuma memberitahu kaum kerabat kita sahaja tentang kedahsyatan neraka, tapi kecut dan malu hendak memberitahu tentang neraka dan keburukan menjadi kafir (atau ayat mesranya, ‘bukan islam’) kepada orang bukan Islam.

Maka itu, kalau kita bersikap terbuka dan menyatakan dakwah secara berterus-terang, sama ada kepada orang Islam dan bukan Islam, maka
insya-Allah, guru-guru dan kawan-kawan bukan islam kita tidak akan
merana dalam neraka kelak. Mereka juga, insya-Allah, tidak akan menyalahkan kita di akhirat kelak. Janganlah kita menakut-nakutkan umat Islam, anak-anak dan isteri, orang-orang kampung dan jemaah ceramah sahaja tentang kedahsyatan api neraka. Untuk bukan Islam, kita cuma cerita fasal syurga sahaja.

Jadi berbalik kepada AlQuran sendiri, Abu Lahab, telah ditetapkan azabnya dalam AlQuran semasa dia masih hidup lagi. Begitu juga Abu Talib dalam sebuah hadis.

2. Mungkin jumlah mereka yang ramai, pengetahuan dan kekayaan menjadikan orang bukan islam istimewa pada pandangan kita. Tapi ia tidak bererti di sisi Allah di akhirat. Mungkin teknik berdakwah, tapi ia bukan teknik muktamad.

Lebih baik saya dipanggil angkuh dan sombing daripada takut menyatakan kebenaran. Walau bagaimanapun, Allah jua Yang Maha Pengampun.

Kesimpulannya, kita perlu tengok konteks ayat sebelum membuat teguran. Orang bukan islam memang tiada istimewa selepas mati dan di akhirat masuk neraka; maka masuk islam dengan segera adalah pilihan satu-satunya.

Allah jua Yang Maha Mengasihani.

55. abu dzar - Oktober 23, 2008

“Orang bukan islam memang tiada istimewa selepas mati dan di akhirat masuk neraka”

inilah jadinya bila kita ini eksklusif. bila kita eksklusif tidak pernah bercampur-gaul dengan pandangan-pandangan yang berbeza, kita cenderung untuk mengatakan bahawa kita sahaja yang benar. orang lain semuanya salah.

islam tidak punya satu tafsiran sahaja. terdapat banyak tafsiran di dalam islam. kalau islam ini hanya satu tafsiran sahaja sudah tentulah tidak ada aliran-aliran pemikiran dan mazhab yang berbeza-beza.

dan sesungguhnya sama ada seseorang manusia itu masuk syurga atau neraka, semuanya adalah di atas rahmat Allah s.w.t. semata-mata dan bukan kita yang menentukannya. janganlah kita panda-pandai nak menjadi Tuhan dengan menentukan yang si polan A masuk syurga dan si polan B masuk neraka.

56. PUTERI - Oktober 23, 2008

Saya berpendapat, Islam adalah utk semua manusia, ianya cara hidup. Jadi tak perlu di-fragment kan dengan label2. Sy berpendapat lagi, Islam bukan hanya yang tercatit dalam Quran, dan kebenaran Quran tak perlu dibuktikan dengan sains. Islam yang saya fahami antara lain adalah adil, aman, harmoni dalam kasih syg maha pencipta alam. Maka islam itu bukan utk org2 bergelar muslim ajer tp utk semua makhluk. Semua kajian adalah ilmu dan ianya dari Allah, Tuhan semesta. Anak kecil keheranan melihat semut2 berderetan pergi dan balik juga adalah kajian ilmu bagi dirinya. Jadi kenapa perlu mengislamkan sesuatu yg sememangnya sudah islam?

57. zony said - Oktober 24, 2008

Bagi saya, pendapat Abu Dzar berbahaya kepada akidah. Bila anda berkata begitu, sebenarnya anda dan mereka yang anda bergaul, membuat definisi baru untuk orang bukan Islam atau fahaman bukan Islam yang tertentu. Mengingatkan saya akan Kassim Ahm…
Jangan sampai keegoan menghalalkan cara kita.

Seolah-olah syurga ada untuk mereka walaupun bukan Islam. Nauzubillah…….

Sudah terang lagi bersuluh. Setakat ini sahaja ulasan saya, untuk mengelakkan keangkuhan.

Allah sahaja Maha Mengetahui.

58. zony said - Oktober 29, 2008

Mengapa perlu mengislamkan apa yang telah Islam?

Salah satu yang kita bincangkan adalah Sains. Apakah teori evolusi adalah islamik? Lihat 2 perenggan di bawah:

a. Jika Professor Dawkins, seorang yang ternama dalam teori evolusi moden mengatakan, “Tuhan tidak perlu ada untuk evolusi terjadi” dan “Kalau Tuhan itu ada, ia seorang yang pemalas..” atau

b. Charles Darwin, pakar evolusi klasik, mengatakan Nabi Adam dan Hawa berasal dari beruk, apakah ia islamik?

Maka itulah, adanya keperluan ilmu sains diislamisasikan. Ia bukan sekadar label, tapi lebih kepada teras dan penambahbaikan ilmu itu. Insha-Allah.

Allah jua Maha Mengetahui.

59. arya - November 7, 2008

Kecuali Nabi Adam, Siti Hawa dan Nabi Isa, dan pada hari ini bayi tabung uji, semua manusia adalah produk hubungan seks antara lelaki dan wanita yang subur, halal atau haram, rela atau paksa. Manusia tiada upaya memilih ibu bapa, bangsa, warna kulit,rupa, zaman dan bahagian muka bumi yang mana untuk dilahirkan, kedudukan dan taraf sosial. Setelah dilahirkan setiap manusia, untuk memanjangkan umur perlukan kepada empat perkara asas iaitu udara, makanan , pakaian dan tempat tinggal. Udara berada dimana-mana kecuali di dalam air dan angkasa lepas, dan ia juga percuma. Makanan, pakaian dan tempat tinggal perlu diusahakan.
Keperluan manusia kepada makanan( termasuk minuman) menerbitkan industri makanan dan pemakanan. Keperluan kepada
pakaian menerbitkan industri pakaian dan pemakaian. Keperluan kepada tempat tinggal menerbitkan industri perumahan, perhotelan,
rumah tumpangan, asrama-asrama dan wad-wad hospital.
Untuk mendapatkan makanan, pakaian dan tempat tinggal, kita perlu mempunyai wang yang dijadikan medium pertukaran. Untuk mendapatkan wang kita perlu berkerja. Untuk berkerja kita perlu ada ilmu dan kemahiran. Untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran kita perlu mengadakan industri dan institusi pendidikan.
Industri-industri asas yang berkaitan dengan makanan, pakaian dan tempat tinggal, memerlukan industri dan institusi sokongan,
seperti pengangkutan, ICT, kesihatan, pendidikan, perbankan dan insurans, perlindungan dan pertahanan, sukan dan hiburan, media massa, pemerintahan dan kehakiman.
Setiap manusia tidak akan dapat hidup tanpa tiga perkara asas tersebut. Perbezaannya terletak pada mutu, kuantiti, saiz dan nilai.
Ahli Sains pun memerlukan makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Mereka juga inginkan wang hasil daripada penyelidikan dan pengorbanan mereka. Oleh kerana mereka tidak percayakan Allah mereka tidak berniat langsung untuk menghubungkan hasil kerja mereka dengan Allah. Orang Islam yang menjadi pelanggan penyelidikan mereka juga tidak dapat hendak menghubungkan perkara berkenaan dengan Allah.
Bagaimana kalau kita buat percubaan berdasarkan manusia itu ukuran kehidupan? Manusia adalah khalifah di muka bumi . Makanan,
pakaian dan tempat tinggal dan semua institusi dan industri yang berkaitan dengannya adalah di bangunkan oleh manusia, untuk manusia. Agama adalah untuk manusia. Bumi ini untuk manusia .
Syurga dan neraka juga untuk manusia. Manusia sahaja yang dianugerahkan akal oleh Allah dan dengannya kita mengenali kehidupan.Manusia yang merwarnakan, memakmurkan atau menjahanamkan bumi.Haiwan, tumbuh-tumbuhan dan segala apa yang ada di atas perut bumi dan di dalamnya adalah untuk manusia.
Kita bercakap tentang negara kita kita bercakap manusia dan tindak tanduk mereka. Itulah lebih kurang penjelasan tentang ‘manusia itu ukuran kehidupan’. Boleh diperbaiki lagi penjelasannya pada kesempatan yang lain.
Jirim di definasikan sebagai apa sahaja yang mengisi ruang alam ini.Jirim terbahagi kepada tiga keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas.
Setiap jirim adalah tersusun daripada atom-atom. Atom -atom pula
tersusun daripada proton, neutron dan elektron dan mungkin ada lagi
benda yang lebih kecil daripada elektron. Apa yang jelas setiap jirim dalam alam ini bersusun, di kiri, di kanan, di atas, di bawah, di depan,
di belakang, di luar ,di dalam.
Kejadian di dalam alam diukur berdasarkan ruang dan waktu. Waktu di ukur berdasarkan pusingan dan peredaran bumi mengelilingi matahari.Kerana adanya pergerakan maka adanya perubahan kedudukan pada ruang dan waktu.Perubahan juga berlaku dari segi
rupa, bentuk, warna, tekstur, saiz dan kesan. Untuk membezaan antara dua tempat, rupa, bentuk dan yang lain-lain itu kita perlu menggunakan istilah positif dan negatif. Baik positif dan buruk negatif.
kanan positif dan kiri negatif.
Tiap-tiap perubahan ada susunan dan setiap susunan ada perubahan. Kita boleh gabungkan menjadi susun-ubah.
Ilmu pengetahuan dalam apa kategori pun, kita susun dulu dalam minda kita sebelum kita susunubah dalam bentuk suara percakapan
atau bentuk ayat-ayat.Kita boleh melihat bumi seperti kita melihat bulan kalau kita berpeluang menjadi angkasawan. Oleh kerana kita tidak ada peluang itu kita lihat pada bulan di langit dan bayangkan ia planet bumi yang berkeliaran hampir tujuh bilion manusia di atasnya.Nampakkah kita akan politik, agama, ekonomi,
kewangan, pelajaran dan lain-lain. Tentu sekali tidak. Yang boleh kita nampak hanyalah manusia, haiwan, kenderaan dan air yang bergerak. Pokok-pokok hanya bahagian atasnya yang bergerak melainkan ia tumbang di pukul angin atau ditebang manusia.Juga benda ringan yang boleh berterbangan. Perkara abstrak seperti politik dan agama itu kita ketahui adanya berdasarkan susunubah tindak tanduk manusia dalam persekitaran.Masjid adalah sebuah bangunan simbol bukannya agama.
Manusia itu ukuran kehidupan, susunubah adalah hukum alam, dan
kehidupan ini hanyalah gambaran minda adalah tiga perkara yang kita boleh perbincangkan untuk memahami hukum alam ini.Apa yang saya susunubah dalam bentuk perkataan yang menjadi ayat ini bermula dengan gambaran–gambaran yang terbentuk dalam minda saya dahulu. Saya membaca karya-karya di atas pun saya perlu membentuk gambaran dalam minda saya dahulu untuk memahami maksudnya.
Setiap benda dan perkara dalam alam ini ada susunan dan ubahan terhad yang boleh berlaku dan inilah yang dikaji oleh ahli sains. Mereka termenung dan berfikir dengan serius untuk memahami bahan kajiannya. Termenung dan berfikir bermaksud menyusun dan mengubah gambaran dalam minda. Kalau berjaya positif, gagal negatif. Ahli Sains adalah manusia yang mengkaji untuk kepentingan manusia.
Secara ringkasnya inilah yang dapat saya perkatakan untuk kali ini. Sambung lagi waktu lain. Sudah jauh malam.

60. zony said - Disember 12, 2008

Assalamualaikum,

Berat untuk dinyatakan tapi hakikatnya Ibnu Maskaweih menyatakan

a. hanya kecerdikan manusia tidak mengatasi kepintaran beruk pada awalnya;
b. beliau tidak maksudkan bahawa evolusi tubuh manusia daripada beruk sebagaimana Charles Darwin;

Walaupun idea tersebut berbeza dengan Darwin, manusia mempunyai kemampuan kecerdasan atau kepintaran yang jauh berbeza dengan beruk. Biarpun Ibnu Maskawaih seorang ilmuan Islam, tidak semua ilmunya wajar diterima.

Pada pandangan saya, teori bahawa:
c. evolusi manusia secara langsung daripada beruk atau
d. manusia berkongsi keturunan dengan cimpanzi

adalah kedua-duanya sesat, tidak logik dan tidak mengaitkan kesyukuran dengan Ilahi.

61. abu - Mei 5, 2009

sains tu ilmu yg dijumpai oleh manusia daripada pemahamannya terhadap alam (selain allah namanya alam). islam tu maksudnya selamat . sedangkan islam mendefinasikan manusia ialah orang yang masuk syurga bukan orang yang menghuni neraka! j adinya sains islam itu….LU PIKIRLAH SENDIRI !

62. abu - Mei 5, 2009

….dan islam itu mengikut definasi allah beri dalam alquran bukan mengikut mana mana undang undang atau fahaman. masaalahnya diri sendiri tak tahu langsong aku ni orang islam ke tidak ? islam dalam kad pengenalan tu bukan cop mohor kesyurga…….!!!

63. Zony Said - Januari 15, 2010

Hakikatnya, keistimewaan orang bukan islam atau orang kafir ialah duniawi semata-mata. Justeru mereka perlu mendalami Islam dan masuk Islam segera agar kehidupan mereka bahagia dunia(mungkin 100 tahun) dan akhirat(berbilion tahun dan kekal abadi).

Bagi ASASI, ia adalah organisasi yang inklusif dengan objektif tersendiri. Syabas. Tapi penciptaan syurga dan neraka juga telah ditetapkan visi dan misinya oleh Allah Taala kerana Allah Taala itu Tuhan Yang Maha Bijaksana. Orang bukan Islam perlu faham bahawa ‘jika tidak masuk Islam, bukan sahaja mereka tidak dapat masuk syurga, malah mereka PASTI masuk neraka. ‘ Neraka ini pula adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Justeru orang Islam perlu menawarkan agama Islam kepada orang bukan Islam, dengan pakej-pakej yang telah dibenarkan Allah Taala sama ada:

1. kehidupan yang bahagia dan menyeronokkan di syurga HANYA (ekslusif) untuk orang
Islam, atau

2. keadaan yang mengerikan di neraka inklusif untuk SEMUA ORANG BUKAN ISLAM dan sebahagian orang Islam yang berdosa.

Kelemahan segelintir orang Islam atau kekayaan orang bukan orang Islam bukanlah alasan bijak untuk tidak menyembah Allah Taala, satu-satunya Tuhan yang layak disembah. Alasan untuk tidak masuk Islam ini adalah alasan Pak Pandir yang menyebabkan orang bukan Islam senang hanya di dunia sahaja. Pelarian daripada Islam hanya menjanjikan azab neraka buat mereka yang begitu menyakitkan dan menghilangkan nikmat kehidupan dunia.

‘Supaya kamu beri peringatan kepada kaum(orang bukan Islam) yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai. Demi sesungguhnya telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman. ‘ (AlQuran Yang Mulia, Surah Yaassin, ayat 6-7)

Bacalah AlQuran Yang Mulia itu, wahai orang Islam dan bukan Islam. Apapun pegangan anda kini dan seterusnya, tugas saya hanya menyampaikan. Insya-Allah.


Tinggalkan Jawapan kepada pro Allah + teori evolusi Batal balasan