jump to navigation

Kerasionalan Puasa untuk Manusia Moden September 17, 2007

Posted by ummahonline in Telaah Buku.
trackback

Oleh: Faiz Manshur

Judul Buku: Madrasah Ruhaniah: Berguru pada Ilahi di Bulan Suci
Pengarang: Jalaluddin Rakhmat
Penerbit: Mizan & Muthahhari Press, Bandung, Cetakan: II 2006
Tebal: 250 Halaman

Ritual atau ibadah dalam setiap agama lebih menampakkan wajah dogmatik berbanding rasionalitinya. Ibadah puasa, misalnya, cenderung terlihat sekadar bahagian dari sikap tunduk seorang manusia kepada yang perkara yang ghaib. Bagi seorang rasionalis tulen, hal ini tentu merupakan sebahagian dari perilaku tiada guna jika tetap dijalankan.

Memang, tanggapan sedemikian terdapat dalam sebahagian dari perkembangan pemikiran di era moden ini. Dalam kaedah hukum Islam (ushul fikih) disebutkan bahawa ibadah adalah cara manusia menghadap Tuhannya.

Manusia tidak perlu bertanya kenapa Tuhan mewajibkan, termasuk tidak boleh mengganti tata cara ibadah dengan cara yang mereka inginkan sendiri. Ushul fikih menetapkan bahawa setiap hal yang berhubungan dengan ibadah, umat Islam tinggal mengikuti praktik yang telah dilakukan oleh Nabi Muhamad SAW, sang pembawa ajaran Tuhan. Sedangkan dalam bidang sosial (muamalah), kita bebas melakukan rasionalisasi, termasuk ijtihad.

Jika demikian, apakah puasa dalam bulan Ramadhan memang tidak memiliki sisi rasionaliti dan fungsi sosial dalam kehidupan di zaman moden ini? Bagaimana ajaran Islam menjawab tantangan rasionaliti moden tersebut?

Buku karya cendekiawan dari Bandung ini memang tidak secara khusus ingin menjawab kefahaman para pengritik ritual keagamaan. Namun, melalui kekuatan logikanya, Jalaluddin Rakhmat mampu melakukan terobosan akan pentingnya ibadah puasa bagi kita yang hidup di era moden sekarang ini. Erti puasa bagi Jalaluddin bukan sekadar menaati kewajiban ritual keislaman, melainkan lebih sebagai upaya umat Islam agar masuk ke dalam proses besar perbaikan kehidupan individu dan sosial secara revolusioner dan radikal.

Puasa dalam ajaran Islam adalah kelanjutan dari ritual yang pernah diwajibkan Tuhan (Al-Baqarah; 183-185). Dalam ayat ini disebutkan tujuan puasa adalah ketakwaan. Jelas, ayat ini ingin menyatakan bahawa puasa adalah cara yang khusus agar manusia menjadi takwa, menjadi lebih dekat kepada Tuhan, serta memenuhi keperluan keruhaniannya.

Menurut Jalaluddin, ada lima tanda orang-orang bertakwa. Pertama, iman kepada yang ghaib (Al-Baqarah 2:3). Kedua, pengabdian kepada Allah swt antara lain dengan menegakkan shalat. Ketiga, perkhidmatan kepada sesama manusia. Keempat, kepercayaan kepada apa yang diturunkan Rassulullah SAW, dan nabi-nabi sebelumnya. Kelima, keimanan kepada hari kiamat. Apabila rukun takwa itu dipenuhi, Tuhan berjanji akan memberi dua anugerah kepada kita berupa petunjuk dan kebahagiaan.

Dari penjelasan ini tampaknya kita belum terpuaskan secara rasional. Penjelasan di atas masih sebatas �rasionalisasi� doktrin yang boleh dengan mudah dibantah dengan berbagai cara. Bagaimana Jalaluddin menjawab tuntutan ini?

Melalui perspektif psikologi perkembangan (development psychology), Jalaluddin menjelaskan bahawa dalam perkembangan keperibadiannya, manusia mengubah-ubah keperluannya. Dengan kata lain, kenikmatan manusia berganti-ganti sesuai dengan perkembangan keperibadiannya. Pada tingkat yang masih awal sekali, keperluan manusia masih sebatas hal-hal yang konkret atau hal-hal yang berwujud dan kelihatan. Pada tingkat ini, keperluan itu memerlukan pemuasan yang segera (immediate grafitification).

Mengutip pandangan Sigmund Freud, Jalaluddin cuba melihat sisi keperibadian manusia secara lebih rinci. Menurut Freud, ada tiga tahap perkembangan kenikmatan dalam diri anak-anak. Semua tahap ini memiliki persamaan. Semuanya bersifat konkrit, boleh dilihat, dan sifat pemenuhannya yang sesegera mungkin. Kalau orang itu lapar, ia makan. Ia sesegera memuaskan keperluannya pada makanan dan minuman. Di sini Freud melihat letak kenikmatan pada tempoh paling awal terletak pada mulut. Masa ini disebut tempoh oral.

Perkembangan selanjutnya adalah mendapatkan kenikmatan ketika mengeluarkan sesuatu dari tubuhnya. Seperti ketika seorang anak buang air besar atau buang air kecil. Masa ini disebut tempoh anal. Pada tempoh ini seorang anak boleh berlama-lama di tandas. Dia senang melihat tumpukan kotorannya dan kadang-kadang ia mempermainkannya.

Temph selanjutnya adalah tempoh genital. Tempoh ini memasuki jenjang masa kedewasaan. Tanda-tandanya adalah kegemaran seorang anak mempermainkan alat kelaminnya dan memperlihatkan kepada orangtuanya. Di sini pandangan Freud ingin menyatakan bahawa pada masa kanak-kanak hanya bersifat fizik, tidak ada keperluan spiritual.

Jalaluddin lalu menjabarkan, manusia tidak cukup dengan itu. Hal-hal yang bersifat abstrak setelah keperluan fizik terpenuhi pasti menjadi kepelruan selanjutnya. Semakin dewasa, semakin abstrak keperluan manusia. Pada orang-orang tertentu, keperibadiannya itu terhambat dan tidak boleh berkembang. Hambatan keperibadian itu disebut fiksasi.

Jalaluddin mencontohkan, walaupun seseorang sudah masuk kategori dewasa, tetapi dia hanya mencukupkan diri pada keperluan makan dan minum. Perbezaannya, dia mengubah makan dan minum itu ke dalam bentuk simbol, misalnya dalam bentuk kepemilikan kekayaan.

Apa yang dikatakan Jalaluddin adalah relevan untuk melihat bagaimana manusia-manusia moden adalah sosok manusia yang terhambat keperibadiannya. Atau paling tidak, mereka terhambat pada tempoh genital. Mereka seperti anak-anak, masih mencari kenikmatan dalam �mempermainkan alat kelaminnya�.

Dari fenomena yang paling mencolok kita lihat adalah munculnya lembaga-lembaga moden yang dibuat untuk sekadar memenuhi keperluan itu: makan, minum, dan seks. Perniagaan makanan dan minuman sampai melimpah angka billion, begitu juga perniagaan seks yang semakin marak seiring dengan perkembangan modeniti di suatu tempat.

Manusia yang tidak terhambat perkembangan keperibadiannya adalah mereka yang memerlukan akan sisi abstrak dari kehidupannya: misalnya, keperluan intelektual, keperluan akan ilmu pengetahuan, dan informasi, termasuk keperluan spiritual. Jalaluddin merujuk pada pemikiran Abraham Moslow dengan konsep piramidnya. Kata Moslow, semakin tinggi sebahagian piramid, semakin abstrak pula keperluan-keperluannya. Pada tingkat paling bawah, manusia hanya memenuhi keperluan makan dan minum. Ia hanya memuaskan keperluan biologinya. Bila keperluan biologi itu sudah terpenuhi, keperluannya akan naik pada tingkat selanjutnya. Keperluan di atasnya adalah keperluan akan kasih sayang, ketenteraman, dan rasa aman. Lebih atas lagi adalah keperluan akan perhatian dan pengakuan. Lebih tinggi daripada itu adalah keperluan akan self actualization atau aktualisasi diri.

Sejalan dengan ajaran Islam, Jalaluddin mengatakan, keperluan akan hal itu disebut al-takamul al-ruhani, proses penyempurnaan spiritual. Itulah tingkat yang paling tinggi dalam keperluan manusia. Jadi, puasa bulan Ramadhan, menurut Jalaluddin, bukanlah sisi tradisional yang tidak relevan dengan kehidupan modeniti. Justeru dengan memahami sisi fundamental dari kehidupan manusia, puasa memperkenalkann strategi yang baik guna menjawab problematik kehidupan moden.

Penjelasan-penjelasan rasional seperti itu sangat banyak memenuhi sebahagian demi sebahagian dalam buku ini. Ibadah yang selama ini kita kenal sebagai ritualnya kaum puritan, kebiasaan turun-temurun tradisional, di tangan Jalaluddin Rakhmat jadi sesuatu yang realisti dan menjadi alternatif atas persoalan-persoalan kehidupan modeniti.

Sekalipun Jalaluddin lebih banyak berbicara mengenai puasa dari paradigma ilmu-ilmu moden, seperti psikologi, komunikasi, sosiologi, sejarah, budaya dan filsafat, Jalaluddin tidak kehilangan pijakan dasar teks-teks kitab suci yang notabene menjadi landasan utama kaedah hukum Islam.

Bahkan, buku ini teramat menyegarkan dibandingkan dengan buku lain kerana memuat lengkap sisi-sisi perbezaan berbagai aliran pemikiran dalam Islam. Kekuatan teks-teks kitabiah maupun kekuatan paradigma kritis ilmu moden yang disajikan oleh Jalaluddin Rakhmat menjadikan buku ini memiliki bobot keislamanan sekaligus bobot rasionaliti.

Buku ini memang selayaknya dibaca oleh siapa pun, termasuk dari kalangan yang bukan-Islam.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan komen